Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

10 Julai 2012

Kalau Dah Tak Suka...

Assalamualaikum and selamat tengahari kepada semua yang sudi membaca blog Cik Rimau.. :p


Ok. Tengok tajuk tu baik-baik. Haha. Cik Rimau marah ni. Marah, geram, angin and semua yang seangkatan dengannya la. Bukan marah kat orang tertentu. Walaupun ada orang yang membuatkan isu ni timbul kat blog aku ni, aku tak nak la tujukan secara khusus kat orang-orang yang berkaitan. Aku nak komen secara umum jela. Huhu.


Pernah tak korang terlibat dengan situasi macam ni.

Korang tengah nak beli makanan ni. Contoh nasi campur la. Then korang pilih lauk ikan keli. Pastu, tengah korang menikmati makanan korang, tiba-tiba ada pulak kawan korang kutuk-kutuk apa yang korang makan. Konon ikan keli ni menggelikan. Kepala macam ular. Siap ada yang boleh lari jauh pulak tu semata-mata sebab nak tunjukkan betapa gelinya kat ikan keli tu.


Pandangan and pendapat aku kat orang macam ni, satu je. TAK PEDULI PERASAAN ORANG LAIN. Ok fine dorang tak suka. Boleh faham. Tapi perlu ke nak kutuk-kutuk? Nak hina? Ada terfikir tak perasaan orang yang tengah makan tu? Kalau aku la, memang aku tersinggung. Nak-nak aku ni jenis cepat sentap. Hahahaha. Come on la. Cuba dorang berada kat tempat orang yang korang kutuk-kutuk or persendakan tu. Agak-agak dorang marah tak? Aku sangat-sangat pasti dorang akan marah. Silap hari bulan, siap tak bertegur sapa dah lepas tu. Huhu. 


Bagi aku la kan, dorang tak suka takpe. Tapi tolong la. Tolong sangat-sangat. Tolong zip mulut anda buat sementara. Tunggu sampai orang tu dah habis makan ke. Sama jugak dengan makan durian contohnya. Sikit-sikit nak kutuk bau kuat la, ape la. Tak suka, diam je. Jangan sampai apa yang dorang cakap tu, buat orang naik angin. Contoh macam aku la kan. Aku tak suka makan tapai. Tapi bila kawan-kawan aku makan, aku tak komen apa pun. Tak nak dorang terasa hati. Takkan dorang tak boleh buat benda yang sama. Haiiisssshhh.. 



Nota Cik Rimau : Actually, entri ni timbul sebab Cik Rimau teringat kes masa nak beli lauk kat bawah rumah Cik Rimau. Ada budak tu tunjuk geli sangat la konon kat ikan tu. Nak je sekeh. Gerammmm!!!!!


07 Julai 2012

The Amazing Spider-Man Yang Syahdu

Assalamualaikum and selamat malam kepada semua yang sudi membaca blog Cik Rimau. Terima kasih banyak-banyak. Hehe.



Actually, aku rajin nak update ni pun semata-mata sebab nak story sikit pasal aktiviti aku harini. Hehe. Nampak kan gambar apa kat atas ni. Ya, betul tu. Tiket wayang cerita The Amazing Spider-Man. Punyala semangat nak tengok. Awal-awal lagi kawan-kawan aku suruh beli tiket online. Haiishhh.. Tapi takpe la kan. Asal dapat booking tempat duduk yang selesa. Tak payah nak mendongak untuk jangka masa yang agak lama. Tak sanggup aku! Haha. Kalau sebelum ni, aku suka beli kat kaunter je. So, selalu la jugak aku dapat seat yang agak dekat dengan skrin. Nak patah tengkuk terpaksa mendongak sampai cerita habis. Serik dah weiii.  :p


Untuk makluman korang, ini baru first time kitorang beli tiket online. So, macam agak "batak" jugak la kan. Haha. Aku pergi dengan adik aku, Cik Nita, Kak Suhana + adik dia and Abang Z. Masa nak ambik tiket kat kaunter, bukan main eksyen lagi kawan-kawan aku ni pergi kat kaunter Gold Class. Sekali petugas kaunter tu cakap tak dapat trace pulak id number masa beli tiket tu. Habis semua gelabah. Kah kah kah. Padan muka kitorang kan? Mujur la lepas tu dapat trace. Itu pun lepas dah dekat lima enam kali petugas kaunter tu cuba. Alhamdulillah. :-)


Then, masuk je ke dalam panggung tu, kawan-kawan aku sibuk pulak nak pilih-pilih tempat. Rebut-rebut nak duduk sebelah sape la. Aiyyyooo.. Ada yang nak pergi tandas dulu la. Macam budak-budak betul la. Haha. Adik aku pulak tertumpahkan air minum. Kelam-kabut betul kitorang ni. Ish ish ish. Lepas movie start, masing-masing senyap sekejap. Layan sangat la konon. Tiba-tiba aku dengar kawan aku gelak-gelak. Rupa-rupanya dorang gelakkan Cik Nita sebab nangis. Haha. Tak boleh bla betul kan? Tengok citer superhero tapi nangis? Biar betul. Musykil gak nie. Sekali toleh tengok, dengan adik aku sekali dok nangis. Adeh.. Lemah betul la.. Hahahaha..


Actually, memang ada part yang agak touching jugak dalam citer ni. Permulaan cerita tu, aku dah boleh agak apa akan jadi. Tak jauh beza sangat dengan versi sebelum ni. Contohnya, part macam mana Peter boleh ada kuasa tu, kita dah boleh agak yang dia kena gigit. Pastu, pakcik yang jaga dia tu mati kena tembak. Then, dia nak balas dendam atas kematian tu and nak tebus rasa bersalah. So, sejak tu dia selalu tolong tangkap penjahat. Semua tu kita memang dah dapat agak sebab lebih kurang sama je dengan yang sebelum ni. Yang aku tak dapat agak bila Profesor tu dah bertukar jadi cicak. Al maklumla kan, aku ni tak pernah layan komik cite ni. Haha. 


Part paling aku suka, masa kaki Peter dah kena tembak. Dia dah jadi lemah and tak dapat nak gerak dengan cepat. Then, tiba-tiba je pekerja-pekerja binaan (tak sure betul ke tak) tolong Peter dengan cara susun / halakan kren sebaris untuk mudahkan dia bergerak. Bagi yang belum lagi tengok, salah seorang pekerja kren tu adalah ayah kepada budak yang Peter pernah selamatkan kat jambatan masa kena serang dengan The Lizard. Sebagai tanda nak balas budi, dia arahkan geng dia untuk sama-sama tolong Peter. Masa ni, memang agak touching jugak la. Tak tau camne nak terangkan. Ada rasa sedih, ada rasa bangga, ada rasa terharu. So, aku rasa mungkin sebab tu la kot adik aku dengan Cik Nita nangis. Aku sendiri pon rasa macam nak nangis weh. Kah kah kah.


Kesimpulannya, citer ni memang best. Tak rugi tengok. Ada part sedih, ada part kelakar and macam-macam lagi. Cuma ada la adegan kiss2 tu. Tak berkenan aku. Tapi dah nama pun citer omputih. Huhu.



Nota Cik Rimau : Padan muka sorang kawan kat opis Cik Rimau tak dapat tengok lagi. Kah kah kah. Gambar dengan kawan-kawan tak sempat nak ambik. Huhu. Rugi betul. Dah la first time keluar beramai-ramai macam ni. Haiiisshhh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...