Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

02 Jun 2011

Aku Nak Sihat Cepat.. Tapi..

Assalamualaikum and selamat malam..


Still tak berapa nak ada mood sebenarnya. Faham-faham jela. Kerja banyak. Kesihatan pun tak berapa nak ok. Minggu lepas aku demam. Demam teruk jugak la pada aku. Selalunya aku demam sehari je. Tapi kali ni sampai tiga hari. Tak cukup dengan tu, tambah pulak dengan batuk and selsema. Alhamdulillah sebab demam dah ok. Happy sikit. Yang tak happynya tu, batuk and selsema ni still tak ok. Bila nak baiknya ni?? Huwaaaa... 


Bukan tak makan ubat pun. Haritu siap pergi beli Woods' lagi tu kat Watson semata-mata sebab batuk. Ikutkan aku ni memang takkan minum la mana-mana ubat batuk pun. Tak suka bau and rasanya. Nak-nak kalau yang dapat dari hospital. Tapi disebabkan batuk teruk sangat, terpaksa la beli. Nak pergi hospital memang tak la. Tak kuasa beratur panjang. Haha. Ingatkan boleh ok. Malangnya, tak ok pun. Huwaaaaa.. So, biarkan jela. And now, dah sembilan hari ok. Tak ok jugak ni. Nak sihat balik.. Huhu.


And harini pulak, dah masuk tiga hari telinga kanan aku buat hal. Tak sakit tapi rasa macam ada something kat dalamnya. Nak kata masuk air, macam mustahil je. Macam-macam aku buat untuk hilangkan rasa tak best ni. Aku tak tau macam mana nak explain. Tapi aku memang rimas. Sebab telinga aku rasa bergema / berdesing. Walaupun boleh dengar apa orang cakap, tapi aku risau jugak. Sebabnya, bila aku cakap je aku rasa macam bergema tu. Ada akak kat pejabat cakap, tak payah risau. Dia kata mungkin sebab demam aku tu je. Adik aku pun sama. Dia kata, dia selalu rasa macam tu. Tapi aku tetap risau okeh. Tak nak jadi pekak. Huhu.. Sedih.. :-(   [Perlu ke aku jumpa doktor??? Aku risau sangat ni..]


Itu pasal kesihatan. Pasal kerja pulak, buat masa ni agak sibuk. Selasa depan ada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Staff Bahagian Khidmat Pengurusan semua terlibat. Aku jadi penjual bunga okeh. PENJUAL BUNGA. Budak ganas macam aku disuruh jual bunga. Haha. Sah-sah silap pilih orang. Adeh.. Pilih la yang ayu, lemah gemalai sikit. Kang dapat bunga-bunga tu kat aku, tak pasal-pasal orang tak nak beli. Yela kan, sebelum jual lagi bunga-bunga tu dah lunyai aku kerjakan. Kih kih kih. 


Ok. Itu pasal APC. Ada masa lagi. Sekarang ni nak story pasal event yang paling hampir yang melibatkan aku. Of course la Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang aku selalu cerita tu. Kalau nak diikutkan persetujuan dengan bos haritu, aku bukan lagi pembantu Pak Syed untuk handle MBJ ni. Malangnya, maybe disebabkan bos lupa nak bagitau dia, aku terpaksa tolong dia. Bukan aku tak boleh bagitau dia sendiri yang aku bukan pembantu dia lagi. Boleh je sebenarnya. Masalahnya, aku tak sampai hati je. Kesian pulak tengok muka dia setiap kali dia nak mintak aku tolong dia buat apa-apa. Dia kan dah berumur. Huhu.


Walaupun perangai dia agak menyakitkan hati semua orang, ada masanya aku rasa tak sampai hati nak terlampau berterus terang dengan dia. Ya memang kadang-kadang aku suka melawan dia. Tapi bila dia datang kat meja aku dengan muka mengharap dia tu yang buat aku tak sampai hati nak bagitau. Adeh.. [Ganas tu ganas jugak. Tapi rasa cepat kesian aku ni melampau-lampau sikit. Haha.] Sudahnya, sikap tu memakan diri sendiri. Maksud aku, susahkan diri. Yela, terpaksa jugak la buat apa dia suruh. Order makan la. Tempah bilik mesyuarat la. Buat folder la. Mujur folder haritu Abang Lan nak tolong aku. Kalau tak, mati kering aku nak siapkan semua folder tu sorang-sorang. Haisshh.. (Bengang sikit dengan orang yang sepatutnya jadi pembantu baru Pakcik Syed. Aku dah bagitau dia haritu. Tapi boleh pulak dia buat macam takde kena-mengena dengan dia. Banyak cantik!!!]


Kalau boleh, esok aku tak nak duduk dalam bilik mesyuarat tu. Nak buat apa pun. Duduk diam je dengar orang mesyuarat. Daripada tak buat apa, baik la aku buat kerja kat meja sendiri. Ada jugak faedahnya. Kan kawan-kawan?? Hehe.



Nota Cik Rimau : Hari APC nanti nak pakai baju apa ek??? Hurmm.. Pening kepala den.

12 ulasan:

HALIM berkata...

Bila la agaknya Cik Rimau nak sihat..asyik demam je... -.-'

Ayie Abas berkata...

BETUL tu...ASYIK DEMAM aje CIK IJA nie...AYIE PUN RASA KESIAN SANGAT...+_+
SEKARANG nie TELINGA PULAK BERDESING...AYIE SYOR CIK IJA JUMPA DOKTOR BUAT PEMERIKSAAN AWAL...CIK IJA JUMPA DOKTOR TAU...~_~

Mohamadazhan.com berkata...

moga cepat sihat ya Cik RImau.hehe


Perbahasan Puasa Bulan Rejab | Amalan Doa Bulan Rejab

Bapak berkata...

good well soon Cik Rimau

aLieF si Muncung ManiS berkata...

sebenarnya telinga berdesing tu disbbkan oleh ubat demam/batuk yg akak makan...perkara biasa je tu..insyaAllah akan elok..semoga kakak cepat sembuh...:P

cik azeya berkata...

nmpk cam serius je penyakit. better jumpe doktor awk. ^^

Cik Rimau berkata...

HALIM : haha.. cik rimau dah sihat.. yey!!! hehehe.. ala.. bukan buat sakit pon.. da terkena.. nak buat cmne.. hehe

Cik Rimau berkata...

Ayie Abas : ala.. nak buat camne.. antibodi lemah dah kot.. hehe.. xpela.. xperlu kot.. cik rimau dah sihat.. hehe

Cik Rimau berkata...

Azhan : tq yer.. harini cik rimau dah ok.. suara pon dah balik ke asal.. selsema dah xde.. batuk pon dah hilang.. telinga je kot still kejap ok kjap x.. huhu

Cik Rimau berkata...

Bapak : tq ye.. cik rimau dah sihat dah.. hehe

Cik Rimau berkata...

alief : wah.. doktor alief.. hehe.. betul ke ni?? harap betul.. skrg telinga kjap ok kjap x nie.. dgr still ok.. tp takut la kan.. kot2 efek buat jd pekak.. xmau xmau.. huhu

Cik Rimau berkata...

cik azeya : hehe.. xdela.. demam biasa je haritu.. cume agak lame kali ni.. selalu 2 3 hari.. kali ni dekat 2 minggu.. nasib baik dah ok.. kalau x, mau jugak ke klinik.. risau gak kalau smpai dua minggu xbaik2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...