Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan

17 Oktober 2011

Sunyi Lagi...

Assalamualaikum.. Salam Monday Blues.. Hehe


Tak banyak nak cakap. Agak busy kebelakangan ni. Nak reply komen and merayap ke blog orang lain pun tak berapa nak sempat. Just nak share gambar pergi kursus anjuran Biz Training yang diadakan di The Legend Hotel, Kuala Lumpur pada 11-12 Oktober baru ni. InsyaAllah, kalau takde apa-apa hal, malam ni aku singgah jalan blog korang semua macam dulu-dulu. Okeh? Hik hik hik...



Nota Cik Rimau : Harini office sunyi lagi. Dua tiga minggu ni ramai staff Seksyen Sumber Manusia yang kena pergi kursus la, jaga exam la, jadi urusetia majlis la, urusetia taklimat la, meeting la. Macam-macam ada. Harini pulak ramai yang kena pergi Ipoh untuk handle majlis persaraan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan. Minggu ni turn Cik Rimau pulak kena jadi jaga office. Haiissshhh.. Boringnya..

22 Jun 2011

I'm Back

Assalamualaikum and selamat malam...


Lama gila aku tak update blog ni kan? Haha. Sindrom malas dah mula melanda diri. Kih kih kih. Ikutkan setiap hari aku bukak je blog ni. Tapi bila masa nak menaip je, mood malas pun datang dengan tiba-tiba. Alasan semata-mata. :-) Actually, banyak betul benda yang berlaku sepanjang aku tak membebel kat sini. Hal-hal peribadi and hal-hal yang terjadi kat orang sekeliling aku. Nak story ke tak ek? Korang nak tau ke? Hurmm.. Macam tak nak je. Hehe. Ah.. Tak kira. Aku nak cerita jugak. Hehe.


Minggu lepas, mood aku agak tak stabil. Bukan agak dah. Aku rasa memang tak stabil pun. Rasa nak marah orang je. Sape cari pasal dengan aku, memang dapat la ayat pedas dari aku. Haha. Actually, minggu lepas aku ada problem sikit. Memang aku tak tau nak settle macam mana. Asyik fikirkan sangat kot. Sampai mengganggu konsentrasi and mood aku. Haissshh.. Aku mintak maaf la ye pada sesiapa yang terkena tempias kemarahan + kerunsingan aku sepanjang minggu lepas. Hehe.


Seperti yang aku ceritakan pada entri sebelum ni, aku rasa mungkin ada antara korang yang mungkin terbaca berita berkaitan dengan kes yang melibatkan salah seorang pegawai di jabatan aku tu. Kematian isteri and anak Encik Yoon yang berkemungkinan besar diakibatkan oleh kecuaian hospital. Lepas dah dengar cerita daripada staff Encik Yoon berkaitan kes ni, aku sendiri pun setuju memang kes ni berlaku disebabkan kecuaian oleh pihak hospital. Untuk makluman korang yang masih belum tahu lagi, mendiang isteri Encik Yoon ni meninggal di hospital swasta. Bukan di HKL. Encik Yoon bawak mendiang isteri dia ke HKL untuk buat post-mortem. Untuk pastikan penyebab kematian isteri and anak dia.


Daripada apa yang staff dia cerita kat kitorang sebelum ni, dorang kata hospital tu macam tak cukup peralatan. Kebetulan masa dia datang buat check-up kat situ petang tu, staff hospital tu kata dia dah tiba masa nak bersalin. Nurse nak suntik apa entah kat dia (epidural kalau tak silap). Tapi dia tak nak. Entah macam mana, nurse suntik jugak. Tiba-tiba badan dia jadi biru. Tak lama lepas tu doktor datang check. Dia muntah. Then, dia koma sekejap. Aku tak ingat sangat jalan ceritanya. Tapi itu adalah antara sebahagian daripada apa yang terjadi kat dia. Tak lama lepas tu, doktor kata dorang dah cuba yang terbaik. Dorang dah tak dapat nak buat apa-apa. 


