Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

27 Jun 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum and salam sejahtera...

Tak nak story panjang macam biasa. Mood sedih ni. Huwaaaa.. Geram, marah, semua tengah bercampur ni. :-( Puncanya nanti la aku ceritakan eh. Sekarang nak story benda lain. Pasal apa yang terjadi masa aku nak balik kerja petang tadi. Memang ngeri la aku rasa. Tak pernah lagi jadi depan mata aku. Ini baru pertama kali. Memang menggeletar kepala lutut aku tengok kejadian tu

Masa balik tadi, macam biasa la kan. Naik bas. Aku keluar awal harini sebab ada hal sikit kat rumah. Tapi aku agak bengang sikit la sebab terlepas bas. Elok-elok aku turun dari tangga LRT Pasar Seni, bas nak ke tempat aku dah jalan. Hampeh betul. Terpaksa tunggu lama. Naik je bas, dapat kawan baru. Haha. Ok la tu kan. Tak sangka pulak kitorang duduk dekat je. Anak polis tu. :-)

Tengah sedap-sedap sembang dengan kawan baru tu, sedar tak sedar dah sampai kat Brickfields / KL Sentral. Ala.. Yang dekat dengan stesen minyak Esso tu. Kalau tak silap la. Aku perasan ada sorang uncle tu tengah nak tahan bas yang aku naik tu. Aku perhati je dia. Aku ingatkan pemandu bas tu nak berhenti. Tak sangka pulak dia terus jalan. Aku nampak uncle tu betul-betul antara bas yang aku naik dengan satu lagi bas yang berhenti ambik penumpang kat situ.Aku bajet uncle tu akan kena gesel antara bas tu kalau bas terus jalan. 

And ternyata, apa yang aku jangkakan tu memang jadi nyata. Uncle tu memang tergesel sampai terjatuh celah bas tu. Seriau aku. Berderau darah bila tengok uncle tu tiba-tiba hilang dari pandangan. Terus aku tutup mata. Aku takut betul masa tu. Kot-kot la uncle tu kena gilis dengan tayar bas ke. Mujur masa uncle tu jatuh, orang-orang dalam bas tu menjerit suruh pemandu berhenti. Semua naik risau. Pemandu tu boleh pulak marah-marah balik. Patutnya dia takut la. Sebab dah ada yang hampir mati sebab dia. Ada ke patut marah pulak. 

Aku pun sibuk la meninjau. Nak tau la apa jadi kat uncle tu. Aku nampak ada sorang mamat cuba angkat uncle ni. Tapi tak berjaya. Mungkin sebab ruang antara dua bas tu terlalu sempit. Sudahnya, pemandu bas tu sendiri yang pergi tolong. Alhamdulillah uncle tu dapat diselamatkan. Aku tak pasti ada cedera ke tak. Hope dia ok la. Tapi agak pelik jugak la. Macam mana la polis kat bawah khemah tepi tempat tunggu bas tu boleh tak perasan. Haissshh.. 

Tapi kan, dari kejadian ni aku dapat perhatikan satu perkara. Tentang sikap manusia. Tak sangka kan, dalam kota metropolitan yang mana majoriti penduduknya mengamalkan sikap tidak ambil peduli terhadap orang sekeliling, rupa-rupanya masih ada lagi sikap murni dalam diri masing-masing. Sebagai contoh, sikap tolong-menolong. Macam tadi. Berapa ramai yang nak menolong uncle tu. Siap ada yang pergi bagitau polis kat situ, ada yang pergi tahan bas yang lagi satu tu daripada bergerak (takut tergilis uncle tu) and ada jugak yang cuba mengeluarkan uncle tu. Walaupun usaha mamat yang cuba keluarkan uncle tu tak berjaya, pada aku, dia patut dipuji. Bukan dia je. Semua yang cuba membantu tadi, patut diberi pujian. Sebab masih mengekalkan sikap murni dalam diri.

Apa pun, aku rasa macam nak je tegur pemandu-pemandu bas or kenderaan awam. Dorang macam tak ambil berat hal keselamatan penumpang. Hati-hati la sikit. Haritu adik aku nyaris jadi mangsa atas sikap pemandu yang tak bertanggungjawab. Pasal tu nanti jela aku cerita. Aku tak maksudkan semua pemandu ye. Aku maksudkan mana-mana yang mengamalkan sikap macam tu je. Hope jangan ada yang hentam aku pulak lepas ni. Hehe.


Nota Cik Rimau : Cik Rimau sedih ni tau. Laptop tak boleh on. Motherboard rosak. Nak baikkan pun kena tunggu bulan depan la jawabnya. Banyak nak guna duit ni. Huhu. Ni pun online guna laptop adik Cik Rimau je. Pasni makin susah la nak blogging. Nak melawat rumah korang pun tak boleh sangat. Hope korang tak anggap Cik Rimau sombong la eh kalau Cik Rimau tak dapat singgah blog korang. :-(

12 ulasan:

Ayie Abas berkata...

CIK IJA KENAPA AWAK TAK BELI KERETA SENDIRI?...TENTU SENANG NAK PERGI KE TEMPAT SENDIRI BILA DAH ADA KENDERAAN SENDIRI.

Syafiqah Takiyudin berkata...

Takutnya dengar.Kebanyakan pemandu bas sekarang memang kurang berhemah. Ada yg jalan sebelum penumpang betul2 turun bas. Nasib baik orang tu tak jatuh. Lepastu suka marah2. :S

NEPH berkata...

wah..tragis cerita....

NEPH berkata...

wah..tragis cerita....

NEPH berkata...

wah..tragis cerita....

NEPH berkata...

wah..tragis cerita....

ORLANDO AHMAD berkata...

kesian pak cik tu... gua dulu penah gaduh bila nak naik bas... pasal yg gua naik tu bukan bas, tapi kereta lembu

amry berkata...

lama tak singgah sini...Hm...
sorry... :)
memang kebanyakan pemandu bas ni kurang berkhemah sikit...kebanyakan diorang kasar.kebanyakan k.

Cik Rimau berkata...

Ayie : adei.. mane ley beli ag.. sengkek je ni.. hik3.. xmampu ag lor..

Cik Rimau berkata...

Nur Syafiqah : betul tu.. bukan la semua... tp kebanyakan mmg mcm tu.. xhormat pnumpang tul la.. huh

Cik Rimau berkata...

Call Me Neph : haha.. ape yg tragis??

Cik Rimau berkata...

amry : xpe.. hehehe.. dah singgah ni pon, cik rimau da happy.. ya betul.. cik rimau setuju.. x sume.. tp bnyk mcm tu.. xsuke tol.. hik3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...