Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

14 Mac 2013

Belajar Hormat Orang Lain Kalau Nak Diri Dihormati

Assalamualaikum and selamat sejahtera kepada semua yang masih lagi sudi singgah sini...


Hehehe. Sangat lama tak update. Pemalas? Bukan la. Tersangat la busy dengan kerja. Kadang-kadang balik lambat la, kadang-kadang stress terlampau memikirkan kerja-kerja yang tak pernah habis kat office tu. Sampai takde mood aku nak menaip kat sini walaupun sebenarnya teramat la banyak story yang aku nak kongsikan kat sini. Huhu. InsyaAllah lepas ni, kalau aku dah free sikit dari kerja-kerja aku sekarang ni, aku akan update blog ni lebih kerap lagi. Errr... Kalau aku update pun, ada ke yang sudi baca? Haha.


Dah.. Dah.. Cukup intro tu. Sekarang tengok tajuk entri ni dulu. Bunyi macam kasar je kan? Terpulang pada penerimaan korang yang membaca. Tapi adalah lebih afdal kalau korang baca dengan nada suara yang mendatar je. Huhu. Kenapa tiba-tiba aku bukak topik ni? Sebab... Hurmm... Sebab... Aku kenal someone yang tak nak respect orang lain tapi nak orang lain respect dia. Bagus punya perangai kan? Huhu. Nak tegur kan karang, kata menyibuk pulak kan. Nak-nak kalau yang ditegur tu jauh lebih tua dari yang menegur. Karang tak pasal-pasal dikatanya kita ni tunjuk pandai nak ajar dia yang dah lama hidup kat dunia ni. Susah betul la.. Haisshhhhh...


Siapa individu yang aku maksudkan, itu biar aku je yang tau. Untuk makluman korang, aku baru je lagi kenal orang ni. Walaupun tak mengenali dia ni secara rapat, aku rasa dah cukup kenal dengan peribadi dia. Cukup dengan mendengar cara dia bercakap, nada suara yang digunakan and perbuatan dia. Itu dah cukup untuk aku mengenali dia. Tak kisah la kalau korang nak anggap aku ni suka menilai dari luaran je. Terpulang.. Huhu.


Pada aku la, dia ni someone yang mengharapkan layanan istimewa untuk semua benda. Tapi, rasanya dia tak layak dapat sebarang layanan istimewa pun. Tau kenapa? Aku selalu dengar dia cakap dengan nada yang agak kasar dengan orang bila bercakap kat telefon. Dah macam menengking pun ada. Kadang-kadang bukan dalam telefon je, dengan aku pun sama. Nak tanya apa-apa pun, kadang-kadang nada suara dia tu tak menyenangkan hati aku yang mendengar. Elok aku nak jawab baik-baik, tiba-tiba boleh rasa darah mendidih dengar nada suara dia tu. Serius rasa nak marah. Tak tau nak explain macam mana. Memang rasa nak marah.


Aku selalu je dengar dia call orang kat telefon. Dia selalu cakap, "You tak boleh cakap baik-baik ke?". Aku tak pasti la nada suara yang digunakan oleh orang yang dia call tu. Tapi macam tak munasabah la pulak semua orang yang dia call tu cakap dengan dia dengan nada yang kurang ajar. Asal dia call nak mintak tolong ke, nak tanya apa-apa ke, mesti keluar soalan tu. Dia nak orang layan dia macam mana lagi? Perlu ke sampai nak sembah dia?


Rasanya, memang padan la dia dapat layanan yang teruk. Dah dia sendiri pun layan orang dengan teruk. Adil la tu kan. What you give, you get back. Adil kan? Huhu. Entah la. Aku dah takde hati nak layan dia. Nak pandang muka dia pun dah rasa meluat. Orang yang terlampau pentingkan darjat ni, payah nak layan kehendaknya. Nak cakap pasal darjat, rasanya dari segi keturunan tu for sure dia dah kalah. Haha. Nak darjat sangat kan. Huh! Poyo la!!! Stress bila berdepan dengan manusia macam tu. Hope diberikan tahap kesabaran yang yang lebih tinggi untuk berdepan dengan makhluk poyo macam tu. 


Nota Cik Rimau : Tak sabarnya nak tunggu Sony Experia Z Cik Rimau sampai. :p

2 ulasan:

Azwan Aziz berkata...

setuju sangat. kalau nk layanan baik kena la layan org lain baik jugak kan.sy penah kena kita wat baik kat dia, last2 dia layan kita teruk pulak.terus xde hati nak kawan.huhu

Tanpa Nama berkata...

setuju.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...