Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

17 Mac 2012

Surprise Birthday Party For Me??? Terharunyer!!!

Assalamualaikum and selamat malam semua.. 


Hehe.. Harini hari 17 Mac bersamaan dengan hari Sabtu. Bersamaan jugak hari jadi aku yer kawan-kawan. :D Sangat-sangat gembira harini sebab ada banyak perkara best yang jadi dalam hidup aku. The best day ever in my life (untuk tahun ni la.. :p). Happy sangat-sangat. Banyak kejutan. Suka! Hehe.


Aku memang tak sangka ada surprise birthday party untuk aku. Langsung tak dapat nak jangka. Aku datang office macam biasa harini. Berdua je dengan Kak Ziha. Kak Suhana cakap dia tak dapat datang. Dia demam. Dia cakap la. Tapi rupa-rupanya tu semua tipu semata-mata. Hahaha. Awal-awal lagi dia da plan. Siap buat pakatan rahsia pulak tu dengan Kak Ziha. Hampeh betul la.. 


Kak Ziha tu pun pandai la pulak berlakon. Macam takde apa-apa je. Padan la dia buat tak kisah je masa lampu office tiba-tiba padam. Aku nampak ada orang matikan lampu. Aku tanya Kak Ziha sape padamkan lampu. Dia boleh buat tak tau je. Pelik jugak aku. Pastu tiba-tiba je Kak Suhana, Cik Nita, Kak Jalilah, Anis and Awan masuk dari pintu belakang sambil nyanyi lagu Happy Birthday. Terkejut aku. Tak percaya! Tak pernah kot orang buat surprise macam ni kat aku. Hehe. 


Kek birthday. Tak boleh blah betul kan. Ada ke patut guna nama FB aku. Tak patut.. Ish ish ish..

Posing sebentar sebelum potong kek..


Awan Najwa yang kelaparan. Sian ko Awan.. Haha
Sibuk usha video yang dorang rakam. Hampeh betul la.. 
Makan sambil layan cite Billu. :p
Kak Suhana, Cik Nita and Anis. Antara perancang utama surprise harini. Time kasih bebanyak. Hehe.

Rayyan yang comey. Kebetulan pulak Kak Ana datang office. Dapat jumpa budak cute ni. Geram aku! Huhu
Abang Mat tengah melantak cherry.. Haha


Terharu betul la bila dorang buat surprise macam ni. Happy tau. Hehe. Terima kasih banyak-banyak Kak Suhana, Kak Ziha, Kak Jalilah, Cik Nita, Anis and Awan sebab adakan sambutan birthday ni. Sangat-sangat hargai. :D 


And then, lepas je kitorang makan-makan, aku dapat call daripada Wahidah, kawan baik aku. Dia cakap nak turun KL. Aku ok je. Kebetulan aku memang nak balik lambat sikit. So, aku tunggu la dia sampai. Dalam pukul 4.30, dia cakap dia dah ada kat Pasar Seni. Aku terus gerak cari dia kat dalam tu. Jumpa je, kitorang terus pergi Mid Valley. Lepak-lepak sekejap. Then, temankan dia beli barang. 


Lepas Maghrib, baru la kitorang gerak untuk balik. Aku hantar dia sampai kat LRT Bangsar je. Dah malam kan. Takut pulak nak balik sorang-sorang dari Puduraya. Sebelum dia balik, dia kasi aku hadiah. Sangat happy. Banyak sangat kejutan yang aku dapat harini. Hehe. Thank you so much Wahidah.


Wahidah dengan kawannya. Aku tak ingat nama dia. Hehe.
Posing gedik jap kat kereta mainan nie. Haha.
Minum dulu sebelum balik.. 
Hadiah dari Wahidah..


Nota Cik Rimau : Cik Rimau happy sangat-sangat harini. :D Sangat best bila dikelilingi orang-orang yang sempoi. Macam kawan-kawan Cik Rimau sekarang ni. Moga persahabatan kitorang berkekalan. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang terlibat dalam program menggembirakan Cik Rimau harini. Hehe.

7 ulasan:

mysweet berkata...

waaa..best lah ko eh..hehehe..

L berkata...

waa.. sori lmbt wish.. hp befday k. semoga sentiasa dirahmatiNYa.. amin..

jom tambah ilmu sikit..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html

Suhami Ahmad berkata...

selamat hari lahir yang ke 16.....eh?!

Cik Rimau berkata...

mysweet : hehehe.. bese je kot.. tp terkjut gak la.. :p

Cik Rimau berkata...

L : thanks.. hehehe

Cik Rimau berkata...

Atok : hehehehe.. tibe2 rase makin mude.. haha.. thanks atok

kay_are berkata...

senyap lame tibe2 ade entri 17 mac lak tu!! ish ish.. lewat sangat ni tapi ape pun, selamat hari jadi ye moga panjang umo and murah rezeki =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...