Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ni...
Harini aku taknak merepek pasal benda lain. Entri harini khas untuk menceritakan/berkongsi perasaan aku yang baru je kehilangan adik (Lahi) buat selama-lamanya. Pemergian yang sangat mengejutkan. Pada korang yang tak tau kisah hidup aku selama ni, boleh rujuk entri ini. Sejak dari kejadian dulu tu, kitorang tinggal bertiga beradik. Sama-sama rasa susah senang hidup tanpa mak abah. Tinggal pun jauh dari sedara mara. Sakit pening kitorang masing-masing jaga satu sama lain. Sedih jugak rasa kadang-kadang tu tapi takpela kan... Asalkan still bersama adik-beradik.

Abang aku (Epoi namanya) OKU dari segi pembelajaran. Walaupun dia macam tu, aku dengan arwah Lahi memang dah nekad nak jaga Epoi. Bukan takde orang suruh hantar Epoi pergi rumah kebajikan. Ramai je suruh. Alasan dorang, nanti kalau kitorang kahwin, sape nak jaga Epoi? Takkan nak bawak tinggal sekali dengan husband? Karang korang pulak bercerai sebabkan Epoi. Korang pergi kerja nanti, abang korang sape nak jaga? Itu antara alasan yang paling kerap aku dengar. Tapi takpela. Susah macam mana pun, kitorang pilih untuk kekal tinggal tiga beradik. Tak nak terpisah antara satu sama lain. Lagipun, arwah abah dah pesan untuk jaga Epoi.
Then, tak lama lepas kitorang tinggal bertiga, Lahi dapat sambung belajar kat Politeknik Ungku Omar. So, aku memang agak busy sikit sejak tu. Kena prepare macam-macam sebelum and selepas balik kerja. Tapi lepas je Lahi habis belajar, dia la yang banyak tolong aku. Aku tak payah risau hal rumah. Baju-baju kat rumah dia yang basuh, lipat, rumah dia yang kemas, Epoi punya makan dia yang settlekan, bil-bil utiliti dia yang pergi tolong bayarkan, baju kerja aku dia yang gosokkan and macam-macam lagi. Aku balik je, makanan dah siap terhidang. Memang sume complete la. Aku tak payah nak fikir apa dah pasal rumah. :-(
Sejak awal tahun ni, aku agak busy dengan kerja. Lepas je settle sume kerja tu, aku ambik cuti hujung bulan Mac yang lepas. Dengan niat nak bawak Lahi and Epoi bercuti kat Pulau Pangkor and nak ambik sijil berhenti sekolah + sijil SPM Lahi kat sekolah lama kitorang dulu. (Lahi tak pernah tuntut sijil-sijil tu selama ni) Lahi semangat gila nak dapatkan sijil-sijil tu. Katanya tak sabar nak mintak kerja. Dia nak tolong aku. Dia siap berangan nak beli kereta kalau dah kerja nanti. Boleh pergi kerja sama-sama. Dia nak hantar and ambik aku balik dari kerja katanya...
Tapi kuasa Allah tak siapa dapat halang. Aku langsung tak menjangkakan yang itulah kali pertama dan jugak terakhir kitorang dapat pergi bercuti sama-sama dengan Lahi. Aku still lagi rasa macam tak percaya yang dia dah takde. Dia dah pergi menghadap penciptaNYa. Dia dah pergi untuk selama-lamanya. Pergi yang takkan kembali lagi and takkan ada gantinya. Aku tak dapat nak gambarkan perasaan aku sekarang ni. Yang aku tau, aku sedih sangat-sangat and rasa sunyi sangat-sangat sejak dia takde ni. Aku rasa keseorangan. Aku dah takde kawan paling baik aku, kawan tidur aku, kawan pendengar masalah aku, kawan peneman aku merepek, kawan yang banyak membantu aku dalam segala hal and kawan yang paling faham aku sepenuhnya.
