Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

02 Mei 2011

Obses La Lagi Kat Harimau.. Kan Dah Mimpi Harimau..

Assalamualaikum and selamat malam..


Korang pernah mimpi ngeri tak? Ala.. Mimpi yang menakutkan la maksud aku. Aku confirm korang pernah. Jangan nak tipu. Hehe. Sebabnya, aku sendiri pun selalu jugak mimpi ngeri. Mimpi hantu la, jumpa orang jahat la, mimpi orang mati la, mimpi nak kena bunuh la and macam-macam lagi. Tapi semalam punya mimpi memang buat aku mengigau la. :-)

Geram.. Nak peluk.. Huhu

Malam semalam, aku mimpi aku balik kampung. Aku sorang je kot kat rumah masa tu. Belakang rumah aku tu memang ada kebun. Masa aku keluar dari rumah tu, aku nampak ada harimau tengah usha aku. Gila seram. Aku pun apa lagi. Laju je lari masuk rumah. Semua pintu and tingkap aku kunci. Ingatkan harimau tu blah la kan. Bila aku usha dari tingkap, harimau tu tengah tunggu. Nak ngap aku la tu kan? Aku makin gabra jadinya.

Warna emas tu.. Cute betul..

Tapi tak lama lepas tu, aku nampak harimau tu masuk hutan balik. Aku cepat-cepat kemas barang masuk beg. Bajet nak lari balik KL la konon. Baru je aku jejak kaki kat luar rumah, harimau tu muncul balik. Siap usha aku dengan gaya nak melahap aku. Memang seriau aku rasa masa tu. Lintang-pukang aku lari. Harimau tu pulak kejar aku. Laju betul. Menjerit-jerit aku. 

Comel je kan..


Tiba-tiba aku rasa macam ada orang cuit-cuit aku. Aku toleh, rupa-rupanya adik aku gerak aku bangun. Katanya aku mengigau. Nasib tak menjerit je. Hampeh betul. Macam mana la harimau boleh masuk dalam mimpi aku ni. Pelik-pelik. Takkan la sebab aku suka harimau. Tapi kan, walaupun dalam mimpi tu aku nyaris nak dimakan harimau, aku tetap suka harimau. Mimpi je kan. Buat apa nak anti pulak. Hehe.


Actually, selain daripada mimpi harimau ni, aku ada jugak mimpi benda yang bagi aku menyeramkan. Masa aku kecik-kecik dulu, aku selau redah hutan belakang rumah aku tu. Belakang kebun abah aku, ada serumpun pokok buluh yang mana kat dalam tu tersembunyinya satu kubur seseorang yang digelar Tok Perkasa. Selalu jugak aku nampak kaki nombor ekor lalu tepi rumah aku bawak dulang makanan menghala ke pokok buluh tu. Dengar cerita, dorang nak puja roh ke apa entah. Aku pernah jugak nampak nisannya masa aku merayap. Seram siot kalau jalan sorang-sorang. Rasa macam ada orang perhati. Tapi ada satu benda yang aku tak faham. Kenapa ek kubur dia dekat situ? Hurmm.. Musykil aku.


Selalu masa aku merayap dalam hutan dengan adik and abang aku, yang kitorang jumpa hutan rimba jela kan. Tapi entah macam mana, aku selalu mimpi tempat tu ada perkampungan. Ada sawah padi. Aku selalu jalan atas batas padi tu. Memang cantik tempat tu. Rasa macam best je bila ada kat situ. Bila aku cerita kat adik aku pasal mimpi tu, adik aku pun bukak la cerita. Dia cakap, dia pun pernah mimpi yang sama. Pelik kan. Bila diingatkan balik, rasa macam seram pun ada. Timbul jugak persoalan kat kepala ni. Entah-entah memang wujud perkampungan tu? Maybe tak boleh nampak dengan mata kasar. Sape tau kan? Hehe.


Nota Cik Rimau : Tadi tengok cerita Juvana. Best gila cerita tu. Budak-budak jahat betul. Berdarah hidung cikgu tu kena siku. Haha.

* Gambar semua cilok dari Google..

13 ulasan:

aNiss :):) berkata...

hehehehe =) cik rimau sampai termimpi ENCIK HARIMAU...

pissst : lain kali basuh kaki dulu ya.. hahaha...

Suhami Ahmad berkata...

ish, jarang kalau mimpi yang sama...kmungkinan memang wujud perkampungan halus kat situ kot....Cik Rimau jangan terus nak menetap kt situ plak..nnt kena culik

Izyan Masri berkata...

HAHA.BOLEH PULAK OBSES KAT RIMAU :D

ayie berkata...

pergghh ngigau ghimau.. agaknye ngigau aksi ghimau kot..hehe

Mohamadazhan hjDesa berkata...

salam cik rimau,

cita betulka ni.hehe.saya tau sebab apa rimau tu kejar..mungkin harimau jantan kot dalam mimpi tu ;P

Eiyla Lieya berkata...

aah, Eiyla pun selalu mimpi macam tu. Tapi kalau tak silap, macam penah pegi. Ade sawah padi, ade ramai orang. heh!!~
bile pegi lagi, dah tak jumpe. yang ade hutan. weird kan? my late father and mom pun selalu nampak bnde pelik2 kat pokok buluh tu.. -_______-
-adik cik rimau-

Cik Rimau berkata...

aniss : hamboi2.. ape encik harimau ni.. cik rimau xtau pon ape jantina die.. xsempat nak tye.. kah3

Cik Rimau berkata...

atok : ade ke org yg berani nak culik harimau garang mcm cik rimau ni? hik3

Cik Rimau berkata...

izyan : xde la obses sgt.. minat terlebih skit je kot.. hahaha

Cik Rimau berkata...

ayie : haha.. mane la.. mandai je.. kih3

Cik Rimau berkata...

azhan : salam.. betul la azhan.. mujur adik cik rimau gerak.. kalau x, dah lame kne ngap dgn harimau tu.. hehe.. pandai2 je ek kate tu jantan.. cik rimau xsempak cek la.. hehehe

Cik Rimau berkata...

lahi : dlm mimpi memang la jumpe mcm2... bile g redah hutan, xde menda pun..

HALIM berkata...

Pernah tengok tak rimau siberia? warna putih..lagi cun.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...