Encik Yoon sepanjang masa temankan isteri dia. Dia sendiri jadi saksi apa yang jadi kat isteri dia. Daripada cerita ni pun, aku rasa korang dah dapat nampak pihak mana yang patut dipersalahkan. Bukan la maksud aku untuk menuding jari meletakkan kesalahan pada sesiapa. Tapi kalau dah memang pihak tu bersalah, aku memang sokong la tindakan Encik Yoon tu. Bukan untuk balas dendam atas kematian tu. Tapi untuk dijadikan pengajaran dan iktibar supaya kejadian seperti ni tak berulang lagi. Apa pun, semua ni terpulang pada pihak yang lebih arif. Aku and warga jabatan yang lain, akan tetap and selalu mengharapkan yang terbaik untuk Encik Yoon and anak lelakinya. 


Masa dapat berita kematian isteri dia pagi Rabu lepas, aku terkejut sebenarnya. Macam tak percaya. And rasa kesian sangat-sangat kat Encik Yoon. Untuk pengetahuan korang, Encik Yoon ni sangat pemurah and baik. Walaupun ada masanya dia tegas, tapi sebenarnya dia baik. Buat kerja pun bagus. Selalu belanja staff bawahan dia. Dia tak kisah pun nak keluar duit banyak untuk belanja staff bawahan kalau dia puas hati dengan kerja yang dorang buat. Staff seksyen aku pun dah banyak kali dia belanja. Dia tak kedekut. Masa dia dapat naik pangkat hari tu pun, dia belanja semua staff seksyen dia and staff kat seksyen aku. Masa APC tu pun, dia keluar banyak belanja untuk jual bunga. Tapi sudahnya tak pulang modal pun sebab dia banyak bagi free kat orang. 


Ikutkan ramai nak dia dapat APC untuk tahun lepas. Disebabkan sikap murah hati dia ni la, ramai yang senang berkawan dengan dia. Tak hairan la kenapa ramai warga jabatan yang datang menziarah dia masa kat HKL haritu. Pengarah bahagian pun ramai yang datang bagi semangat kat dia. Kesian tengok anak dia. Hampir-hampir menangis jugak la aku masa tengok anak dia asyik tanya mana mummy dia. Dia cakap nak tengok mummy tengah tidur. Tak sanggup aku nak tengok. Terus aku paling muka ke tempat lain. :-)


Memang kesian sangat kat Encik Yoon. Dia tak menangis pun masa kitorang datang. Mungkin la dia cuba sembunyikan kesedihan dia dengan menunjukkan muka tenang. Aku ingat lagi masa sehari sebelum dapat berita menyedihkan ni. Encik Yoon ada datang seksyen aku untuk bincang pasal apa entah. Sebelum dia keluar dari seksyen aku, dia singgah sekejap kat tempat aku and Kak Ziha. Dia sembang sekejap. Pastu Kak Ziha sempat tanya dia, bila isteri dia nak bersalin. Dengan muka cerianya, dia jawab dah tak lama dah. 


Seminggu sebelum tu pulak, punya la semangat dia berebutkan kain batik yang Kak Najwa jual dengan sorang staff dia. Memang cantik pun kain tu. Dia belikan untuk isteri dia. Tak sangka pulak, tak sempat pun isteri dia pakai. Kesian sangat kat dia. Hurrmm.. Apa pun, aku harap dia boleh kembali ceria macam sebelum ni. And hope dia makin tabah untuk besarkan anak dia sorang-sorang tanpa isteri di sisi. Aku dengar tadi, mungkin esok dia akan masuk kerja semula. :-)


Aku pulak, memang busy sangat dua tiga hari ni. Banyak sangat kerja sampai dah tak tau mana yang patut didahulukan. Masalah betul. Huwaaaa.. Dah la minggu lepas kitorang dapat berita yang empat orang staff akan ditarik ke kementerian untuk isi kekosongan. Gila ah. Mau lumpuh operasi kat seksyen aku. Hilang semangat aku nak kerja lepas dapat berita tu. Bukan setakat sedih nak hilang kawan je tau. Tapi sekali dengan rasa risau sebab beban tugas bakal bertambah. Kerja yang ada pun tak termampu nak siapkan. Ini kan nak tambah pulak. Mau pengsan aku kat office tu. Haha.


