PAGI itu, Zarif bangun dengan senyuman. Bukan pagi itu sahaja dia tersenyum gembira sebegini. Namun sebaliknya, boleh dikatakan setiap hari sebelum dia bergerak ke pejabat, dia akan tersenyum ceria kepada semua orang di rumah. Cuba mendatangkan semangat kerja katanya.
Usai memadankan kemeja hitam dengan seluar slack warna sama, Zarif merapikan rambutnya. Tali leher kosong berwarna biru muda diikat pada lehernya. Sebelum keluar dari bilik, briefcasenya dicapai. Dia berlari-lari anak menuruni anak tangga sebelum bergerak ke dapur.
“Good morning,” sapanya ceria.
Tan Sri Khalid dan Puan Sri Aisyah membalas dengan sebuah senyuman di bibir masing-masing.
“Bukan main ceria lagi pagi ni?” tegur Puan Sri Aisyah setelah Zarif mengambil tempat bersebelahan dengannya.
Zarif hanya tersenyum sendiri sebelum menyapu Nutella pada roti Gardenia yang berada di hadapannya. Puan Sri Aisyah menyuakan sepinggan nasi goreng kepada anak terunanya itu.
“Bukan hari-hari memang Zarif ceria, ke?” soal Zarif kembali. Senyumannya masih melekat pada bibirnya.

“Yalah.. awak ni. Bukan ke memang hari-hari anak kita ni asyik senyum sorang-sorang?” sampuk Tan Sri Khalid setelah menyisip kopi panas kegemaran ke bibir.
Puan Sri Aisyah pula yang tersenyum.
“Manalah tahu.. anak teruna kita ni dah jumpa bakal menantu untuk kita,” usik Puan Sri Aisyah, membalas kata-kata suaminya.
Hampir tersembur nasi goreng yang sedang dikunyah Zarif. Dia tersedak kecil. Tekaknya terasa pedas akibat tersedak sebentar tadi. Zarif mencapai cawan yang berisi air masak sebelum meneguknya.
“Ni dah tersedak-sedak ni, betullah tu.”
“Mama..”
Puan Sri Aisyah tersenyum. Zarif, Zarif.. sejak dahulu lagi Zarif tidak suka jika Puan Sri Aisyah bertanyakan tentang bakal isterinya mahupun bakal menantu ibu dan bapanya. Baginya dia masih muda dan belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Lagipun dia serik melihat peranan yang dimainkan bapanya sebagai seorang suami dan bapa. Anak cuma seorang, tetapi payahnya bagai menjaga sepuluh orang anak.
“Zarif tahu Aqilah dah balik sini?”
Zarif berhenti mengunyah. Selalunya dia teruja apabila mendengar nama Aqilah disebut. Tetapi, lain pula kali ini. Nama Aqilah yang disebut oleh bapanya berlalu begitu sahaja di pendengarannya. Walhal, setahun yang lalu dialah yang paling tidak sabar menunggu kepulangan Aqilah.
Sudah setahun Aqilah menuntut ilmu daripada seorang jurugambar terkenal, Alex Wu. Alex yang sangat dikenali sebagai jurugambar terbaik dunia itu memilih sepuluh orang jurugambar yang masih fresh untuk dijadikan protegenya. Nasib Aqilah baik apabila dia diterima menjadi salah seorang daripada sepuluh protege Alex. Disebabkan Alex menetap di Shanghai, terpaksalah Aqilah terbang ke sana demi memenuhi cita-citanya. Dan kini, tiba masanya untuk Aqilah kembali ke tanah air.
“Tak tahu pun,” balas Zarif pendek.
“Dah dua hari Aqilah balik. Itulah, asyik sangat kerja sampai kawan baik sendiri balik pun Zarif tak tahu.”
Zarif tersenyum nipis.
“Banyak kerja, Ma. Takkan habis punya. Semakin hari semakin bertambah. Memang tak ada masa Zarif nak duduk melepak macam dulu.”
“Itulah. Papa suruh Zarif kerja dengan Papa, tak mahu. Sekurang-kurangnya bolehlah Zarif cari ruang nak bernafas. Ini tidak. Hujung minggu pun kerja,” bebel Tan Sri Khalid.
Mati pula selera Zarif apabila berbincang soal kerja di meja makan.
“Bukannya Zarif tak mahu. Cuma.. awal lagilah. Zarif nak cari pengalaman dulu. Lepas tu barulah Zarif fikir nak masuk syarikat Papa,” balas Zarif, membela diri.
“Sudah-sudahlah tu, cerita fasal kerja. Malam ni Zarif balik awal, ya? Balik sebelum makan malam. Uncle Jamil buat makan-makan. Ya?”
