Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

01 Julai 2011

300 Follower Dah.. Happy!!

Assalamualaikum and salam Jumaat semua..


Semakin jarang aku membebel sekarang ni kan. Al maklum la kan. Motherboard laptop aku tu still tak berganti lagi. Makanya, agak susah sikit la aku nak layan blog sekarang ni. Ya, memang la ada laptop adik aku tu. Tapi takkan aku nak kacau dia tiap-tiap hari pulak kan. Karang marah pulak dia sebab kacau dia nak online. Huk huk huk. Kesian aku kan? Hehe. 


Ok. Balik kepada tujuan utama aku membebel ni. :-) Sedar-sedar tak sedar, dah nak masuk dua tahun aku join main blog ni. Actually, kalau dikira balik, baru satu tahun 10 bulan. Awal-awal join dulu, aku tak terfikir pun nak share apa aku repekkan kat sini dengan orang lain. Aku buat tu pun saja-saja. Saja nak luah perasaan. Yela, nak cerita kat orang, takut orang tak nak dengar. Baik cerita kat sini. Sekurang-kurangnya, terluah jugak kan apa yang nak diluah. Betul tak kawan-kawan? Hehe.


Masa mula-mula blogging dulu pun, aku tak terfikir nak cari kawan kat blog ni. Tak tau pun macam mana nak cari kawan. Yela, dulu gila facebook je. Sekali tengok, bila dah layan blog, rasa seronok pulak. Terus ketagih. Masa tu, baru la aku belajar macam mana nak cari kawan. Macam mana nak share dengan orang lain entri-entri aku. And lain-lain la. 


Walaupun aku dah lama join blog ni, tapi baru-baru ni je aku jadi ahli aktif. Haha. Maksud aku, kerap update blog la. And aku memang tak sangka, walaupun baru je lagi aktif blogging ni, aku dah dapat ramai kawan. Thank you pada semua yang sudi berkawan dengan aku. Hik hik hik. Ayat gedik je kan? :-) And terima kasih yang tak terhingga pada semua yang follow aku walaupun blog aku ni tak best macam blog orang lain. Kih kih kih.


Kalau tengok kat jumlah follower aku sekarang ni, ada 302. Terima kasih kepada follower yang dah mencukupkan angka 300 tu. Siapakah blogger yang aku maksudkan ni ek? Orang yang aku maksudkan adalah Mr. Aril. Dia ada dua blog okeh. Korang pergi la lawat blog dia eh. Salah satu blog dia tu, dia banyak share pasal software. Aku tak pandai sangat nak review blog orang. So, korang terjah sendiri la eh.




Ok la. Tak tau nak bebel apa. Nak layan movie pulak la. Apa pun, terima kasih kepada semua follower Cik Rimau. Sangat-sangat hargai sebab sudi follow. :-)



Nota Cik Rimau : Nak tengok Transformers. Tapi bila nak booking je, semua dah penuh. Geram betul. Takkan nak pergi terjah je kot. Karang main pergi je, kena beratur panjang pulak. Malas ah. Tapi tak mau la lambat sangat tengok cerita tu. Favourite Cik Rimau ni. Huwaaaa...

12 ulasan:

Syafiqah Takiyudin berkata...

Bestnya dah smpai 300. kite baru 100 lebih. congrats. :)

Ayie Abas berkata...

TAHNIAH CIK IJA...DAH 302 DAH...WOW BYK TUUU...hahaha

Taufan Bin Ribut berkata...

congrats!!happy blogging yawww..jangan berhenti menulis ^_^

Entri terkini : entri ni aku taip dalam keadaan separa normal.
Ebtri sebelum : Kehenseman aku terserlah bile berkaca mata ^_^

Watch my video song!!

syafiqa berkata...

tu lah. blogging ni best kan.
lagi 1, lagi best bkawan dhn blogger
dr kwn yg rapat2 kt skola nuh..
haha. eh,
congrats.

NEPH berkata...

tahniah ntahnia cik rimau...miow miow

Cik Rimau berkata...

Syafiqah : lame2 nnt mesti syafiqah pon dpt ramai.. ag ramai dr Cik Rimau.. hehe

Cik Rimau berkata...

Ayie Abas : xdela.. mne de byk.. org lain ag byk.. hehe

Cik Rimau berkata...

Taufan bin Ribut : thanks eh.. :-)

Cik Rimau berkata...

syafiqakarim : hehe.. yer.. stuju.. tp kwn2 skola pon ok gak kan?? hehe

Cik Rimau berkata...

Neph : tq.. :-)

wan mohd haidzir berkata...

hai...saya budak baru dlm blog nie...x de follows g....join la saya

Cik Rimau berkata...

wan mohd haidzir : hai.. ok.. hehe :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...