Bos pun dah pening aku rasa. Dia dah la pregnant. Kena pulak handle banyak benda yang memeningkan kepala. Adeh.. Apakan daya. Dah nama pun kerja kat seksyen yang memerlukan kita sentiasa berhadapan dengan orang. Nama pun sumber manusia. Uruskan hal-hal berkaitan dengan orang la. Nak buat macam mana. Terpaksa la kan. Dah itu tanggungjawab kita. Hehe.


Isnin baru ni, bos panggil aku jumpa dia. Gabra aku jadinya. Aku ingatkan aku ada buat salah. Sia-sia je takut. Haha. Padahal bos nak tanya pendapat aku. Setuju ke kalau aku yang ambik alih tugas berkaitan dengan sistem HRMIS. Ternganga jugak la aku bila ditanya soalan tu. HRMIS? Errrkkk.. Adeh.. Lemah betul la. Tapi aku cakap ok je. Dah Puan Nurul pun sokong aku yang ambik alih. Aku pun angguk jela. Bos kata aku agak ok dari segi sistem-sistem ni. Sebab tu dia pilih aku. Bangga? Takdela. Dah bos percaya aku boleh buat, aku kena la buktikan aku boleh. Betul tak kawan-kawan? Hehe. 


Tapi bos dah janji dengan aku. Kalau aku setuju ambik HRMIS, dia akan kurangkan beban tugas aku yang sekarang ni. Gila la. Pucuk dicita ulam mendatang. Memang itu yang aku harapkan pun. Haha. Bos macam tau-tau je aku berat nak terima sebab kerja sekarang ni pun dah banyak. Aku pun apa lagi. Setuju aje la. Aku pun ambik kesempatan mintak bos tolong cakap kat Pakcik Syed yang aku bukan pembantu dia dah. Kih kih kih. Jahat gila kan? Eh.. Biarla. Aku nak cakap sendiri kat Pakcik Syed tu, tak sampai hati pulak. Kesian kot tengok muka mengharap dia tu. :-) Well, aku ni gaya je ganas tau. Tapi hati ada banyak taman bunga ni. Hak hak hak. Bos cakap ok. Dia memang nak bagitau pun. Puan Nurul pun setuju. Aku tengok dia pun macam geram je bila dapat tau Pakcik Syed still suruh aku buat benda-benda berkaitan MBJ walaupun aku dah tak jadi pembantu dia da. Huhu.




And harini pulak. Pagi tadi aku kena pergi perhimpunan bulanan kementerian. Sepatutnya minggu lepas. Tapi dibatalkan and ditunda ke harini. First time kot aku pergi perhimpunan ni. Sebelum ni perhimpunan jabatan je. Ok la kan. Sekurang-kurangnya merasa jugak. Hehe. Ramai orang-orang besar ada tadi. Menteri pun ada. Hoho. Tak pernah lagi aku pergi perhimpunan yang ada ramai orang besar-besar ni. Hak hak hak. So, agak batak jugak la aku rasa. :-) Esok and Jumaat aku takde kat office. Kena pergi kursus kat kementerian. Bos suruh. Ada bengkel pasal HRMIS. Memandangkan aku dah setuju nak ambik alih HRMIS, kena la pergi belajar. Huhu. 




Nota Cik Rimau : Hohoho. Panjang gila entri Cik Rimau kan? Dah lama sangat tak membebel. Ini la jadinya bila dapat membebel. Hehe. Sorry la ye. Start esok Cik Rimau lawat korang macam biasa. Tq pada yang selalu singgah sini. :-)

19 Mei 2011

Just Another Busy Day..

Assalamualaikum and selamat malam..


Nampak tajuk poyo tu?? Err.. Aku ni bukannya pandai Bahasa Inggeris pun. Kalau salah, maafkan beta ye. Haha. Saja guna tajuk tu. Just nak bagi gambaran kat korang betapa busy nya aku harini. Busy ke? Sure ada yang tertanya macam tu dalam hati. Ala.. Rileks la korang. Sekali-sekala nak bajet busy gila. Hehe. (Tapi memang busy pun. )


Harini aku ada banyak benda nak kena buat tau. Kerja banyak sangat. Dah tak terkira. Tak tau dah mana nak siapkan dulu. Semua benda nak cepat. Tangan ada dua je. Adeh.. Bos.. Fahamilah anak-anak buahmu ini. (Ayat terlebih poyo.) Big boss ok je sebenarnya. Orang yang jadi tukang cucuk kat bos tu yang mulutnya perlu dicili. Takde kerja lain ke wei daripada jadi tukang sampai je. Bawak-bawak la bertaubat. 


Kitorang buat kerja bagai nak mati, tak pernah la pulak tukang sampai nak puji. Tapi baru sekali dua nampak kitorang sembang kejap, nampak saja. Sudahnya sampai la kat big boss yang kakitangan bawahan tak jalankan kerja. Jangan la sempit sangat otak tu. Takkan la nak sembang seminit dua pun tak boleh. Kerja jalan jugak tau. Sembang pun setakat kat tempat duduk je. Takde la sampai merayap ke tempat orang lain. Jangan ingat awak sorang je kerja bertimbun. Orang bawahan lagi banyak kerja tau tak. Tak faham betul dengan sikap beberapa orang "tukang sampai" yang gemar sangat cakap benda-benda yang baru nampak sekali dah nak kata kitorang tak buat kerja. Tak baik tau tak tutup periuk nasi orang dengan cara macam tu. Keji betul..


Ok. Cukup-cukup tu Ija oi. Marah-marah je kerjanya kan. Sori la kawan-kawan semua. Korang semua pun tau kan, sekarang ni kerja aku makin banyak. Sampai meninggalkan kesan pada emosi aku. Aku dah semakin susah nak kawal emosi. Sikit-sikit tension. Rasa nak marah je. Nak cerita kat kawan karang, kawan pun naik bosan nak dengar. Sudahnya, blog ni la jadi tempat untuk aku lepaskan geram. Sori la blog.. Hehe.


Berbalik kepada tajuk. (Sori la ye. Aku memang suka melalut.) Awal-awal pagi tadi aku cuba siapkan kerja setakat yang mampu. Dalam pukul 10 lebih, aku and lapan orang lagi staff Seksyen Sumber Manusia (SSM) bersiap untuk pergi ke kementerian. Ada apa ye kat sana? Actually, harini ada Forum "Rumahku, Syurgaku". Forum kali ni, kementerian jemput kaunselor Tuan Haji Hushim bin Haji Salleh and Salleh Yaakob. Memang best sangat-sangat forum ni. Sepanjang forum tu, kitorang asyik gelak je. Masa kitorang sampai tadi, dewan dah penuh. Tak sangka betul. Sambutan memang menggalakkan. Maybe sebab ada Salleh Yaakob kot. Ye tak?? Hehe.

Ramai tak? Penuh dewan ni tau.



Teka sape ni?? Dorang kata, dua-dua ni wife Salleh Yaakob. Huhu. Lawa kan??






Lepas forum tu tamat, kitorang balik semula ke office. Sampai kat office dalam pukul 3 lebih. Terus tuju ke surau dulu. Then, naik ke office semula. Sambung kerja yang terbengkalai. Tiba-tiba pulak dapat arahan, kena siapkan satu kerja tu esok. Baru nak semangat. Lemah balik jadinya. Semua urgent tau.. Huwaaaaaaa... Siapa nak tolong aku buat kerja??? Hehe.



Nota Cik Rimau : Cik Rimau nak tanya ni. Pelik bebenor ke kalau Cik Rimau saja gedik tukar status kat facebook jadi engaged??? Ada jugak tu member Cik Rimau yang percaya. Gimik je pun. Tak pasal-pasal kena "bahan" semata-mata sebab status tu. Tukar jadi "widowed" or "divorced" pulak boleh tak? (Karang tak pasal-pasal ada yang innalillah.. Hehe.)

11 Mei 2011

Day 3 : Retreat Bahagian Khidmat Pengurusan di Cherating

Assalamualaikum and selamat malam..


Harini saja nak sambung cerita semalam. Cerita hari terakhir Retreat Bahagian Khidmat Pengurusan. Sama macam semalam. Tak perlu berceloteh panjang. Gambar pun dah cukup untuk bagi korang faham cerita aku. Hehe.


Staff lelaki BKP posing sementara menunggu senamrobik dimulakan. Semua sakit-sakit badan sebab panjat bukit hari sebelumnya.. Sian korang.. Hehe.
Ini bersenam ke apa ni wei?? Dah macam hantu pocong je.. Haha.


CC Zaini ni awat la cenggini gayanya? :-)

Muka kepenatan Encik Uthayan..
Sesi pembentangan perbincangan kumpulan.

Salam and bermaafan dulu sebelum balik.

Berebut dorang semua ni nak bergambar dengan Encik Nordin tu. Aku rileks je tengok dorang. Huhu.

Muka-muka kepenatan. Semua pakat lena je. Kesian kesian.. Huhu.

Apa kes si Isma ni??? Baru operate mata ke ha?? Hakhakhak.
 
Ok la. Itu jela kot gambar masa kursus haritu yang dapat aku kongsikan kat sini. Nak tengok lebih banyak, silalah tengok kat facebook aku ye. Malas nak upload banyak-banyak. Huhu.



Nota Cik Rimau : Sekarang ni, Cik Rimau malas gila nak bukak notifications kat facebook tu. Bukan sombong. Tapi semua komen kat wall and gambar pasal retreat tu. Malas betul Cik Rimau ni kan?? Huhu. Nasib la kawan-kawan yang tag Cik Rimau kat gambar ye. Den malas nak komen sama. Kih kih kih.

10 Mei 2011

Day 2 : Retreat Bahagian Khidmat Pengurusan di Cherating

Assalamualaikum and selamat malam..


Entri harini sambungan untuk cerita semalam. Sama jugak macam semalam. Tak mau bebel panjang. Layan gambar jela. Korang pun mesti bosan kan asyik tengok Cik Rimau ni asyik membebel je kerjanya. Betul tak? Eleh.. Tak mau mengaku la tu. Haha. Ok la.. Layan la gambar kat bawah ni ye...


Senamrobik. Masa ni duduk dulu. Guna lagu apa entah yang "tinggi-tinggi gunung kinabalu..". Lenguh gila tangan buat macam burung terbang. Tak berhenti tu. Huhu.


Ada macam burung tak? Kah kah kah.


Masuk dewan sebelum memulakan jungle trekking. Duduk ikut kumpulan.

Perbincangan kumpulan untuk siapkan logo, misi and visi kumpulan.

Abang Mat sampai meniarap tu nak siapkan logo kumpulan. Cayalah.

Pembentangan logo yang dibuat.

Masa ni kena gabungkan nama kumpulan, visi, logo and misi. Dah macam apa je logo yang dorang lukis. Nama pun kelakar. Gabungan nama enam kumpulan jadila Hot Rain MahaRanger Blink-Blink. Lawak tol!

Ish ish ish. Penat sangat sampai tertidur. Hehe.

Bergambar dulu dengan baju baru.

