Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

07 Mac 2011

Rojak Story

Assalamualaikum and selamat malam semua..

Mood malam ni agak bercampur baur. Fikirkan kerja. Fikirkan adik aku. And macam-macam la. Serabut betul otak malam ni. Tadi sembang kejap dengan kawan-kawan sekelas dulu. Mintak pendapat and cadangan. Mujur jugak ada kawan macam dorang. Walaupun tak selalu berhubung, tapi still boleh diharap kalau nak mintak pandangan. Terima kasih kawan-kawan semua. Aku sayang korang. Hehe.

Harini kat office takde apa yang menarik sangat nak diceritakan. Cuma agak pelik sikit bila tengok kawasan parking banyak yang kosong and kat kantin pun agak lengang sikit harini. Musykil sikit. Mana pergi semua orang ek?

Hurmm.. Tadi jugak, aku dengan dua orang staff SSM ada buat surat yang meluahkan apa yang kitorang rasa tentang senarai tugas baru tu. Cik Nita panggil untuk jelaskan. Lama jugak menjelaskan. Itu hanya pandangan peribadi. Terpulang pada bos la nak ambik tindakan apa. Ye tak?? Hehe.

Itu pasal office. Pasal sedara, lain pulak ceritanya. Tadi aku check facebook aku. Ada satu message. Aku bukak. Isi message tu membuatkan hati and fikiran aku berbelah bahagi. Aku tak tau apa aku patut buat. Salah sorang sepupu aku nak sewa rumah kitorang yang kat kampung tu. Mulanya aku rasa tak nak bagi. Tapi lepas dapatkan nasihat and pandangan daripada beberapa orang and lepas berbincang dengan adik yang nak menyewa, aku rasa better aku bagi je. Dia ada cakap nak beli. Maaf la ye. Tak terdetik lagi nak jual tanah tu. Sewa rumah boleh. Nak makan hasil tanaman situ takpe. Tapi jangan mintak kitorang jual. Hehe.

Aku bukan nak balas dendam kat dorang ke apa ke. Cuma geram dengan sikap salah sorang daripada dorang yang pernah jugak sewa rumah aku tu. Takut jadi benda yang sama. Sebab tu aku agak ragu-ragu sikit. Tapi lepas dengar cerita daripada adik yang nak menyewa ni (sepupu aku jugak), aku rasa baik sewakan je. Daripada rumah tu takde sape duduk kan? Hope dia tak macam yang dulu tu.


Nota Cik Rimau : Korang ada baca tak entri tentang kehidupan Cik Rimau? Kalau ada nak mintak pendapat sikit. Adakah korang rasa, entri tu macam nak mintak simpati korang semua? Kalau ye, Cik Rimau rasa nak buang je. Tapi Cik Rimau jelaskan sekali lagi kat sini. Apa yang tercatat kat entri tu, hanyalah luahan perasaan semata-mata. Cik Rimau cuma menceritakan apa yang terpendam kat hati Cik Rimau selama ni.Itu saja.

8 ulasan:

ayie berkata...

pertahankan sampai boleh

Cik Rimau berkata...

iye.. akan dipertahankan.. xnak jual.. syg tanah tu.. wlupon xsebesar mana..

Unknown berkata...

Gud Cik Rimau...Itu saja peninggalan famili Cik Rimau...jaga lek lok

Fadzli Amir berkata...

Salam..amboi...cik rimau...Auummmm..hehehehe slamat berkenalan...buat la term/surat perjanjian, kalu nak duduk jgn buat apa2 yg tak elok seperti penyewa yg dulu...kena ada black &white ni...jgn cakap mulut je...hehehe

Cik Rimau berkata...

Atok : tq eh utk nasihat2 and pandangan atok tu.. rimau hargai..

Fadzli : slmat berkenalan jugak.. ntah la.. susah la nak deal dgn sedare sndri ni.. byk kerenahnye..

Unknown berkata...

haah, atok rasa cakap Fadzli tu ada betulnya....Rimau buat black n white...sbg hukuman ingkar, kena keluar dari umah tu...cadangan yg bagus tu. Tak kisahlah sedara ke tak

BuDaK PeGheLiH berkata...

kenapa ngn penyewa sebelum ni?

Cik Rimau berkata...

Atok : cadang mmg nak buat pon.. tp krg kalau buat camtu, mulala nak sebar cite lain lak.. kate ktrg besar kepale pulak.. hurmm

Nana : dorg duduk xpenah bayar.. then dorg xpuas ati, dorg potong air and elektrik.. family yg lg 1 tu lg la.. dah la suke2 hati je nak sambung kat bhgian dapur rumah tu.. pastu sblom dorg kluar dr umah tu, dorang robohkan balik yg dorg sambung tu.. ntah pape punye org..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...