Aku ingat lagi... Seminggu sebelum dia meninggal, aku demam. Boleh dikatakan teruk sebab ada satu hari tu aku memang tak larat nak bangun. Kebetulan haritu, Lahi nak keluar jumpa kawan dia. Dia balik je, dia belikan aku KoolFever, air cap badak and lain-lain yang boleh meredakan demam. Then, sehari lepas aku masuk kerja, aku dapat MC. Aku duduk rumah je rehat. Lahi la yang banyak tolong aku. Dia siap bangun awal-awal pagi semata-mata nak cari resepi nak buat sup ketam untuk aku. Dah dapat resepi, terus dia turun pergi kedai cari barang-barang. Dia siap belikan and buatkan air barli untuk tolong aku kurangkan panas badan.
Lepas tu, aku sihat balik.Tapi tak lama. Sebab sehari je lepas aku masuk kerja balik, badan aku jadi panas semula. Tapi aku buat rileks je. Tak nak la orang cakap mengada-ngada ke apa ke. Then, hari Jumaat tu naik gatal-gatal kat badan aku. Habis jadi merah tangan aku. Aku pergi klinik. Doktor cakap hanya virus. Hari Sabtu nak pergi ofis, Lahi ajak aku singgah klinik bawah rumah tu. Dapat ubat gatal je. Selang berapa hari lepas tu, aku sihat balik. Then satu hari tu, Lahi sms aku. Katanya abang aku demam. Aku suruh la dia bagi ubat or buat apa yang patut. Lahi jugak la yang jaga abang aku masa demam tu. Kesian dia...
Abang aku demam tak lama. Dalam dua hari je dia dah ok balik. Then hari Rabu (24.4.2013), masa aku tengah bersiap nak pergi kerja, Lahi cakap dia pening kepala, rasa nak demam. Aku suruh dia makan ubat. Tapi katanya nanti je kalau tak larat. Then aku tengok dia bila pagi ok, bila malam dia jadi lembik. Bila malam je, dia muntah-muntah, cirit-birit. Last-last aku paksa dia makan ubat. Dia makan jugak. Pagi esoknya dia cakap dia dah sihat. Aku takde la risau tengok dia macam dah ok. Dia siap cakap nak pergi tengok Iron Man 3. Aku cakap ok je. Balik dari kerja, aku cakap la nak pergi tengok movie tu Ahad nanti. Yang peliknya, dia takde komen pape. Dia diam je. Aku tengok dia tak cakap apa-apa, aku anggap dia tak nak pergi. Aku malas nak komen lebih-lebih. Takkan nak paksa dia kan. Tapi malam tu, ayat yang dia cakap kat abang aku asyik terngiang-ngiang je kat telinga aku. Walaupun masa tu aku rasa dia main-main je, tapi ayat tu macam melekat kat otak aku. Aku buat tak tau je walaupun rasa pelik. Ayat dia berbunyi macam ni, " Epoi, tolong jap bawakkan selimut aku masuk dalam bilik. Aku rasa dah nak mati dah ni. "

Pagi Jumaat (26.4.2013), masa aku bangun nak pergi kerja, aku tengok Lahi dah ada baring atas sofa. Dia cakap dia dah sihat. Dia siap tanya kalau-kalau ada bil nak suruh dia bayarkan. Aku cakap nanti je dulu sebab duit dalam tangan maybe tak cukup nak bayar. Dia cakap ok je. Masa aku siap pakai tudung, dia masuk dalam bilik. Pagi tu dia tak tolong pun kuncikan pintu. Abang aku yang kunci. Tapi sebelum keluar dari rumah, Lahi sempat jerit. "Bye Akak.." Walaupun aku anggap biasa (memang dia selalu cakap macam tu setiap pagi), tapi entah kenapa pagi tu aku rasa lain macam. Terdetik kat hati yang macam wish tu mungkin yang terakhir aku dengar dari dia. Tapi macam biasa, aku buat tak peduli. Tak nak fikir bukan-bukan memandangkan dia cakap dia dah sihat.
