Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

22 Januari 2011

Cerita Pasal Hantu

MySpace Malam ni aku nak cerita pasal hantu la pulak. Hehe. Hurmm.. Pernah tak dalam hidup korang, kena kacau dengan hantu? Kalau ada yang pernah duduk asrama, mesti ada banyak cerita hantu yang keluar kan? Aku pun pernah duduk asrama yang berhantu ni. Tapi alhamdulillah, sepanjang lima tahun aku stay asrama tu tak pernah pulak aku dikacau hantu. Syukur sangat-sangat. Kawan-kawan aku ada yang pernah kena kacau. So, aku nak share sikit la pengalaman dorang yang pernah kena kacau ni. 

Kalau korang nak tau, asrama tu ada banyak pantang larangnya. Antaranya, tak boleh main congkak waktu malam, jangan pakai rantai kaki yang ada loceng, jangan taburkan benda-benda macam manik or kacang kat lantai and jangan main hanger or sudu  jadi gendang kat besi katil. Tapi dorang sendiri cari penyakit. Buat perkara-perkara yang mengundang kehadiran makhluk halus tu. So, sendiri tanggung la akibatnya. Jom baca beberapa cerita berkaitan dengan kejadian kena kacau dengan hantu ni. Layan... Hehe.

  • Bunyi orang main congkak tengah-tengah malam - Yang ni jadi kat junior aku. Kitorang dah pesan, jangan main congkak malam-malam. Degil tak nak dengar cakap senior. Sudahnya, salah sorang yang main congkak tu demam. Dia cakap dia dengar bunyi macam orang tengah main congkak kat belakang locker. Bila dia jenguk takde sape. So, sape main tu ye??
  • Bunyi orang lari kat tingkat atas masa semua student dah turun "prep" - Masa ni semua orang dengar ada bunyi orang main kejar-kejar kat atas. Tapi bila dikira, semua student ada. So, semua buat-buat tak dengar and teruskan buat kerja sekolah macam takde apa yang berlaku.
  • Bunyi orang yang pakai rantai kaki berloceng jalan keliling katil - Yang ni jadi kat senior. Kawan-kawan aku cakap, kakak senior tu suka sangat pakai rantai kaki yang ada loceng tu. Sekali kena kacau dengan bunyi loceng tu jugak. Nasib badan...
  • Bercakap dengan kawan kat bawah pokok tepi pagar asrama sedangkan kawan tu sebenarnya ada kat tingkat atas - Cerita ni yang kakak-kakak senior cerita kat kitorang masa kitorang mula-mula masuk asrama. Dorang kata, ada sorang akak tu. Tengah syok je bersembang kat bawah pokok tu tapi takde sape dengan dia. Dorang panggil dia. Dia datang kat akak-akak yang panggil ni. Dorang tanya dia sembang dengan sape. Dia kata dengan kawan la. Bila dia toleh kat "kawan" yang dia layan bersembang tu, takde sape kat situ. And kawan yang sebenar ada kat beranda atas. Terus demam terkejut.
  • Suara orang berbisik or panggil kat ampaian baju - Yang ni kawan baik aku sendiri terkena. Masa tu dia nak sidai baju. Pagi-pagi buta sebelum Subuh kitorang memang dah siap mandi selalunya. Memang dah ditetapkan, last habis mandi pukul 6.30 pagi. Dia ke tempat menyidai baju tu sorang-sorang. Situ agak gelap sikit. Honestly, aku yang agak berani ni pun takut nak ke situ. Tapi terpaksa la kan. Kawan aku ni cakap, dia dengar bunyi macam orang berbisik kat dia. Macam panggil-panggil nama dia. Dia ingatkan ada kawan nak main-main. Tapi takde sape la kat kawasan tu. Terus dia cabut lari naik tingkat atas.
  • Bunyi orang "bam" bola kat tepi makmal komputer - Ini pulak padah bila tak dengar larangan jangan main or beriadah kat luar kalau dah nak Maghrib. Tapi biasa la kan. Budak-budak Melayu sekarang ni, makin dilarang makin dibuat. So, tu la akibatnya yang dorang dapat pada sebelah malamnya. Dorang dengar bunyi bola tapi takde pulak kelibat orang main bola kat luar pagar asrama. 
  • Bunyi sudu / garfu and hanger diketuk kat katil - Masa kejadian ni, aku belum masuk asrama lagi. Senior yang cerita. Dorang kata ada sorang senior, main la ketuk-ketuk meja and katil guna sudu / garfu and hanger. So, satu malam tu dia dikacau dengan bunyi sudu and garfu diketuk kat katil dia. 
  • Lembaga hitam duduk atas locker - Yang ni aku dengar cerita yang disampaikan oleh member-member asrama aku. Tak silap aku benda ni jadi kat asrama lain. Dorang kata masa tu ada sorang budak asrama ni tengah study tengah-tengah malam. Sorang-sorang pulak tu. Dia tak perasan pun ada lembaga hitam tu. Tiba-tiba lembaga tu tegur dia macam ni, " Tengah study ke?". Budak ni toleh la. Sekali nampak lembaga ni. Pengsan budak tu and terus mintak keluar dari asrama. Kesian..
  • Hantu zaman Jepun berkawat kat padang - Cerita ni pulak jadi kat kawan cikgu aku. Cikgu aku kata, masa benda ni jadi, dia tengah study lagi. Aku tak ingat kat mana tempat dia cakap tu. Dia cakap, tempat tu memang dah ditetapkan kena tidur serentak pukul 9 malam pada tarikh 10 Oktober setiap tahun. Kalau tak silap aku  la . Kononnya untuk mengelakkan kejadian tak diingini. So, pada malam yang dilarang tidur lebih daripada pukul 9, kawan cikgu aku ni tidur lambat. Elok-elok je lepas pukul 9, cikgu aku cakap kawan aku dengar suara yang kira berapa orang yang dah tidur. Then, bila sampai kat katil dia, suara tu cakap dia tak tidur. Bila dia bukak mata terus menjerit. Ada lembaga mata merah depan dia. And kejadian lagi satu, jadi kat cikgu aku sendiri. Dia kata jarak nak ke tandas dari bangunan asrama jauh gila. Kena merentas padang. Masa dia tunggu kawan kat luar tandas, tiba-tiba je ada kabus. Dia buat tak peduli je walaupun ada rasa something. Masa dah balik ke bilik, kawan dia tanya dia. Ada tak nampak orang berkawat kat padang. Dia cakap tak nampak. Tapi, masa tu dia dah tau dah. Tu mesti hantu Jepun. Mana ada student nak berkawat tengah-tengah malam kan. 
  • Nampak muka kawan tertanggal - Yang ni kawan baik aku cerita. Benda ni jadi kat kawan kepada kakak dia. Kawan ni pergi la temankan sorang kawan yang ajak pergi tandas tengah-tengah malas. Dia ok je la kan. Tapi bila sampai kat tandas, sepatah pun kawan tu tak bercakap. Masa dia tengah basuh muka kat sinki, dia pandang la dari cermin. Dari cermin tu dia nampak muka kawan sorang tu, sikit sikit luruh kulit muka. Dah berdarah sana sini. Terus pengsan.

