Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

05 Julai 2011

Hajat Tak Kesampaian

Assalamualaikum and salam sejahtera semua...


Aku kembali membebel semula di ruangan ni. Tiga hari dah aku tak cerita apa-apa. Ikutkan ada je benda nak diceritakan. Tapi tu la kan. Aku tak baikkan lagi laptop aku. Saja biarkan dulu. Bajet lari la bulan ni. Tak boleh nak bawak pergi kedai lagi. Kesian kat aku kan? Terpaksa la pinjam adik aku punya laptop semata-mata untuk update blog ni. :-)


Hajat Tak Kesampaian? Erkk.. Pe hal pulak ni. Yer, aku tau tajuk agak hampeh. Tapi aku rasa, itu memang tajuk paling sesuai untuk dikaitkan dengan cerita aku malam ni. Mane tak nye. Ok. Cuba korang bayangkan. Aku dah lama sangat tunggu Transformers keluar panggung. Aku memang minat kat cerita robot ni sebab ada si Bumblebee. Beberapa bulan sebelum filem ni keluar lagi aku dah bayangkan nak pergi tengok. Punya la excited.


So, minggu lepas, aku pun pergi la Mid Valley dengan adik aku. Saja nak survey tiket. Masa aku sampai, barisan memang panjang berjela. Tapi aku sanggup jugak menambahkan kepanjangan barisan tu disebabkan filem ni. Mujur barisan cepat berjalan. Tak sampai setengah jam kot. Sampai je turn aku, aku tanya la kat petugas kaunter tu. Ada lagi tak tiket untuk filem tu. Dia cakap dah habis. Lepas tu aku try la cuba nasib tanya untuk tayangan hari esoknya pulak. Pun habis okeh. Licin. Takde tinggal satu pun. Kecewa gila..


Geram tau tak. Punya la excited nak tengok kat panggung. Tapi malangnya, hajat tu tak sampai. Kesian kat aku kan? Huhu. Tapi takpe. Aku tetap nak tengok jugak. Hujung minggu ni ke. Tak kisah la orang kata dah basi ke ketinggalan zaman ke apa ke. Janji dapat tengok kat panggung. Haha. Baru puas hati. Dua-dua filem yang sebelum ni pun aku tengok kat panggung. So, yang ni pun nak jugak tengok kat panggung. Hehe. Gedik betul kan? Mungkin ada yang cakap, download jela. Bukannya takde. Ya, memang la aku perasan dah ada download link untuk filem ni. Tapi aku tak kira, nak jugak tengok kat panggung. Nak jugak! Haha.


Okeh. Tamat pasal Transformers. Nak story sikit pasal harini. Siang tadi bos aku adakan mesyuarat. Mesyuarat seksyen je. Tak banyak benda yang disentuh. Cuma banyak sentuh pasal perubahan tugas. Tugas baru lagi ye kawan-kawan. Even dah ada berkurang sikit beban tugas, aku tak pasti aku boleh handle ke tak. Yang ada ni pun, dah naik sempusiet nak buat. Pasni nak kena main dengan sistem HRMIS pulak. Boleh ke ni? Macam busy je kalau jaga HRMIS ni. Huwaaaaaaaaaaa.. Takpe takpe. Yakin boleh!!! Hehe.



Nota Cik Rimau : Kelam kabut la sekarang ni. Baru teringat yang minit mesyuarat untuk meeting tadi Cik Rimau tak buat lagi. Apa nak jadi ni?? Huwaaaaaaaaaa... 

Ps : Cik Rimau jumpa balik blog wordpress Cik Rimau. Tak sangka id and password betul. Hehe. Tapi tengah fikir ni. Nak aktifkan balik ke tak ek blog tu??? Hurmmm.. 

4 ulasan:

JONY AL BUAYAK berkata...

makwe filem tu cun...

Meteoragurlz berkata...

ehem2..aku dah tgk cita tu jalan jelus..hahaha

Cik Rimau berkata...

Jony : Gatal ek.. haha

Cik Rimau berkata...

Ila : its ok.. da puas ati dpt tgok kat panggung.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...