Assalamualaikum and selamat sejahtera...
Akhirnya, selepas berkurun tak update blog, sampai dua kali aku merepek kat sini untuk harini je. Dah datang balik kot penyakit kemaruk nak berblogging semula. Hehe. Walaupun sekarang ni dah takde orang nak lepak sini dah. Tapi takpe, tak kisah. Blog cerita kehidupan seharian yang kurang menarik ni memang kurang dapat tarik perhatian pun kan. Hik hik hik.. Sedar diri okeh. Haha.
Aku nak citer apa yang jadi masa balik dari kerja tadi. Macam biasa, aku balik kerja naik bas je okey. Belum lagi mampu nak pakai kereta sendiri. :p So, rutin aku setiap hari, beratur naik bas la yer. Entah kenapa, ramai betul orang harini. Selalu time aku balik, budak sekolah tak berapa nak ada. Harini tiba-tiba ramai pulak. Disebabkan aku sampai lambat kat bus stand tu, makanya aku beratur kat belakang sekali la. Depan aku ada la dua tiga orang budak sekolah. Entah macam mana, salah sorang dari budak tu terlanggar aku and nyaris nak pijak kaki aku. Dia tak toleh pun lepas terlanggar tu. Tapi dengan selamba badaknya dia cakap macam ni yer kawan-kawan.
"Sorry makcik. Sorry.."
Dah lepas dia cakap macam tu, baru la dia toleh. Aku sengih je kat dia walaupun dalam hati terbakar. Marah kot dia panggil aku makcik. Suka hati kau je dik oi.. Dia pandang aku. Pastu dia sambung cakap.
"Eh kak. Sorry kak."
Then, dia pandang depan semula bisik-bisik dengan kawan dia sambil gelak-gelak. Gelakkan aku ke apa? Berani kau. Huhu. Nasib la aku ni tak seganas nama Cik Rimau ni. Kalau tak, dah lama aku baham. Aiyooo... Kot ye pun dik, pandang la dulu sebelum mintak maaf. Ni tak pasal-pasal aku yang muda remaja ni dapat gelaran makcik. Sampainya hatimu budak. Huhu.
Nota Cik Rimau : Esok puasa. Tiba-tiba teringat ada dua botol air minum kat meja office. Tak sempat nak habiskan. Huhu. Kena sorok cepat sebelum dijadikan sasaran oleh mereka-mereka yang sibuk mencari sape yang tak puasa. Tak pasal-pasal je kan.. Hak hak hak. Selamat berpuasa semua.. :p
Tiada ulasan:
Catat Ulasan