Itu baru sikit pengalaman kawan-kawan yang pernah ter"jumpa" hantu ni. Ikutkan ada banyak lagi. Tapi lain kali la aku sambung. Korang ada tak pengalaman jumpa or dikacau hantu ni? Kalau ada, jom kongsi ramai-ramai. Hehe.

Nota kaki : Kepada yang rasa lemah semangat lepas tengok cerita hantu / seram, dinasihatkan jangan ingat apa-apa pun pasal cerita tu lepas dah tengok. Sebabnya, kalau tak nanti, mula la kita nak terbayang je benda-benda tu. Sampaikan benda yang tak wujud pun boleh jadi wujud. Ye tak? Hehe.

12 ulasan:

mohammad berkata...

salam ziarah

eija89 berkata...

salam ziarah... tq singgah blog yang tak seberapa nie.. :-)

iena_mieyna ^^ berkata...

huwaaa...seram arh..hehe..ada jgk la experinces..5 thn gak duk asrama...=)

eija89 berkata...

yeke? Huhu.. Penah kena kaco jugak ye? nsib baik stkat ni xpernah lg. mintak dijauhkan. hehe

sekamar rindu berkata...

salam..

setakat ni belum pernah lagi...

alhamdulillah..

**follow ur blog...*****16

Anitafasha berkata...

Pengalaman aku sepanjang hidup berdepan dengan benda seram ni sekali je kalau tak silap. Aku pernah tengok rumah bunian. Tu la, perangai waktu kecik2 nakal tak dengar cakap. Hikhikhik

eija89 berkata...

sekamar rindu : mintak2 dijauhkan la.. mau perngsan kalau jumpe.. hehe.. tq..

Anitafasha : ni mesti mase kecik2 nakal kan... :-)

cikblurr berkata...

hmm...alhamdulillah la dari form 1 sampai sekarang nih dah dekat 9 taun dok hostel x penah la lagi kena..mintak simpang la semua tu...

NOOR FATIN berkata...

tetiba rasa seram. huhu selalu rasa mcm org kejar masa g toilet...wuuu

eija89 berkata...

cikblurr : bagus la tu.. ;-)

Noor Fatin : hehe.. jage2.. :-)

john travolta berkata...

dah 9 tahun dok asrama..sekolah 5 thn..kat u 4 thun..tkde pun jmpa hntu..asyik2 dgr cerita kwn dia jmpa,sedara jmpa,jiran kwn jumpa,kwn kakak kwn abg jmpa, sepupu jmpa...

john travolta berkata...

dah 9 tahun dok asrama..sekolah 5 thn..kat u 4 thun..tkde pun jmpa hntu..asyik2 dgr cerita kwn dia jmpa,sedara jmpa,jiran kwn jumpa,kwn kakak kwn abg jmpa, sepupu jmpa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...