Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

07 September 2011

Jamuan Hari Raya SSM Part 1

Assalamualaikum and selamat pagi semua..


Harini pejabat aku ada buat potluck. Terpaksa la aku datang awal sebab kunci office aku yang pegang. Disebabkan aku kena bawak buah yang agak banyak and berat, terpaksa la aku tumpang Kak Su. Tak payah naik bas harini okeh. Sampai-sampai je tadi, aku tengok Kak Liza and Tuan Syed dah tercegat berdiri kat luar office. Kesian dorang. Huhu.


Bila bukak je pintu office, masing-masing sibuk keluarkan apa yang dorang bawak tu and letak kat pantry. Banyak betul makanan harini. Macam-macam jenis. Nak tau apa makanan yang ada? Antaranya : nasi dagang, nasi impit + kuah kacang, lemang + rendang daging or ayam, laksa johor, spaggeti, ketupat palas, satay, kerepek-kerepek, kek, kuih raya and lain-lain lagi. Banyak tak? Confirm kenyang sampai ke petang. Kitorang sarapan sekejap tadi pun bedal nasi impit tu je. Belum tentu habis tu. Staff SSM baru 19 orang. Jemputan pulak tak sampai 10 orang. Mesti banyak lebih punya. Huhu.


Ok. Tak payah aku nak story panjang. Korang tengok jela gambar yang sempat aku ambik masa kitorang busy mengemas office semalam. Gambar untuk jamuan harini malam nanti aku upload. Itu pun kalau aku tak busy makan. Haha. Kot la busy layan tetamu sampai tak sempat nak bergambar. Hehe.


Muka-muka kepenatan lepas sibuk mengemas.

Bajet tengah beraya gamaknya. Haha

Kesian tengok lapik meja tu. Hehe. Janji ada lapik sudah. Ye tak? :-)

Hiasan ni memang dah ada sejak bulan puasa lagi. Cantik tak? Hehe.

Ini la rupa ruang menunggu SSM a.k.a tempat di mana jamuan hari raya SSM bakal berlangsung pukul 10 or 11 pagi ni.

Lampu ketupat tu aku tak pasti la pernah dimatikan suisnya ke tak.. Huhu.

Ini carta organisasi SSM ye kawan-kawan. Cuba cari mana aku. Hak hak hak. (Kalau nampak la. :-) )

Kuih raya yang diletakkan ke dalam bekas yang macam-macam jenis. Tak seragam betul kan? :-)

Pasu besar ni Pak Syed dera aku and Kak Suhana letak kat situ. Berat siot!

Ini jela kuih raya yang ada. Lain-lain letak kat meja lain. Huhu.

Ok la. Itu jela untuk pagi ni. Nak tolong mana yang patut. Nanti aku story lagi ye. 



Nota Cik Rimau : Malangnya harini Kak Ziha tak dapat join sama. Dia ada kecemasan and terpaksa balik kampung harini jugak. Kurang sorang. Hurmm...

3 ulasan:

Prince Halilintar berkata...

cantiknya pejabat dihias dgn suasana raya..meriah la kan sambut raya di pejabat..

Afzainizam berkata...

uihhhhh kita hangatkan suasana raya..... tak kiralahhh kat pejabat pun kena hias....
mood raya kena ada.... eehhhh kuih raya banyakkk tuuuu.....


------Salam Aidilfitri-------
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
lepat pulut vs lonting jawa

Suhami Ahmad berkata...

errr....adakah entry ini tahun lepas punya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...