Zarif mengurut belakang leher dengan tapak tangan.
“In shaa Allah, Ma,” katanya memberi kata putus.
Jam di pergelangan tangan kiri dikerling. Sudah jam lapan pagi. Waktu begini jalan sudah mula jammed. Dia pula perlu masuk ke pejabat jam sembilan pagi. Segera Zarif meneguk kopi yang sudah suam.
“Pa, Ma, Zarif pergi dulu, ya? Takut lambat-lambat, merah pulak punch card Zarif,” ujar Zarif sebelum bersalaman dan mencium pipi ibunya.
“Ingat, jangan balik lewat,” pesan Puan Sri Aisyah apabila Zarif sedang bersalaman dengan Tan Sri Khalid.

“Baik, ma’am!”
KERTAS yang bertaburan di meja dikemasnya. Baru sahaja Zarif ingin menyemak kertas kerja pendawaian elektrik yang bakal dibentangkan beberapa hari sahaja lagi, kedengaran bunyi ketukan di pintu.
“Masuk!” arah Zarif tanpa merenung ke arah manusia yang sudah pun masuk ke dalam ruangan pejabatnya itu.
Zara menarik kerusi di hadapan Zarif sebelum melabuhkan punggung.
“Busy?” soal Zara.
Zarif segera mengangkat muka. Terbit senyuman di bibirnya. Belakang batang lehernya ditekap dengan tapak tangan. Hari ini nampaknya dia dan Zara sedondon. Zara turut mengenakan blouse dan seluar slack hitam. Nampak sedikit perubahan pada cara berpakaiannya.
“Hmm.. banyaklah juga kerja.”
Zara tersenyum nipis. Ada kertas yang berterbangan jatuh di lantai, lantas dikutipnya. Kertas itu dipenuhi dengan formula-formula pengiraan rintangan, voltan dan sebagainya.
“Awak still buat macam ni?” soal Zara, menahan tawa.
Zarif mengecilkan sedikit matanya. Jelas kelihatan Zara yang sedang berusaha sedaya-upaya agar tawanya tidak tersembur.
“Nak gelakkan sayalah tu. Yes, still,” jawab Zarif.
Anak mata Zarif tertancap pada wajah Zara. Sudah banyak perubahan yang berlaku kepada gadis ini. Bukannya dari segi luaran, sebaliknya dalaman. Empat tahun lalu, sikapnya bukan seperti sekarang ini. Bahkan boleh diumpamakan seperti orang yang berbeza cuma memiliki nama yang sama. Sesungguhnya gadis itu sudah bertukar 360 darjah menjadi orang lain.
“Sekarang dah pukul lima suku. Tak nak balik?” soal Zara sambil meletakkan kertas yang berada di tangannya ke meja. Sebatang pen diambil sebelum pen itu diletakkan ke atas kertas kiraan Zarif.
“Belum lagi kot. Banyak kerja,” balas Zarif, kembali menatap kertas kerjanya.
Zara bangun dari duduknya.
“Saya balik dulu, ya? Awak jangan balik lewat sangat.”
Sempat Zara berpesan kepada Zarif sebelum bergerak ke pintu. Entah mengapa, pesanan Zara itu membuatkan Zarif berasa tenang. Bibirnya mengukir senyum.

Girls! Bring the boys out!
I wanna dance right now,
we can show ‘em how the girls get down.
Zarif mengurut dada. Kuat juga bunyi ringtone yang keluar daripada telefon bimbitnya itu. Segera iPhone 4S dicapai. Tertera nama ‘Mom’ pada skrin telefon bimbitnya itu. Ikon berbentuk gagang telefon berwarna hijau disentuh dengan ibu jari. Telefon bimbit itu dilekapkan ke telinga.
“Waalaikumussalam. Ya, Ma. Kenapa? Zarif dekat office lagi ni.”
Zarif mengetuk-ngetuk belakang pen pada permukaan kaca tebal yang mengalas meja kayunya.
“Mama dengan Papa kejap lagi nak ke rumah Aqilah. Dalam pukul enam karang. Macam mana nak pergi kalau Zarif belum sampai rumah lagi ni?”
Soalan yang menerjah telinga Zarif membuatkan dia menepuk dahi. Sungguh dia lupa!
“Ya Allah, Mama. Zarif lupa sangatlah. Okey, Zarif gerak sekarang. Kalau Zarif tak sampai lagi dalam pukul enam suku, Mama geraklah dulu. Zarif terus pergi rumah Uncle Jamil,” putus Zarif.
