Assalamualaikum and selamat petang...
Selamat hari Ahad. Apa aktiviti korang semua harini? Ada yang join Purple Walk tak harini? Hehe. Ada? Bagus... Hahaha. Aku pun join jugak. Tapi sebelum tu, bagi yang tak tau apa mendanya Purple Walk ni, meh aku terangkan sikit. Untuk makluman korang, Majlis Pelancaran 1Malaysia Komuniti PerWani (Perkumpulan Wanita) dan 1 Million Women Purple Walk 2013 ni diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2013. Kalau nak diikutkan perancangan awal, program ni sepatutnya diadakan pada hari Ahad minggu lepas bersamaan dengan 10 Mac 2013. Tapi... Sebagai tanda keprihatinan ke atas apa yang terjadi kat Lahad Datu, Sabah, program ni ditunda ke harini.
Pada aku, aktiviti dah ok dah. Tapi aku tak puas hati pasal pengangkutan and tempat turunkan peserta tu. Tak pasti la nak marahkan sape. Ada ke patut, dalam surat jemputan ke program tu suruh peserta tunggu kat 'pick-up points' awal pagi seawal pukul 6. Orang office aku pilih pick-up points D (Dataran Merdeka). Ikut surat jemputan tu, bas terakhir bergerak dari Dataran pukul 7.30 pagi. Ada la beberapa orang office aku ni dah tunggu kat Dataran Merdeka (DM) tu seawal pukul 6.30 pagi. Tapi malangnya, satu bas pun tak muncul kat situ. Aku sampai kat DM pukul 7.15 pagi kalau tak silap. Tunggu lama jugak. Sampai pukul 7.30 pun still tak muncul jugak. Ikutkan rasa hati yang panas membara, nak je aku balik rumah. Sambung tidur lagi best. Huh. Mujur la pukul 7.40 pagi tu muncul jugak bas yang dinanti. Pemandu tu boleh tanya "LAMBAT KE?" Errr.. Dia tak dapat makluman yang jelas ke sebelum datang situ? Aiyooo.. Panas.. Panas..
Itu pasal pengangkutan. Pasal tempat turunkan peserta pun satu hal jugak. Tempat turun tu, tersangat la jauhnya dari tempat majlis tu diadakan. Rasa macam nak patah kaki kitorang menapak. Dengan kaki aku melecet pulak masa tu. Pedih gila. Bayangkan la tahap sakitnya bila kulit kaki korang yang dah muncul gelembung ada air tu bergesel dengan kasut and then gelembung air tu pecah. Memang nikmat sakit tu tak tergambar dengan kata-kata. Terbaik punya sakit. Merana aku seharian. Dua-dua belah kaki pulak tu. Huhu. Sudahnya aku terpaksa pijak hujung tumit kasut tu untuk mengelakkan luka and pedih kat kaki bertambah kronik. Peduli apa kasut rosak. Janji kaki aku tak sakit. Huwaaaaaa..
Masa nak balik tu pulak, lagi sekali merana. Dah la panas terik tadi. Nak balik pulak kena patah balik ke tempat turun bas yang jauh tu. Sekali lagi menapak dengan kaki yang pedih. Ok takpe. Asalkan dapat balik. Tapi sekali lagi nasib malang. Bas yang ambik kitorang tu takde. Masa turun bas pagi tadi, pemandu bas tu ada cakap yang kitorang balik naik mana-mana bas yang bertampal sticker D or mana-mana bas yang menghala ke DM/KL Sentral. Dia kata tak kisah sebab semua tu boleh naik.
OK. Ini SATU PENIPUAN!. Kitorang ada je jumpa bas yang ada sticker D. Tapi pemandu bas tu cakap, bas tu khas untuk satu agensi tu. Bas yang ada sticker D yang lain memang dah tak jumpa dah. Memang penat gila. Lepas memikirkan matahari yang terik, kepenatan melampau, kaki lenguh gila and nak balik cepat, makanya kitorang sepakat untuk tahan teksi. Teksi tu mintak RM 50. Masa tu dah tak kisah dah tambang mahal ke tak. Peduli apa kan. Janji dapat balik. Naik je teksi masing-masing berdengkur. Haha. Penat wooooo!!! Ok la. Jom layan gambar. Nak tengok lagi banyak gambar, kena la bukak Facebook Cik Rimau.
|
Aktiviti sampingan sementara tunggu bas tiba --> ambik gambar. |
|
Adik aku, Ila. |
|
Antara staff office yang setia menunggu bas dari pukul 6.30 pagi. |
|
Nampak sangat pendek. Haha. |
|
Masa ni tengah nyanyi Negaraku. |
|
Ila, Kak Liza and Kak Ziha. |
|
Ila, Kak Liza and Kak Ziha |
|
Dapat tengok skrin je. Jauh bebenor nak menapak ke depan |
|
Seriusnya muka Kak Liza. Haha |
|
Masa untuk bersurai. |
Nota Cik Rimau : Gambar-gambar ni semua diambil menggunakan Sony Experia Z. Sangat berpuas hati dengan prestasi kamera handphone ni. Banyak jugak dengar complain pasal handphone ni. Tapi setakat ni, Cik Rimau sangat berpuas hati. Cuma saiz la agak besar. Haissshhh.. Gambar-gambar kat entri ni Cik Rimau dah compress dulu sebelum upload. So, kalau nak tengok gambar asal, silalah singgah ke facebook Cik Rimau. Hehe. :p
:-( Kaki pedih gilerrrrrr... Huwaaaaaa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan