Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

21 April 2015

Tanah Pusaka

Assalamualaikum wbt.. Dan salam sejahtera..


Malas nak cakap panjang. Dah tengah malam dah pun. Just nak tanya korang. Semalam sepupu aku kat Perak whatsapp aku mintak balik ke kampung 27 April ni.. Katanya ada urusan berkaitan tanah yang aku langsung tak pernah tau. Tanah rumah tu aku tau. Tapi kalau tanah kat bendang, baru semalam aku tau. Baru kutahu, arwah mak ni banyak tanah.. Huhu.

Ikut kata sepupu aku, Pejabat Tanah Kuala Kangsar mintak semua waris datang. Kononnya pak sedara aku sorang tu dah jual tanah tu senyap-senyap. So, sekarang ni pemilik baru nak buat la proses tukar nama. Aku jadi pelik. Bukan ke kalau nak jual kena dapat persetujuan semua pihak. Macam mana dia boleh jual tanpa persetujuan kitorang semua. Hurm..


So, cuba korang tengok sikit surat ni. Aku waris untuk penama nombor 3. Kalau korang tengok, aku wajib datang ke tak ek? Kalau tak datang, ada apa-apa kesan tak? Sebab pada tarikh tu nanti, aku kena bawak abang aku pergi PPUM untuk pemeriksaan susulan dia. Hurm.... Camne ek? Bole bagi cadangan? Huhu. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...