Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

22 Mac 2011

Kurang Ajar Ke Aku?

Assalamualaikum and selamat petang..

AMARAN!!! Ini entri melepaskan geram or meluahkan rasa tak senang hati aku. Kalau korang rasa tak suka nak baca, tak payah baca yer.. :-) Sebab entri ni akan buatkan korang rasa bengang kat aku and nak maki aku kot. Huhu.

Ok. Kembali ke topik asal. Tajuk aku tu mungkin akan membuatkan korang fikir yang aku ni memang kurang ajar. Tapi aku tak kurang ajar ye. Aku je rasakan tindakan aku menjawab apa yang salah sorang bos aku cakap tadi, mungkin akan membuatkan orang lain fikir aku kurang ajar. 

Ceritanya macam ni. Tadi masa dah dekat pukul 4 petang, salah sorang bos datang ke tempat kitorang. Dia tanya kitorang. Boleh tak siapkan satu kerja tu sampai hujung bulan ni. Aku cakap la, mungkin tak sempat. Sebab banyak lagi kerja lain. Kalau buat kerja tu je, mungkin la sempat. Ditambah pulak dengan aktiviti pindah barang and berkemas semua tu, lagi la melambatkan proses siapkan kerja. Aku pulak tak lama lagi busy nak tolong Pakcik Syed handle mesyuarat MBJ. Memang tak sempat punya la. 

Pastu bos tu jawab balik. Dia cakap, buat la ot selalu. Aku cakap, boleh kot buat ot tapi tolong la bagi surat arahan tu. Sebabnya dah dua minggu aku buat ot, sampai ke harini still tak dapat surat arahan. Dia cakap mintak la kat orang yang arahkan tu. Ok fine. Nanti aku mintak buat kali ke berapa entah. Then ada orang menyampuk. Aku tak pasti sape. Tapi betul-betul membuatkan aku geram. Boleh lak suara tu cakap macam ni. 

"Tak payah balik selagi kerja tak siap."

Tak boleh blah punya statement. Mungkin korang fikir aku ni moody terlampau. Hal macam tu pun nak marah. Kot-kot orang tu gurau ke apa ke. Ok. Aku faham kalau korang fikir macam tu. Mungkin betul apa yang korang fikirkan. Tapi aku tetap geram. Cuba korang bayangkan. Kalau asyik buat ot setiap hujung minggu, pastu tambah pulak dengan balik lambat setiap hari semata-mata sebab nak siapkan kerja, macam mana dengan life kitorang? Langsung takde masa nak bersama family?

Aku tanya la kat bos aku macam tu. Pastu dia jawab, ini semua untuk sementara je. Ya, memang sementara. Tapi aku tak rasa ada sesiapa yang sanggup buat macam tu. Nak-nak yang dah berkeluarga. Mungkin ada la yang sanggup. Tapi bukan aku. Aku ada komitmen lain. Aku tak boleh balik lambat sangat. Aku ada abang yang perlu aku jaga. Aku kena balik awal untuk memasak. Lagi satu, aku risau abang aku merayap pulak kalau aku balik lambat. Kalau dia hilang, sape yang susah? Ada orang nak tolong aku cari?

Aku memang tak kisah kalau aku duduk bujang dengan kawan-kawan macam dulu. Bila-bila pun aku boleh datang office. Macam masa aku duduk Unit Latihan dulu. Tapi sekarang, aku dah tak boleh sangat nak setiap masa buat kerja. Aku kena bagi perhatian jugak kat abang aku. Dah la aku dah lama tak bawak dia keluar. Ni nak tambah pulak ot setiap minggu. Lagi la kurang masa aku kat rumah. Kalau ada orang jaga abang aku takpe. Ini takde. Nak tunggu adik aku balik, kena tunggu dia cuti. Baru la aku dapat pergi mana-mana sebab dia boleh tolong jagakan abang aku.

Bos cakap dia faham. Hurrmm.. Entahla. Tak tau nak cakap apa. Betul la kot faham. Aku la kot kena berubah kan? Mulai esok, aku kena jadi serius. Tak perlu dah kot nak bergurau senda or bertegur sapa. Mungkin dengan sesetengah orang je la kot. Bos suruh buat apa, buat je. Tak payah rehat. Balik lambat pun, balik lambat la. Aku kuli. Kena dengar cakap bos. Pada abang aku, aku mintak maaf sebab lepas ni mungkin aku akan jarang ada kat rumah. 

Nota Cik Rimau : Rasa ada something yang tak terluah dalam hati Cik Rimau. Apa nak buat ni? Should i cry or... Haiisshh.. Entahla...

10 ulasan:

Budak Giler Cadbury berkata...

tak salah na jwb bnd yg betol... kalau nada tu ok pon takpe.. sokey ..bile da letey cmtu la jd .. chill k syg :)

MAI @ WAWA berkata...

sabar ye cik rimau..actually mai sependapat dgn cik rimau. tapi some people tak faham. pada diorang, work is work. takde nak campur aduk soal peribadi. anyway, u did the right thing. sabar ok? ada hikmah.. ;))

senyumSOYA berkata...

cool2... sabar ek..(^^_

Cik Rimau berkata...

nina : haha.. mungkin mood cik rimau yg xbetul td.. haissshh.. cik rimau xtengking pun.. huhu..

Cik Rimau berkata...

mai @ wawa : cik rimau ok je kalau kne ot.. tp xmau la sllu sgt.. abg cik rimau xde sape nak jage.. xkan asyik nak bwk abg cik rimau teman.. kesian lak die kne tunggu lame.. hurmm.. ntah la.. pening pale..

Cik Rimau berkata...

senyumSOYA : hehe.. insyaAllah.. tq..

| xDer | berkata...

pd saya, x salah menjawap kalo kena pd tmpt & cara. kdg2 manusia ni dia 'lupa' bila dah dok kat atas sinun. bagi yg kat bawah pulak bagus sebenarnya mempraktikkan sesama sendiri perkara2 menjawap ni (open minded ler kata omputih) biar ada kesedaran dalam environment - semua jadi senang/lega :)

p/s: paling takOt dgn "office-politic" (ditujukan utk 'situkang jawap' tadi)

Recently: filem porno 3D - 3D Sex and Zen: Extreme Ecstasy

kay_are berkata...

pernah gak ade pengalaman camni. 2 ari x balik umah.. memang agak tertekan tapi best sebab bos pun ok. Bile dah setel die bagi cuti so lagi best r. Ape pun, pasal cik rimau xtau lak nak cakap ape, kalau dah ade komitmen len.. susah gak r nak wat camtu kan.. em.. sabar je r..

Cik Rimau berkata...

xDer : hurmm.. tp salah cik rimau jugak kot.. cepat hangin.. tp cik rimau baru dapat tau.. smalam bos yg tu ckp kne siapkan kerja hujung bulan nie.. tp td bos kecik bgtau, big boss suruh siapkan sblum pertengahan April.. maknanye bos smlam tu salah bg info la kan.. hurmm.. (situkang jawap tu sape? huhu)

Cik Rimau berkata...

kay_are : best la kalau bos ok.. cik rimau ok je dgn bos.. tp ade la beberapa perkara yg cik rimau xbape nak suke.. hehe.. big boss ok.. yg lain tu je kot.. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...