Happy sangat2 semalam. Nape ek?? Haha. Sebab dah dapat lepas gian pergi karaoke kat Ampang Park. Lama sangat dah tak nyanyi. Ikutkan aku nak pergi dengan akak yang duduk sekali masa kitorang menyewa rumah kat Bangsar dulu. And harini sepatutnya pergi dengan kawan sekolah aku dulu. Tapi disebabkan akak tu balik kampung pulak Jumaat haritu, so terpaksa la aku cancelkan. Nasib baik la ada kawan lama aku nie. Dia setuju nak temankan aku karaoke. Hehe. 2 jam jugak la aku bantai melalak. Siap nyanyi lagu duet lak tu. Haha. Kelakar betul.
Tapi serius cakap, aku still tak puas melalak lagi nie. Haha. And semalam suara tak berapa nak power sangat. Maklumlah dah dekat dua bulan aku tak karaoke ni. Tak boleh nak nyanyi lagu yang key tinggi sangat. Segan kat kawan aku tu. Haha. Yerla, lama sangat tak jumpa. Kalau aku pergi dengan akak tu or adik aku dah sah2 aku ambik lagu yang tinggi2 jer. Haha. Aku tak suka nyanyi lagu yang terlampau slow. Bese2 takpe. Tinggi sangat pon aku tak suka gak.
Dulu aku suka nyanyi gitu2 jer. Masa asrama dulu pon selalu gak la masuk nasyid, pertandingan nyanyian solo and buat persembahan untuk beberapa program anjuran asrama. Karaoke ni aku mula minat sejak kawan sekampung aku bawak. Aku duduk dengan dia dulu kat Lumut. Masa tu aku keje kat sana. So, bila kitorang cuti dia bawak la kitorang karaoke kat Manjung. Selalu jugak kitorang pergi. Best. Hehe. Sejak tu aku dah jadi macam gian lak. And then kebetulan pulak masa aku dah stay kat KL nie dapat pulak member serumah yang suka jugak menyanyi nie. Apa lagi. Bila ada masa je kitorang buat janji pergi karaoke kat Ampang Park. Sini memang best la kalau nak menyanyi. Tempat selesa. Pilihan lagu pon banyak. Tempat nie memang dah jadi favourite aku. Hehe
Minggu depan adik aku dah start cuti semester. Aku rasa macam nak ajak dia pergi karaoke lagi. Hehe. Adik aku pon suka melalak gak ape. 1 kepala la katakan. Haha. Tapi kali nie nak try kat Sogo la plak. Kawan ofis aku kata situ best. Tapi setakat ni aku tak pernah pergi lagi. So nak try la. Sogo, nantikan kedatangan aku yer. Haha
Hurmm.. Esok dah Isnin. Malasnya nak pergi kerja. Kerja berlambak lagi tak siap. Huhu. Sampai tak tau nak buat yang mana 1 dulu. Hehe. Tapi esok ramai lak yang takde. Sunyi la SSM esok. Bkp buat kursus kat Pulau Pangkor sampai Rabu nanti. Aku kalau takde halangan memang aku pon pergi sana gak. Tapi takpela kan. Next kursus je la aku join kalau takde halangan. Hurmm...
Ok la. Gtg. Papai..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan