Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

07 Ogos 2011

Korang Mungkin Tak Malu, Tapi Aku Malu!

Assalamualaikum and selamat malam...

Hai.. Apa khabar korang semua? Kembali membebel selepas enam hari aku tak lepak sini. Korang rindu aku tak? Hurmm... Macam tak je ni. Sedih la macam ni. Nak merajuk sekejap. Hehe. Okeh. Stop gedik sebelum ada yang simbah asid kat aku. :-) Haritu aku kata nak update setiap hari kan? Penipu betul la Cik Rimau. Ala.. Jangan la panggil penipu. Aku takde kesempatan je nak update setiap hari. Ini pun sebab ada peluang. Dapat la bebel. And ada story nak dikongsi. So, ada la aku membebel malam ni. Hik hik hik.

Ok. Tengok tajuk tu. Actually, cerita yang nak aku kongsikan ni terjadi dalam life aku sendiri ye. Bukan baru-baru ni je jadi, dari dulu lagi. Lama dah aku biarkan. Tapi, bila aku biarkan, macam makin menjadi pulak sikap sesetengah orang yang berkait rapat dengan cerita yang aku nak taip ni. Bukan aku tak cuba tegur secara berdepan. Dah cuba. Masalahnya macam takde kesan langsung. Kalis teguran nampaknya. Or maybe aku ni budak lagi, makanya teguran tu tak diendahkan. Kecik hati aku tau. Huhu.

Aku tak pasti la aku patut ke tak cerita benda tu kat sini. Takut korang kata aku cari publisiti murahan pulak. Huhu. Tapi, aku rasa, sini jela satu-satunya medium untuk aku meluahkan pendapat aku. Yerla, cakap depan-depan tak nak peduli. Baik aku taip kat sini je. Hehe. Macam mana ek nak mulakan? Huhu. PERINGATAN! Cerita ni aku ubah dari cerita asal yer untuk bagi korang faham apa aku cuba sampaikan. :-)

Hurmmm.. Macam ni la. Katakan la korang ada something yang kalau boleh korang memang tak nak orang lain tau. So, korang just cerita kat beberapa orang jela. Malangnya, cerita yang korang nak rahsiakan tu tiba-tiba tersebar and menyebabkan korang malu. Korang geram tak? Itulah perkara yang selalu jadi kat aku. Hangin tau tak? Selalu sangat kena macam tu. Mana boleh! Huhu. Aku bagi korang dua situasi sebagai contoh.

Situasi 1
Korang sakit perut gila-gila ni. So, korang pun cakap la nak ke tandas. Kebetulan kawan tanya korang nak ke mana. Korang pun jawab la nak ke tandas. Kawan korang tanya balik. Nak ke tandas sebab nak BERAK ke? What the ... Geram betul kalau jadi macam ni kan? Kalau nak pergi tandas bukan sebab yang kawan korang cakap tu, takde la malu sangat kan. Ini kalau dah memang betul, malu jugak la ditanya macam tu. Nak-nak kalau perempuan. Lelaki maybe no hal. Kalau yang perempuan ni, buatnya lelaki dengar, tak ke segan? Kalau aku, serius aku malu. Huhu. Tak biasa sangat nak terlampau open ni. Hak hak hak.

Situasi 2
Ok. Yang ni sensitif sikit la ye. Lebih kepada kaum perempuan. Sekarang ni bulan Ramadhan kan. Bulan untuk berpuasa. Macam biasa la. Kaum perempuan, kebanyakannya tak berpeluang nak berpuasa penuh atas sebab-sebab yang semua orang dah sedia maklum. Ok la tu kan. Yang aku kisahkan ni, kenapa mesti kecoh-kecoh bila dapat tau ada kawan yang tak boleh berpuasa kat kawan-kawan lain? Tak fikir ke kawan tu malu bila orang yang tak sepatutnya tau pasal dia tak boleh berpuasa tu  dapat tau? Kalau aku, aku malu ok walaupun benda tu normal. Lelaki tau sekali. Malu siot! Sama la jugak dengan solat. Kadang-kadang, saja je tanya kuat-kuat depan kawan-kawan lelaki dah solat ke belum walapun dah tau kawan tu tak boleh nak solat. Apa tujuannya? Fikir-fikirkanla ye.


Korang faham kan apa yang aku cuba maksudkan kat entri ni kan? Tak faham pun, cuba-cuba la fahamkan ye. Aku faham mungkin ada sesetengah orang yang jenis open. Dorang tak kisah pasal semua tu and lagi suka berterus terang (suka cakap direct). Tapi, kot ye pun, jangan la lebih-lebih sangat. Korang nak terlampau open pasal diri korang aku boleh terima. Tapi, kalau hal aku, aku mintak sangat kalau tak dikecohkan kat orang-orang yang tak sepatutnya. Aku tak suka benda-benda yang aku rasa memalukan diri aku diketahui orang. Malu ok. Aku tak maksudkan sesiapa. Tapi kalau ada yang terasa, harap faham la pendirian aku. :-)



Nota Cik Rimau : Sape kata anak dara zaman sekarang dah takde rasa malu? Cik Rimau malu ape. Hik hik hik. Psssttt.. Esok la ek Cik Rimau singgah blog kawan-kawan. Guna laptop adik Cik Rimau ni. Dia pulak nak update blog dia. Papai sume. Jumpa esok. Hehe.

18 ulasan:

Syafiqah Takiyudin berkata...

Betul2. Perempuan zaman sekarang still ada rasa malu walaupun bilangannya makin berkurangan. :/

My Name is Mar berkata...

Ho-ho-ho..
Pasni kena cover-cover sikit lah..
Kadang-kadang terCAKAP..
Bukan sengaja..

Musicbrilliant.com

asyraff mohd berkata...

haha . standart la tu .

SyuraLatif berkata...

kalau saya, depend la..
kalau ade mamat hensem kat situ cove sikit kot.. ehehe

Prince Halilintar berkata...

klu nak buang air tu kdg2 member2 prince gune bahase indah sikit..kate nak "check in hotel" jap diorg phm la tu nak membunag hajat..hahaha

Tanpa Nama berkata...

i nak follous lah blog ni....


Acapsuur: snap3 & kongsi (>,<)

ayie berkata...

huhu sabar cik rimau..lain orang dia anggap perkara tu perkara bagi dia..huhu

Cik Rimau berkata...

Syafiqah : betul3.. wlupon nmpak mcm gile2, xsmstinye dah xde rase malu dlm diri.. kan kan kan?? hehe

Cik Rimau berkata...

My Name Is Mar : haha.. adeh.. ini pendapat cik rimau jela.. lain org lain pandangan kan?? hehe

Cik Rimau berkata...

asyraff : haha.. mmg la incik asyraff uit.. tp cik rimau xbiase okeh.. hehe :-)

Cik Rimau berkata...

QuiNn ZhOuRa : uik.. ehem3.. nakai ni ek.. haha

Cik Rimau berkata...

Prince Halilintar : ok la mcm tu.. ade gak lapiknye.. ini ckp direct je.. tebal muke klu org lain dgr.. huhu

Cik Rimau berkata...

asyraf : tq.. :-)

Cik Rimau berkata...

ayie : yup.. cik rimau stuju.. tp pandangan cik rimau mcm ni la.. hehe.. :-)

Mohamadazhan.com berkata...

ayo..ada juga jenis tak malu tu kan.hehe.masalah..

kay_are berkata...

tu r pasal.. kadang2 pelik ngan orang yang dah r tak pose.. tapi terlebih bangge ngaku yang die tu tak pose.. tak faham..

Cik Rimau berkata...

Azhan : hahaha.. tau xpe.. sentiasa ade kat dunia nie.. :-)

Cik Rimau berkata...

kay_are : haha.. betul tu.. hangin je dgn org2 mcm ni.. ye hak masing-masing.. tp yg 1 kaum ni rase segan jugak la.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...