“Yalah. Hati-hati bawak kereta. Assalamualaikum.”
Zarif menjawab salam ibunya setelah talian sudah terputus. Bagaimana dia boleh terlupa akan pesanan ibunya pagi tadi? Tanpa membuang masa, fail-fail yang berselerak di mejanya dikemas sebelum dia bangun dan mencapai briefcasenya. Kalau lewat, berdarahlah telinga jawabnya. Pasti ibunya tidak akan berhenti berleter nanti.
ZARA melangkah keluar daripada MyVi putihnya. Disebabkan rumah teres semi D itu tidak mampu menampung empat buah kereta dalam satu masa, Zara dan Rasya terpaksa meletakkan kereta masing-masing di tepi jalan sahaja.
Baru sahaja dia ingin menyeberangi jalan menuju ke rumahnya, sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapannya. Cermin kereta di bahagian pemandu diturunkan.
“Baru balik kerja?”
Zara mengangguk perlahan.
Imran tersenyum. Jam di dashboard dikerling buat sesaat dua. Tepat enam petang.
“Tunggu kejap,” ujar Imran.
Cermin kereta Audi A4 hitam milik Imran kembali tertutup. Kemudian, keretanya diparkirkan di hadapan kereta Zara. Baru Zara perasan, Imran sudah bertukar kereta. Dia berdiri bagai tiang elektrik menunggu Imran siap meletakkan keretanya.
Imran berjalan mendekati Zara. Ada segaris senyuman di bibirnya. Zara hanya memandang wajah kacak itu sekilas sahaja. Terserlah kematangan pada wajah itu. Tahun ini, lelaki itu sudah berusia dua puluh sembilan tahun.
“Can we have a walk? For few minutes.”
Zara tidak segera menjawab, sebaliknya terus berjalan ke arah taman permainan kanak-kanak yang berada lebih kurang lima meter sahaja daripada tempat mereka berdiri. Imran hanya mengikut.
Tiba sahaja di sebuah meja konkrit berbentuk bulat, Zara melabuhkan punggungnya. Imran hanya mengikut. Sejak pagi lagi dia sudah berfikir bagaimana caranya untuk bertemu dengan Zara. Sekejap sahaja pun rasanya sudah cukup. Dan dengan segala kekuatan yang berjaya dikumpul, Imran akhirnya datang juga ke rumah Zara. Nasibnya baik apabila Zara juga baru sahaja pulang dari bekerja.
“How’s life?” soal Imran, cuba memulakan bicara.
Zara mengangguk perlahan.
“Macam biasa,” balasnya pendek.
Matanya jatuh pada permukaan meja. Sedikit pun dia tidak memandang Imran. Terdetik rasa bersalah apabila memperlakukan Imran begitu. Namun, dia tidak boleh menjadi manusia yang mementingkan diri. Apatah lagi menerima lelaki yang sudah pun mengecewakan darah dagingnya sendiri.
Imran mati kutu. Nampaknya Zara masih dingin dengannya.
“Kalau tak ada apa-apa nak cakap, Zara balik dululah,” ujar Zara setelah beberapa minit berlalu.
“Zara!”
Panggilan itu membuatkan Zara kembali duduk. Tidak jadi meneruskan langkah dan meninggalkan Imran sendirian.
Imran menghulurkan sebuah beg kertas kepada Zara. Dengan teragak-agak, beg kertas itu tetap disambut oleh Zara.
“Abang tak tahu nak belikan apa untuk Zara. Masa Abang tengok hadiah ni, Abang terbayangkan Zara. Jadi, Abang belilah. Tak tahulah Zara suka atau tak,” ujar Imran perlahan.
Zara terdiam seketika. Sudah lama dia tidak mendengar Imran membahasakan dirinya sebagai ‘abang’. Adakah setiap hari dia bakal mendengar perkataan ‘abang’ keluar daripada mulut Imran?
“Bukaklah. At least Abang tahu Zara suka atau tak,” tambah Imran lagi.
“Tak apalah. Zara bukak dekat rumah je.”
Kecil hati Imran apabila Zara menolak permintaannya mentah-mentah. Terasa dirinya begitu jauh daripada gadis itu.
“Zara balik dulu. Thanks,” ucap Zara sebelum bangun dan meninggalkan Imran termangu-mangu sendirian.
“Zara, susah sangat ke Zara nak terima Abang?” soal Imran. Namun soalan itu hanya didengar oleh dirinya sahaja memandangkan Zara sudah semakin menjauh. Imran menarik nafas dalam.
