Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

18 Mac 2013

Ada Apa Dengan 24?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca...


Ada apa dengan 24? Hehe. Mana ada apa pun. Hanya satu nombor genap. Kih kih kih. Errr.. Marah ke? Haha. Rileks la. Jangan naik angin dulu. Saja nak bagitau korang, tanggal 17 Mac 2013 bersamaan dengan Ahad (semalam), umur aku dah pun genap 24 tahun. Ekekeke. Tuanya la kan Cik Rimau ni. Haiishhh... Cepat betul masa berjalan sekarang ni. Tak sedar pun dah nak masuk bulan April. Pejam celik pejam celik, tahun depan dah masuk umur 25 tahun pulak. Hurmmm.. Kan best kalau angka ni tak terus meningkat. Biar kekal je.. (Berangan jela weiii..)


Di kesempatan ini, aku nak ambik peluang untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan yang wish birthday aku semalam. Tak kira melalui apa cara sekali pun (sms, call or facebook). Terima kasih atas ucapan dan doa anda semua. And tak lupa jugak kepada budak kecik yang tengah buat latihan industri kat seksyen aku sekarang. Namanya Fiza yer kawan-kawan. Terharu woo bila datang kerja tadi Fiza ni bawak kek. Dia buat sendiri tu untuk aku. Terharunya!!! Hak hak hak. Gedik gila Cik Rimau ni kan? Errrrkkk.. Kisah apa. Ada jugak orang nak kasi kek. Thank you so much Fiza. :p


Ok la. Malas nak taip panjang-panjang dah. Tujuan asal taip entri ni pun semata-mata nak menunjuk-nunjuk aku dapat kek buatan khas je. Haha. Riak sungguh. Hehe. Takde la. Saja nak share gambar je sebenarnya. So, silakan layan. Hehe.  :p

Yang comel pakai baju bunga hijau ni la Cik Fiza yang baik hati buatkan kek untuk beta. Hehe.


Nota Cik Rimau : Happy dapat kek. Tapi sedih sebab kaki sakit lagi. Huwaaaa.. Tak campur lagi dengan suara Cik Rimau yang dah macam rockers ni. Dah tau batuk, nak jugak minum ais. Sengaja cari nahas. Huhu. Hope dapat sembuh dari penyakit-penyakit or kecederaan yang melanda sekarang ni sepantas yang boleh memandangkan minggu depan ada acara tahunan jabatan yang sangat penting. Susah nak buat kerja kalau still macam ni. Huhu..

1 ulasan:

Fifiedao berkata...

hehe..ur welcome kak...thanks coz sudi terima kek yg xseberapa...hope akk tak lupe fiza...hehe.. <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...