Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

08 September 2011

Jamuan Hari Raya SSM Part 2

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi...


Harini pagi-pagi lagi dah hujan lebat. Sejuk betul. Nak bangun pergi kerja pun naik liat jadinya. Aku keluar rumah pun agak lambat jugak tadi. Malas kot nak awal-awal. Hehe. Lambat-lambat pn, tetap aku jugak yang sampai paling awal kat office. Err.. Maybe kedua lepas Abang Lan. Aku pun tak sedar bila Abang Lan naik office. :-)


Semalam, macam yang aku ceritakan, ada jamuan hari raya / potluck kat seksyen aku. Khas untuk staff kat seksyen aku. Tetamu yang kitorang jemput tak ramai sangat. Kitorang jemput Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) and ketua-ketua seksyen bawah BKP. Jamuan yang sangat-sangat berjaya pada pandangan aku. Memang happy la semalam. Makanan pun memang banyak gila. Tak sangka staff SSM ramai yang pandai memasak. Haha. Aku janji nak update pasal jamuan tu malam semalam kan. Sorry la. Penat sangat sampai tak dapat nak update blog. Hehe.


Actually, jamuan bermula pada pukul 11 lebih. Tapi kitorang siapkan semua benda dalam pukul 9 macam tu la. Bising je Pak Syed arahkan itu ini. Dia mengarah je. Buatnya tak. Apa da.. Masa dia nak belah lemang tu, aku bantai gelak je kat dia. Aku kata dia lembik. Tak cukup kuat. Tau kenapa? Sebabnya, dia bajet dia boleh buat la kan. Sudahnya surrender. Kah kah kah. Abang Lan try sebelum tu pun tak boleh jugak. Sampai luka jari dia. Sebab tu Pak Syed tu tunjuk hebat konon nak try. Last-last panggil Abang Mok je. Dia try sekali je. Terus terbelah buluh lemang tu. Hebat tak? 


Kitorang yang perempuan pulak, sibuk la siapkan apa yang patut. Susun makanan, potong buah and lain-lain lagi. Semua bersemangat nak jayakan jamuan ni. Sambil-sambil potong buah, mulut tetap disumbat dengan makanan ye kawan-kawan. Teruk kan? Last-last padan muka tak dapat try banyak makanan sebab dah kenyang melantak buah. Rugi betul! Ok. Jom layan gambar pulak ye.

Baju purple tu namanya Kak Intan. Orang paling rajin kot kat pantri. Ke sana ke mari dia semalam. Yang tudung kelabu tu pulak Kak Suhana. Boleh la tahan rajinnya. Kah kah kah. <-- Ayat dengki ni..
Abang Lan tengah usaha nak belah lemang. Sudahnya mengalah sebab jari luka. :-)
Antara makanan yang ada semalam.
Korang perasan tak apa Kak Suhana tengah buat? Perhatikan tangan dia ye. Hehe. Actually dia tengah nak ambik satay senyap-senyap. Kantoi pulak dengan cameraman. :-)
Tiga jejaka SSM. 2 orang je bujang lagi. Yang tengah dah kahwin. Nak berkenalan? Haha.
Bergambar dengan tetamu undangan. Tapi tak cukup staff pulak. Abang Mok and Abang Zack menghilang entah ke mana masa ni.
Gambar gedik. Haha. Masing-masing buat gaya ikut suka hati. :-)


Ok. Macam mana? Best kan? Memang best pun tau. Meriah rasanya. Rasa macam nak buat lagi je. Hehe. Korang jangan jeles lak ek.. Haha. (Gurau je eh.)



Nota Cik Rimau : Harini pejabat sunyi la. Padahal orangnya ramai je. Pelik jugak ni. Dengan cuaca yang sejuk ni. Grrr.. Sejuknya. Rasa nak balik tidur je. Hehe.

7 ulasan:

Prince Halilintar berkata...

tgk makanan die tu sgt mengujakan jer..sabar2..tgh puasa ni..

ORLANDO AHMAD berkata...

kim salam kat mana2 hot stuff

Unknown berkata...

baa~ CAK!!

awek bujang xde ke?

Meteoragurlz berkata...

ada2..yg baju kebaya purple 2..hahaha

Asrul "iLham" Sany berkata...

penulis datang melawat, follow dan komen blog ni

:D

thanks sb sudi melawat blog sy...

Afzainizam berkata...

uihhhh macam macam bagai makanan tu lemang dan sate tu yang tak tahan pergghhh...


yang aku tabik bila mana boss besar.. KP & TKP turun sekali tu bagus betulah

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
tribunal tuntutan pengguna berkaitan kereta

Unknown berkata...

memang meriah....

buatlah lagi lain kali...

hehehe...

salam ziarah ke sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...