Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

17 Februari 2011

Penyakit Lupa di Usia Muda

Salam..

Aku tengah geram ni. Hissyyy.. Apa nak jadi entah. Barang kesayangan pun boleh lupa nak bawak balik. Kalau setakat benda-benda biasa aku tak kisah sangat. Ini handphone kesayangan aku tu tau! Huh. Sakit hati.  

Dulu pun pernah jadi benda yang sama. Masa tu aku merayap kat dalam CM. Entah macam mana aku boleh tertinggal handphone kat dalam tandas. Mula-mula aku tak perasan. So, aku selamba je la jalan nak keluar dari CM tu. Dah sampai kat pintu keluar tu baru aku perasan handphone lagi satu takde. Baru aku teringat aku keluarkan dari poket seluar masa masuk tandas tu. Kelam kabut aku pergi ke tandas tu balik. Kebetulan pulak ada orang dah masuk dalam tandas yang aku masuk tu. Makcik cleaner cakap, ketuk je pintu mintak kat orang kat dalam tu. Tak nak la aku. Karang terbantut pulak apa yang orang kat dalam tu tengah buat. Haha. 

Tengah aku bercakap dengan makcik tu, aku dengar orang dalam tandas tu cakap macam ni. "Kenapa? Ada orang tertinggal handphone ye? Kat dalam ni ada handphone. Awak punya ke?" Aku pun jawab ye je la. Pastu orang kat dalam tandas tu hulur handphone aku dari bawah pintu tandas. Er.. Kalau korang tak tau la tandas kat CM tu macam mana, korang google jela. Pintu dia kan antik sikit. Pintu kayu and selak pun kayu. Siap dengan ukiran-ukiran lagi tu. Memang antik betul. Errr.. Melalut pulak. Lupakan pasal pintu tu. Yang penting aku dapat balik handphone aku. Kesian akak tu diganggu sekejap. Hehe.

Selalu aku tertinggal handphone lama tu. Yang baru ni tak pernah la lagi. Maybe tadi kelam kabut sangat nak balik. Tak perasan pulak aku tak masukkan dalam beg. Masa dah sampai kat LRT CM baru aku sedar handphone merah aku tu takde dalam beg. Gelabah aku sekejap. 

Terus aku cari handphone lagi satu tu. Mujur ada. Tapi bateri pulak dah merah. Check kredit, tak cukup pulak nak call. Isyy. Problem betul la. Time tu jugak la semua buat hal. Nasib baik kat area tunggu bas kat bawah LRT CM tu ada kedai jual topup. Beli topup then cari la nombor-nombor orang pejabat. Aku call Kak Liza tanya dia dah balik ke belum. Dia jawab belum. Aku terus mintak tolong dia simpankan handphone tu dulu. Takut hilang pulak kalau biar je dalam laci tu. Aku mintak dia off kan sekali. Kot-kot la nanti ada sms or call  dari sesiapa yang tak patut dia tau. Hik hik hik. Lagipun kalau dah off aku tak risau sangat. Sebab dah set password kalau nak on balik nanti. Hehe.

Tapi aku tetap geram. Geram sebab boleh tertinggal benda penting macam tu. Memang la aku jarang main sms or call ni. Tapi takut jugak la kot-kot ada sape-sape call. Sebab handphone yang tertinggal tu, nombor utama aku. Ramai tau nombor tu. Nombor handphone yang ni tak ramai tau. Dah la aku jarang topup. Dah namanya pun nombor kedua. Mestilah jarang guna. Guna pun bila ada member-member yang line Maxis hantar sms. Tak nak reply guna Celcom walaupun aku pakai U Pack. Gila kedekut aku ni kan? Haha. Biarlah.

Esok dah Jumaat. Masih memikirkan ke mana destinasi makan tengah hari esok. Faham-faham jela waktu rehat hari Jumaat kan panjang. Terperuk kat office je pun, bosan jugak. Minggu lepas beli kat pasar kat Masjid Negara je. Minggu ni? Entah la. 


Hurmm.. Sakit perut la pulak. Aku salah makan ke apa ni? Huh.


Nota Cik Rimau : Pssstt.. Tadi kat dalam bas masa balik kerja kan. Cik Rimau terdengar dua tiga orang budak sekolah ni bersembang. Cik Rimau duduk dekat dengan dorang. So, terdengar la. Bukan saja-saja nak dengar eh. Salah sorang tu cakap lebih kurang macam ni la. "Awek ni  kan, kalau jenis yang ko pandang dia, nafsu tak naik, susah nak dapat. Tapi kalau nafsu ko naik, senang nak dapat." Dalam hati Cik Rimau, "Erkk.. Apa bebudak ni merepek .."  Kecik-kecik dah pandai. Huhu. :-)

14 ulasan:

Mister Mirull berkata...

rasenya budak tu maksudkan nafsu x naik tu probably kalau pandang je sejuk hati... sng citer solehah la kot... mmg susah nak dpt spesies tu... klau pompuan yg buat nafsu naik tu cam yg terdedah sana sini... pompuan spesies tu sgt byk dalam dunia.. hehe.. juz my opinion~

Cik Rimau berkata...

Haha. Mungkin la kot. Bersangka baik. Hak3

Tanpa Nama berkata...

me kasihla add,keep in touch..

pepun paling suka ngumpatan bebudak tu,he..he..yala zaman akhir zaman kannn

Faizal Syukri berkata...

Peja ni pun jenis pelupa gak... nthla nape..

aLieF si Muncung ManiS berkata...

hahahahaahha..kesian kat orang kat tandas tu..trpaksa hulur kan hp..terganggu proses pelaburan(pencernaan) dia..ahahaha..

Cik Rimau berkata...

bukankosong : ha.. suke nape tu.. haha

faizal syukri @ peja : pelupe jugak eh.. hehe.. rasenye bukan pelupe kot.. cuai sebab nak cepat.. ye x? hehe

alief : amboi.. sukenye die.. haha

Unknown berkata...

Cik Rimau, atok cadangkan tiap2 pagi makan kismis/sesudu madu. banyakkan makan ikan. Dan kalu boleh amik suplement omega 3. Atok amalkan tulah sebab atok pun macam Cik Rimau. Cepat lupa.

Cik Rimau berkata...

Hehe.. Tq atas cdgan atok tu. Tp kan.. Err.. Cik Rimau xsuke bnde manis2 neh.. Hehe.. Kismis mungkin bole.. Madu tu.. errr.. hehe.. mcm payah je nak masuk tekak.. kih3

Unknown berkata...

Cik Rimau campur dengan susu sekali...

Cik Rimau berkata...

Atok : susu? susu tu nak campur dgn ape? cik rimau anti susu yg xcampur pape.. haha.. psl madu tu kan tok, madu ori ke madu yg dah dproses? madu ori susah la nk kenal.. haritu ade gak akak kat ofis ckp, madu bgus utk kshtan.. tp madu ori yg bagus katenye..

Unknown berkata...

susah nak jumpa masu ori. selalu kat tepi2 jalan ado jual. Madu ori tu mahal. Madu beli pun ok gak. Tapi dio bela. So, dia punya khasiat umpph tu tak sehebat madu lebah hutan.

Cik Rimau berkata...

hurmm.. nnt la cik rimau survey.. hehe.. bole ke lepas kt tekak ni ha.. huhu

Unknown berkata...

Huhu...madu tu memang bagus Cik Rimau. tak pun sapu sebagai jem roti.

Cik Rimau berkata...

sedap ek?? hurmm.. tgok la nnt tok.. hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...