“MACAM mana, Cik Photographer? Dah lulus dengan jayanya ke? Seronok duduk Shanghai? Alex Wu tu baik tak? Handsome? Aku dengan dia, siapa lagi handsome?”
Soalan demi soalan yang keluar bagaikan bunyi tembakan senapang. Terlalu banyak soalan yang perlu diproses oleh akal Aqilah. Dia tersenyum manis.
“Dah lulus. Shanghai, ya? Seronok! Tapi masalah pada aku sebab tak pandai cakap Mandarin. Orang bercakap, aku ngangalah. Tapi honestly, Shanghai memang best. Sebab itulah nama lain Shanghai ni ‘Paris of the East’,” balas Aqilah teruja.
Zarif mengangguk-angguk. Seumur hidupnya, dia masih belum ke negara China, apatah lagi Shanghai. Dia selalu mendengar cerita daripada rakan-rakannya mengenai kota Shanghai itu. Kata mereka, tidak rugi jika melancong ke sana.
“Eh, kau belum jawab soalan aku. Aku dengan Alex Wu tu, siapa lagi handsome?”
Aqilah ketawa kecil mendengar soalan Zarif.
“Mestilah.. Alex!” balas Aqilah senang. Namun, jauh di sudut hati, baginya Zarif lebih kacak.
“Aku ni tak cukup handsome ke?” soal Zarif, berpura-pura merajuk.
Aqilah mencebik.
“Kau kena upgrade sikit. Alex tu memang handsome, bergaya. Pergilah mana-mana pun. Mesti dia yang jadi tumpuan. Bolehlah dikatakan dia tu fashion icon.”
Pujian melambung Aqilah terhadap Alex membuatkan Zarif pula mencebik.
“Disebabkan dia sifu kau, aku lepaskan kau kali ni. Lain kali, kau kena cakap aku je yang handsome. Bukan orang lain,” ujar Zarif lagi.
Tawa Aqilah meledak lagi. Ada-ada saja Zarif. Kenal benar dia dengan insan yang bernama Zarif Ihsan ini. Kelakar dan celotehnya pasti membuatkan bibir Aqilah dihiasi senyuman. Cuma Zarif sahaja yang mampu membuatkan dia seceria ini.
“So, kau nak kerja apa lepas ni? Freelancer je ke? Or nak kerja dengan agensi modelling? Atau pun kerja dengan publication company?” soal Zarif, menukar ke topik yang serius.
Aqilah membetulkan tudung bawal di kepala. Soalan itu memang sangat popular apabila dia bertemu dengan rakan-rakannya.
“Aku nak bukak company sendiri. Yalah.. syarikat photography. Ambil tempahan untuk wedding, modelling. Tengoklah macam mana. Ini just perancangan je. InsyaAllah, kalau ada rezeki, adalah company aku nanti,” balas Aqilah.
Aqilah.. orangnya memang lembut, selembut namanya. Setiap kali bercakap, pasti orang lain akan khusyuk mendengarnya. Suaranya memang lunak merdu, tidak perlu dilunak-lunakkan. Aqilah memang seorang gadis yang cantik, lemah-lembut, berperwatakan menarik dan juga bertudung litup. Ke mana sahaja dia pergi, pasti ada mata-mata nakal yang merenung ke arahnya. Yang menghairankan, di usia dua puluh enam tahun ini, Aqilah masih lagi belum berpunya. Namun, biarlah. Itu semua adalah hidup peribadi Aqilah, tiada kena mengena dengan Zarif.
“Kau ni baguslah. Selalu fikir jauh ke depan. Sebagai sahabat setia kau, aku akan selalu doakan untuk kau. Semoga kau dapat bukak syarikat sendiri and dapat jadi macam mentor kau, Alex Wu tu.”
Senyum di bibir Aqilah semakin pudar. Sahabat setia? Ya, benar. Dia bukan sesiapa pada Zarif. Hanya seorang sahabat dan akan kekal begitu sehingga akhirnya. Dia sedar siapa dirinya.
“Thanks, Zarif. By the way.. kau dah jumpa Feana?”
Zarif menggosok-gosok keningnya dengan jari telunjuk kanannya. Matanya meliar melihat keadaan balkoni rumah mewah milik keluarga Aqilah ini. Hai.. balik-balik Feana.
“Tak. Dah lama aku tak jumpa dia. Dah terpadam sikit memori fasal dia. Nak buat macam mana, dah tak ada jodoh,” ujar Zarif selamba.
Tanpa disedari, bibir Aqilah mula menguntum senyum. Dia sendiri pun tidak tahu senyumannya ini untuk apa.
