Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

08 Ogos 2019

DIKELILINGI MANUSIA BERFIKIRAN NEGATIF

Assalamualaikum w.b.t..


Harini saja jela aku nak bebel sikit. Saja nak luah rasa tak puas hati. Hahaha.

Ceritanya macam ni. Aku sekarang kan tengah pregnant 16 minggu (maybe 3 bulan lebih kot). Banyak la yang jadi sepanjang tempoh pregnancy aku ni. Kebanyakannya melibatkan orang yang berfikiran negatif di sekitar aku. Ada jugak yang suka buat andaian sendiri. Serius tak suka. Bukan apa. Pada aku, tak payah menyibuk lebih-lebih la kan. Aku tau la hal diri aku.


Contoh 1 
PERTIKAI BERAT BADAN AKU NI SUSAH PREGNANT
Ada la beberapa orang sekitar aku, bila tau aku pregnant, reaksi macam terkejut sangat. Macam nak cakap, mustahil la aku boleh cepat lekat. Siap cakap, 

"biasa orang gemuk ni susah nak mengandung." 

Yer aku tau. Memang banyak kes orang yang badan besar, gemuk macam aku ni ada masalah susah sikit nak mengandung. Tapi tak semua okey. Ikut rezeki masing-masing la kan. Macam aku, dari zaman aku anak dara lagi, aku memang takde masalah berkaitan period, takde masalah fibroid or cyst. So, pada aku, mungkin disebabkan aku bebas dari masalah-masalah tu, rezeki aku untuk pregnant jadi cepat. 

Macam aku cakap, semua bergantung pada rezeki Allah nak bagi. Kadang ada je semua normal, tapi tetap jugak lambat. So, nak buat macam mana? Itu semua kan ketentuan Allah. Terima jela. Huhuhu


Contoh 2 
PERTIKAI TEMPOH PREGNANT DENGAN TEMPOH NIKAH
Ini lagi satu. Nak je cakap kasar. Karang cakap aku biadap pulak. Well, aku kan menikah 19 April 2019. Hari pertama period terakhir aku pulak 13 April 2019. Untuk kiraan tempoh pregnancy, nurse kat klinik kan akan kira dari tarikh mula period terakhir kita. Jadinya, bila dikira macam tu, tempoh pregnant aku kan jadi macam terlebih seminggu dari tempoh nikah aku. Makanya, timbullah makcik bawang mulut puaka. 

Contohnya, dia tanya kita berapa bulan pregnant. Kita pun jawab la berapa lama. Wah, kemain laju dia tanya balik dengan nada macam nak mengata, 

"Ehhhh.. Ko aritu nikah bila?"

Nampak tak? Tujuan pertanyaan tu macam nak syak something tak elok pulak. Hello makcik bawang. Tak tau kira, mohon belajar Sains balik ye. 

Geram betul. Jahat-jahat aku, tak pernah lagi tau buat maksiat sebelum nikah. Memang tempah maut la kalau arwah abah aku ada lagi. Lagipun, dari aku kecik, abah dah pesan. Jaga nama baik keturunan. Jangan buat malu family. Even abah tak pesan pun, aku sendiri pun tak terniat la nak rosakkan nama baik sendiri. Huhuhu


Contoh 3 
PURA-PURA CARING TAPI GAYA MACAM MENDOAKAN YANG TAK BAIK UNTUK AKU
Ni paling aku menyampah la. Sebab apa tau. Depan aku bajet tanya macam-macam. Konon caring sangat. Tapi dalam masa yang sama, gayanya macam mengharapkan yang tak elok je untuk aku. Contohnya, haritu aku pergi klinik swasta untuk scan sebelum ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) untuk bukak buku pink. Dah namanya scan, so setakat scan baby jela. Setakat tau saiz, anggaran berat baby, ada cyst/fibroid ke tak. Itu jela. Mana ada check lain. 

Eh ada la pulak yang kecoh. Beria tanya aku apa result, doktor cakap apa? Aku cakap la, doktor tak cakap apa sebab semua ok. Pastu siap cakap, eh takkan la tak cakap apa. Blood pressure (BP) apa semua takde komen pape? Tau tak, cara tanya tu macam nak cakap, aku ni confirm sangkut la BP tinggi. Sebab sebelum ni, ada la 2 3 kali cek, BP aku agak tinggi. Aku pun cakap la. Ini scan je. Belum ke KKIA.  