Kat ofis, Lahi call aku masa dah dekat nak lunch. Dia tanya aku dah nak balik ke. Aku jadi pelik. Biar betul adik aku ni. Belum pukul 12 lagi dah tanya aku nak balik ke. Aku cakap la lambat lagi. Aku tanya dia kenapa. Dia cakap, dia mungkin mamai je. Lepas je dari tu, aku jadi pelik. Tapi aku takde la cakap apa-apa kat sape-sape. Balik dari kerja, aku singgah beli burger. Aku tau Lahi tak masak kalau dia demam macam tu. Aku terfikir nak ajak dia pergi klinik kalau dia tak sihat jugak. Aku masuk rumah, aku jenguk dia dalam bilik. Dia pun pandang aku, pastu dia buat hal dia. Aku pulak lepas settle sume urusan aku, memang aku terus lepak luar bilik. Aku layan Running Man kat pc.
Aku intai-intai jugak ke dalam bilik. Aku tengok dia ok je. Adik aku memang jenis tidur berbunyi. So, aku duduk balik layan pc. Abang aku masuk tidur tak lama lepas tu. Dalam pukul 12 tengah malam, aku matikan pc. Aku masuk bilik. Aku tengok Lahi lain macam je. Aku pegang tangan dia. Sejuk sangat-sangat. Aku jadi panik. Aku gerak-gerakkan dia. Langsung tak bergerak. Mulut dia berbuih. Aku terdiam sekejap. Aku dapat rasakan masa tu dia memang dah takde. Aku tak tau nak buat apa masa tu. Aku cuba gerak dia lagi. Memang dia dah kaku. Macam-macam andaian keluar kat kepala aku masa tu. Aku macam tak percaya dia dah takde. Yela, dia muda lagi. Baru je sebulan lebih genap 22 tahun.
Aku gerak abang aku. Kitorang pergi rumah jiran depan rumah. Maklumkan pasal Lahi. Pakcik tu datang rumah. Dia periksa Lahi. Walaupun pada dia Lahi maybe pengsan je, tapi perasaan aku masa tu memang dah dapat rasa dia dah takde. Aku memang takut sangat masa tu. Tapi aku cuba tenangkan fikiran. Cuba redha. Takut terlampau sedih and banyak fikir sampai jadi gila. Mungkin boleh jadi gila kalau aku tak tenangkan fikiran. Adik aku pergi mengejut macam tu. Memang boleh buat aku jadi tak betul.
Pakcik Lan tu pun call ambulans. Dalam setengah jam lepas tu, ambulans sampai. Pembantu perubatan tu cek keadaan Lahi. Then, dia maklumkan Lahi dah takde. Katanya, Lahi demam panas. Kena sawan tarik. Walaupun aku dah dapat terima hakikat Lahi memang dah takde, tapi air mata tetap jugak keluar. Abang aku pun sama. Dia campak baju-baju dia. Mujur ada jiran depan rumah tu tolong tenangkan. Aku terus pergi buat report lepas tu dengan bantuan jiran depan rumah (Aswad namanya). Polis tanya aku nak buat post mortem ke tak. Aku cakap tak nak. Aku takut lambat urusan pengebumian. Berkali-kali polis tu tanya. Last-last dia keluarkan jugak permit penguburan.
Masa aku balik rumah, aku nampak orang dah ramai kat luar rumah. Dorang nak tolong and nak bawak jenazah ke surau. Adik perempuan Aswad, Aisyah yang temankan aku sepanjang kat surau tu. Subuh tu, kawan baik aku, Wahidah sampai dari Tanjung Malim. Mujur dia ada. Kalau tak aku memang takut. Aku dah takde mak abah. Aku jela yang paling tua dalam family. Dah la tak tau apa-apa. Alhamdulillah ada kawan yang sanggup datang dari jauh. Bila hari makin siang, makin ramai kawan-kawan aku yang datang. Kawan Lahi yang duduk KL pun ada yang datang. Cikgu yang baik dengan Lahi pun sanggup datang dari Kuala Kangsar. Aku bersyukur sangat-sangat ramai yang datang. Tapi agak terkilan sebab takde sorang pun dari saudara mara or kaum kerabat baik dari belah mak or dari belah abah yang nak datang. Yang belah mak bagi alasan takde kenderaan. Yang belah abah, mula-mula cakap nak datang. Bila aku call balik, tiba-tiba cakap tak dapat datang sebab nak pergi kenduri. Ok takpe. Masing-masing ada alasan. Terpulang la..