“Tapi.. aku rasa aku ada masalah. Aku sebenarnya tak pasti. Tapi aku rasalah.. aku rasa.. aku dah suka someone,” ujar Zarif, berterus-terang.
“Siapa?”
Zarif menarik nafas panjang.
“Kawan aku. Hmm.. bukan. More to.. best friend? Ah, entahlah. Bila dengan dia, aku rasa aku asyik nak senyum je. Bila dia tak ada, aku rasa empty. Kosong. Rindu. Risau. Marah. Aku pun tak tahu apa kena dengan aku ni. Dalam banyak-banyak orang dalam dunia ni, kenapa dia? Kenapa perlu aku jatuh hati pada kawan baik aku sendiri?”
Zarif meluahkan perasaan yang sudah lama membebankan otaknya. Perasaan yang selalu menyumbat sarafnya daripada bekerja dan perasaan yang menahan degupan jantungnya setiap kali dia berdepan dengan insan itu.
Degupan jantung Aqilah semakin laju. Adakah orang yang dimaksudkan oleh Zarif adalah.. dia? Benarkah? Adakah Zarif juga menyukainya seperti mana dia menyukai Zarif. Ya, perasaan itulah yang dirasakannya terhadap Zarif. Tetapi.. adakah dia sahaja sahabat karib Zarif?
“Dia tahu?”
Zarif menjungkit bahu.
“Entahlah. Aku pun tak pasti. Yang aku pasti, aku bertuah sebab kenal dia,” tutur Zarif ikhlas. Matanya bersinar apabila nama gadis itu melintasi dasar hatinya.
Melihatkan wajah Zarif, Aqilah terkedu. Dalam terpaksa, dia tersenyum hambar.
ZARA mengelap rambutnya yang basah dengan sehelai tuala kecil. Dia baru saja selesai mandi.

“Zara, turun makan!” kedengaran namanya dilaung oleh Rasya dari tingkat bawah.
“Kejap! Zara baru habis mandi!” jerit Zara.
Zara duduk di birai katil sambil terus mengelap rambutnya yang sudah pun panjang mengurai. Sedang asyik mengeringkan rambutnya, matanya tertancap pada beg kertas berwarna coklat yang terletak di meja soleknya. Dengan rasa malas, dia bangun dan mendekati meja soleknya. Kerusi meja soleknya ditarik sebelum dia duduk di situ.
Sebuah kotak yang berada di dalam beg kertas pemberian Imran dibuka. Kotak itu juga berwarna coklat, sama dengan beg kertas itu. Terbuka sahaja kotak itu, anak mata Zara jatuh pada sehelai blazer bercorak flora berlipat elok di dalamnya. Ada sebuah kertas berlipat di atas blazer itu. Pantas sahaja jemari runcing Zara mencapai kertas berwarna merah jambu itu. Lipatan kertas itu dibukanya. Setiap bait perkataan dibacanya.
Abang tahu Zara takkan dengar apa yang Abang nak cakap. That’s why I’m writing this letter. Everyday and night Abang tak pernah lupakan Zara. To think about you, I’m feeling alive. Abang bersyukur sebab hati Abang milik Zara.
Zara, masa Abang terpandangkan blazer ni, Abang terbayangkan Zara. And because of that, Abang beli blazer ni. Sorry kalau tak suka. Abang nak belikan Zara perfume, tak elok pulak rasanya. Nak beli kasut, nanti Abang rasa Zara pijak Abang pulak. Even kawan-kawan Abang kata tak elok belikan baju, tapi Abang still belikan baju ni. At least, bila Zara pakai baju ni, you’ll feel like I’m hugging you. Cheesy, eh? Sorry! Hehe :)
Hope Zara akan pakai blazer ni. Even bukan hari ni, mungkin esok lusa.
Kertas itu kembali dilipatnya. Blazer yang sedang terletak elok di dalam kotak itu dikeluarkan. Floral blazer yang penuh dengan motif bungaan itu ditatap. Blazer itu berwarna putih dan diserikan dengan pelbagai jenis bunga dan warna. Nampak ceria dan cantik di mata Zara. Bibirnya mengukir senyum. Nampaknya Imran tahu seleranya. Baru sahaja dia ingin menyarung blazer itu ke tubuhnya, kedengaran namanya dipanggil lagi.
“Zara!”
Zara melipat kembali blazer itu lalu dimasukkan ke dalam kotak.
“Ya, Ma! Kejap!” jerit Zara setelah kotak itu diletakkan di atas katil. Pantas langkah kakinya diayun menuju ke meja makan.

‘Dear Zara,

Imran Haikal Musa.’

Tiada ulasan:
Catat Ulasan