Seminggu lepas tu, aku pun pergi la KKIA untuk bukak buku pink. Bukak pun sebab aku kena pergi kursus kat Sabak Bernam. Konon takut ada aktiviti lasak, pergilah dapatkan bukti pregnant. Muahahaha. Alhamdulillah masa tu, BP aku normal. Dah settle semua, ada la yang tanya. Camne result. Doktor ada cakap pape tak. Aku cakap okey je. Takde masalah darah tinggi. Tapi member aku ni, dia macam tak puas hati tau. Sibuk tanya buku aku kena label apa. Aku cakap setakat ni hijau jela. Aku tak tau la apa yang dia tak puas hati, siap cakap "Oh maybe tunggu nanti result lepas minum air gula (MGTT) kot baru KKIA tukar warna label kalau ada masalah." Aku setakat ye kan je. Walaupun dalam hati rasa nak marah sebab macam harap sangat pulak buku pink aku label kuning or merah. Konon-konon bermasalah sangat. Haih. 

Seminggu lepas bukak buku pink, aku kena pergi KKIA balik untuk MGTT. 9 Julai 2019. Itu pun jadi isu. Siap cakap, eh biasa MGTT lambat. Asal ko awal sangat. Padahal kan, masa aku pergi tu, ramai je yang pregnant lagi baru dari aku pun dah kena MGTT. So what? Settle je, sibuk tanya apa result MGTT. Aku cakap result lambat sebab KKIA hantar ke KK Tanglin untuk check. Member ni pun cakap, tengok la nanti. Kalau ada call dari KKIA, ada kencing manis la tu. Aku diam jela. Sebab risau jugak. Sejak aku stop diet 2017 tu, aku memang tak control sangat gula apa semua. Main bedal je. Tapi takde la hari-hari. Member aku tu je memandai dok canang kat semua orang konon aku ni kuat makan manis. Rasa nak lempang. 

Tunggu punya tunggu, takde pulak KKIA call. Member ni dok sibuk tanya. Aku cakap tak tau. Dia cakap, maybe style KKIA aku pergi tu bagitau masa check up je kot. Aku macam yela, yela. Betullah kot. So, 1 Ogos 2019 aku pergi check up. Dapat la result MGTT. Nurse cakap result aku normal. Masa 7 bulan nanti kena MGTT lagi sekali. Aku pun lega la kan. Hahaha. Member aku tu sibuk tanya, macam mana. Apa result. Aku cakap la normal je. Dia terus senyap. Pelik aku. Nampak sangat macam mengharapkan aku ada kencing manis. Haihhhhhhhhh


Contoh 4 
SURUH AKU TURUNKAN BERAT MASA MENGANDUNG
Okey. Ini kelakar. Aku tau la aku overweight. BMI aku hancur. Tapi dari pembacaan aku kat artikel-artikel kesihatan berkaitan pregnancy, langsung takde pun yang mencadangkan untuk turunkan berat masa pregnant. Even overweight pun tetap kena tambah berat badan untuk memastikan baby dapat membesar dengan baik. Cumanya, naik berat tu biar dalam kadar yang bersesuaian la. Jangan lebih sangat, jangan kurang sangat. 

Ada la kenalan aku ni bebel. Katanya aku ni kena turun berat masa mengandung. Kalau tak nanti, doktor/nurse marah. Naik stress aku. Jadinya, masa check up aku tanya la nurse. Nurse cakap, mana ada. Macam aku ni, katanya berat aku sepanjang pregnant, kena naik dalam lingkungan 12.5kg. So, celah mana datang ayat doktor marah kalau tak turun berat masa pregnant? And masa aku pergi check up minggu lepas, berat aku turun 1kg. Nurse siap tanya ada masalah ke. Nurse siap suruh aku make sure naik berat setiap bulan. Huuuuu


Actually, banyak lagi aku nak bebel pasal orang-orang negatif sekitar aku. Tapi nanti jela aku sambung. Cukup ni dulu. Hahaha. 


Nota Cik Rimau : Patut bila ada member pregnant, cuba la bagi support ke apa ke. Bukan bagi member rasa down. Nasib baik la keluarga mentua, adik beradik ipar semua baik-baik. Jadinya takde la sakit hati sangat. Huhu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...