Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

23 April 2015

Jangan Burukkan Keadaan

Assalamualaikum dan selamat malam you all.. :-P


Dah lama tak membebel. Rindu pulak rasanya. Haha. So, malam ni aku nak membebel panjangggggggg sikit. Boleh kan? Boleh kan? Ready arrrrr... Kih kih kih... Actually, story kali ni memang ada kaitan dengan persekitaran aku. Kira kejadian benar la. Tapi aku nak citer secara umum jela. 


Aku percaya, korang semua pun pernah bergaduh, pernah tersinggung, bertelagah or tidak bertegur sapa dengan kawan korang. Setuju? Boleh dikatakan semua orang pernah mengalaminya. Tapi korang pernah tak tersepit? Kiranya macam ni la. A dengan B gaduh. Tapi aku pulak ok dengan si A and si B ni. Aku jadi tersepit bila kedua-dua pihak yang bertelagah tu cuba mendapatkan info tentang satu sama lain melalui aku. Haaaaa.. Cenggitu.. Paham?? 
Pening dibuatnya...
Kalau korang berada dalam keadaan tersepit macam ni, biasanya korang buat apa? Teruskan berkawan macam biasa dengan kedua-dua pihak yang tengah bergaduh tu? Or pilih nak memihak kepada satu pihak je? Atau jadi orang tengah yang dok menyampai-nyampai cerita and jadi batu api pulak lepas tu? Mana satu?

Jangan jadi batu api pulak yer...

Secara jujurnya, satu masa dulu aku mungkin pilih untuk memihak kepada satu pihak je. Well, konon kalau yang bergaduh tu kawan baik aku, of course la aku pilih nak back up kawan baik sendiri kan. Kononnya, "ko gaduh dengan kawan aku, maknanya ko gaduh dengan aku jugak". Camtu la lebih kurang. Tapi itu DULU. Zaman tak matang. Biasa la, remaja la katakan. Suka ikut perasaan. Tapi sekarang ni aku dah 26 tahun dah pun. 26 okey. Dah cukup dewasa nak menimbang baik buruk apa-apa yang nak dibuat. Takkan la nak terus berfikiran macam budak-budak. Biar dengan meningkatnya umur, fikiran pun jadi lebih matang. Kan bagus tu. Hehe.

So, sekarang ni. Kalau aku terlibat dengan persengketaan yang macam ni, aku pilih untuk:

* tidak memihak kepada sesiapa pun / teruskan bersahabat dengan kedua-dua pihak macam biasa (Dengar je masing-masing burukkan satu sama lain. Jangan komen lebih-lebih. Takkan la sebab salah satu dari yang bergaduh tu berkawan rapat dengan kita, kita pun ikut je apa dia buat. Jangan la pulak kita pun ikut sama bergaduh. Tak perlu kot nak fikir, "ko gaduh dengan kawan baik aku bermakna ko gaduh dengan aku jugak." Pastu start tarik muka. Come on la. Seriously?? Macam budak-budak. Tak matang langsung!)

* dengar cerita dari kedua-dua belah pihak baru buat penilaian (kadang-kadang, dari pemerhatian pun dah cukup untuk kita pastikan sape yang betul, sape yang salah. Tapi, kalau dah tau tu, buat-buat je tak tau. Jangan cuba keruhkan lagi keadaan.)

* tidak menyampai-nyampai cerita (yes, memang biasanya yang bergaduh akan tanya kita pasal pihak yang satu lagi. Kalau pergaduhan tu baru je lagi berlaku, biasanya hati dorang masih panas lagi. So, dorang akan expect yang kita akan bagitau dia yang pihak satu lagi kutuk dia. Kadang-kadang memang betul pun sangkaannya tu. Tapi kita sebagai orang tengah ni, cuba la jangan jadi batu api. Tak perlu sampaikan part kutuk-menutuk tu. Cuba buat dorang berfikiran positif. Kan lagi baik tu.)

* nasihatkan kedua-dua belah pihak (Part ni aku kurang berani sikit. Tapi aku lebih suka cakap secara santai. Macam secara umum. Tak merujuk secara terus pada kes pergaduhan dorang. Tapi biasanya aku akan cuba pujuk dorang untuk cuba tegur balik satu sama lain)

* tidak melaga-lagakan kedua-dua pihak (lebih kurang macam aku cakap tadi. Aku tak cakap aku baik. Cuma aku tak suka memburukkan keadaan. Kalau aku tau pihak A ni kutuk B, aku takkan cerita kat B. Untuk apa? Berdosa kot jadi batu api ni. Kalau dah macam-macam cara dibuat tapi dorang tak jugak berbaik, biar jela masa yang menjernihkan / menjalinkan semula perhubungan yang terputus tu.)


Ini adalah cara aku kalau aku terlibat dengan persengketaan orang lain. Cara korang mungkin berbeza. Lain orang, lain caranya. So, cuba la share. Mungkin aku boleh guna cara korang. Hehe. Yang pasti, point utama aku nak cakap malam ni, korang orang lain bergaduh, kita jangan sesekali cuba jadi batu api! Okey????


Nota Cik Rimau : Gigih menaip malam ni. Mimpi apa entah. Hahaha. Btw, gambar-gambar tu ihsan Pakcik Google. :-P

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...