Dalam pukul 11 lebih, semua urusan selesai dengan bantuan jiran-jiran kawasan perumahan. Dorang memang banyak tolong. Aku memang sangat-sangat terhutang budi dengan dorang. Kalau la dorang tak tolong, aku tak tau aku nak buat apa. Sangat-sangat berterima kasih dengan bantuan yang dorang hulurkan. And berbanyak terima kasih kepada semua kawan-kawan yang hadir. Kehadiran anda semua membuatkan aku rasa lebih kuat menerima pemergian Lahi. Terima kasih sangat-sangat.
Sekarang ni, aku cuba teruskan kehidupan macam biasa. Walaupun muka nampak happy, dalam hati tak siapa yang tau kan? Macam kata sorang abang kat ofis tu. Yup, bila orang tanya aku ok ke tak, aku memang boleh jawab aku ok. Tapi sebenarnya aku masih tak ok. Walaupun aku cuba happy-happy kat ofis, aku tetap tak boleh nak elak dari rasa sedih bila aku duduk sorang-sorang. Kadang-kadang masa naik bas balik kerja pun, aku jadi teringat kat arwah. Mula la rasa nak menangis. Tapi cuba la bertahan. Mungkin masih baru lagi. InsyaAllah, mungkin tak lama lagi aku dapat kembali ok sepenuhnya macam dulu. Aku cuma harap agar dipinjamkan lebih kekuatan, ketabahan and ketenangan hati untuk aku terima dugaan and ujian yang direncanakanNya ni. Moga pemergian adik aku ni tak menjadikan aku seorang yang makin lemah tapi menjadikan aku seorang hamba yang makin kuat menerima dugaanNya. Mudah-mudahan.. Amin...
Nota Cik Rimau : Tiba-tiba teringat yang arwah ada mintak belikan dia hadiah. Cik Rimau saja cakap tak nak belikan. Cik Rimau plan nak belikan dia senyap-senyap je nanti. Tapi tak kesampaian pulak hajat tu. Lepas ni, dah takde la kawan karaoke Cik Rimau. Takdela orang nak buatkan bibimbap dah. And lepas ni, takde la "Yaie-Jaja" dah. And sekarang ni, Cik Rimau rindu sangat kat dia.. Rindu nak gaduh dengan dia lagi... :-(
6 ulasan:
salam cik rimau.
takziah saya ucapkan atas pemergian arwah.semoga cik rimau tabah dan kuat. jangan sedih sedih sangat..jangan duk sendiri, sebab bila sendiri memang teringat kat arwah..semua orang akan lalui benda yang sama..kuat ok...
Amry : tq.. huhu.. sedih tu da makin kurang.. tp kdang2 teringat.. susah nk lupe.. hidup sekali dari kecik sampai besar.. byk kenangan.. bile dia pergi mcm tu je, rasa mcm sgt2 kehilangan.. tp insyaAllah.. cube menerima qada & qadarnya seikhlas ati..
salam cik rimau, moga Allah rahmati
Sedih benar saya baca kisah ni, apa pun saya kagum dgn ketabahan dan kesabaran tu, insyaAllah Allah maha adil, jika bukan di dunia anugerah, akhirat pasti. teruskan cekal! =)
salam Cik Rimau,
takziah atas pemergian adik Lahi.semoga terus tabah menghadapi hidup ini...
jangan lupa sisipkan doa ke atas arwah mak, ayah dan adik selepas solat..
salam Cik Rimau,
takziah atas pemergian adik Lahi.semoga terus tabah menghadapi hidup ini...
jangan lupa sisipkan doa ke atas arwah mak, ayah dan adik selepas solat..
takziah kak..moga Allah memberimu kekuatan utk mghadapi sgala cabaran ddunia ini. Amin. Alfatihah
Catat Ulasan