Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

16 Januari 2013

The 27th Golden Disk Awards [Day 1]

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi baca blog Cik Rimau ni...


Harini Cik Rimau nak share cerita pasal anugerah muzik paling berprestij untuk Korea iaitu Golden Disk Awards (Korean Grammy Awards) yang berlangsung selama dua hari kat Litar Antarabangsa Sepang bermula dari semalam. Aik.. Apa kes tiba-tiba je nak cerita pasal benda ni pulak kan? Macam la dapat tengok. Haha. Eceh. Tak dapat tengok pun, boleh je dapat tau keputusan dari Allkpop (laman web cerita pasal artis korea yang paling Cik Rimau suka singgah. Hehe). Cik Rimau cerita pasal ni pun sebab artis kegemaran Cik Rimau, INFINITE ada menang dua anugerah. Happy untuk dorang. :p 

Infinite : L @ Myungsoo, Woohyun, Sungyeol & Sungjong. Sumber : Google.

Sebelum sambung membebel, jom tengok dulu senarai keputusan untuk hari pertama (15 Januari 2013). Untuk makluman korang, anugerah yang disampaikan pada hari pertama ni khas untuk kategori album fizikal. Manakala untuk hari kedua pulak untuk kategori album digital. Kalau nak tau apa kriteria or syarat untuk dapat anugerah tu, boleh baca kat sini. So, jom tengok dulu.

Album Of The Year (Disk Daesang)
- Super Junior “Sexy Free & Single”

Disk Bonsang
- 4minute (Volume Up)
- B1A4 (The B1A4)
- B2ST (Midnight Sun)
- CN BLUE (3rd Mini Album Ear Fun)
- FT ISLAND (Grown-Up)
- INFINITE (Infinitize)
- KARA (Pandora)
- SHINee (Sherlock)
- Super Junior (Sexy, Free & Single)

Rookie Award
- EXO-K
- Juniel

Best Dance Performance Award
- Trouble Maker

Best Group Performance Award
- INFINITE

Next Generation Star Award
- BtoB

MSN Southeast Asia Award
- Super Junior “Sexy Free & Single”

Malaysia’s Most Favorite Star Award
- CNBLUE
- KARA

jTBC Best Artist Award
- B2ST

Popularity Award
- SHINee

Golden Disk Producer Award
- Han Sung Ho (FNC Entertainment)


So, macam mana? Ada tak artis yang korang minat menang anugerah? Confirm ada kan? Peminat Super Junior and CN Blue ramai kot kat Malaysia ni. Huhu. Tapi agak musykil kenapa Big Bang takde menang apa-apa. Pelik ni. Padahal album dorang (Alive [EP]) dapat tempat kedua kat Gaon Chart (untuk kategori jualan album fizikal). Patutnya boleh la menang Disk Bonsang. Adakah The 27th Golden Disk Awards pun mengamalkan peraturan "no attendance = no award"? Tak best la macam tu kan. Dah macam Melon Music Awards la pulak kalau nak ikut peraturan macam tu. Hurmmm...



Nota Cik Rimau : Cik Rimau dengar majlis anugerah ni akan disiarkan pada 19 Januari ni. Tak pasti betul ke tak. Nak tengok jugak! Nak tengok INFINITE! Hahaha. (Gila k-pop betul la Cik Rimau sekarang ni kan? Hehe)

2 ulasan:

RadhiahIlyas ッ berkata...

saya gi GDA :D http://catberrymilk.blogspot.com/2013/01/hallu-semuanya-haha-d-hari-ni-keletihan.html

Tanpa Nama berkata...

sy g GDA..big bang trima award jgk..GD wakil..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...