Beratur ikut kumpulan sebelum masuk hutan.

Azan and doa dulu sebelum masuk tempat orang. Elakkan gangguan. :-)


Kesian CC Suriah. Kena jugak panjat bukit. Nasib baik sampai jugak ke puncak.

Sempat lagi tu posing dalam hutan.

Sampai jugak ke puncak. Keluarkan bekalan yang konsultan bagi. Kena memasak kat atas bukit weh. Mancis bagi empat batang je.

Dah macam musang berjanggut. Satu kerja pulak nak kena asingkan dulu beras dengan bunga cengkih and lada hitam. Aku memang tak tolong la. Dah banyak sangat tangan yang mengasingkan. Aku jadi tukang kutip kayu or ranting untuk dibakar.

Abang Mokthar senyap-senyap je dah hidupkan api. Guna sebatang mancis je tau. Terus hidup. Hebat tak dia? Ketua kumpulan aku ni. Huhu.

Kayu kat tepi tu buat jadi tempat letak bekas memasak tu.

Gambar ni si Lan (sebelah kanan) ni yang gedik suruh snap sebab dia nak letak kat facebook. Hampeh betul. Abang Mok dengan kain kat tengkuk. Dah macam pakcik-pakcik pergi ke kebun je rupanya. Haha.

Ini bukan kumpulan aku punya. Saja nak tunjuk contoh.


Abang Mok sorang je yang memasak. Yang lain tukang tengok. Termasuk la aku. Aku jadi tukang tangkap gambar je walaupun dah dipesan jangan bawak handphone or kamera ke dalam hutan. Degil betul kan?? Nasib baik tak hilang..

Siap akhirnya. Kumpulan mana punya entah la. Pinjam sekejap je gambar ni. Hehe.

Muka terkejut kena paksa makan ke Awan oi...

Encik Nordin nak tunjukkan "kekreatifan" CC Suriah buat bekas untuk letak nasi. Kreatif kan?

Muka-muka terpaksa makan nasi yang dimasak sendiri. Haha. Padan muka kitorang.

Tak habis lagi tapi dah rendam dengan air. Alasan je bawah tu kerak. Padahal semua pakat tak nak habiskan. Si Lan lagi bagus. Dia masukkan nasi sikit kat dalam daun, slow-slow campak dalam hutan. Tapi kantoi sebab CC Suriah nampak. Ape da... Nasib baik konsultan tak tau. Kah kah kah.

Ahli kumpulan aku. Kumpulan Rainbow. Lan, Kak Lia, Hanisah, Kak Vani and Puan Ruzilah. Aku takde sebab jadi tukang snap gambar ni. Abang Mok pulak busy memasak.

Dah sampai ke pantai. Dua minit masa yang diberi untuk bersihkan bekas memasak tu guna pasir.


Lan and Kak Lia berusaha keras menyental bekas memasak tu kat atas pasir. Bersih jadinya tau.


Dah penat posing la pulak.

Bergambar beramai-ramai sebelum bergerak balik ke hotel.

Beratur semula ikut barisan. Naik bukit balik. Adeh.. Lemah kaki den..

Seram betul nak lalu kat sini. Licin woo.. Batu dah la tajam. Boleh je lalu kat tepi tu. Tapi kena tanggal kasut la. Leceh pulak kan? Baik lalu atas batu tu je.

Sampai je hotel, dorang pergi bantai berendam dalam kolam. Aku masa ni tidur kat bilik kalau tak silap.


Aktiviti malam. Barbeque and persembahan karaoke berkumpulan.

CC Suriah (Seksyen Kewangan) posing. Comel tak? Hehe.

Antara makanan yang ada malam tu.


Muka-muka tak sabar nak makan. Kih kih kih. Sori Awan famouskan ko kat sini. Hak hak hak.


Group aku tengah menjamu selera.

Juri untuk pertandingan karaoke berkumpulan. Tuan Syed, Encik Omar and Ustaz Zawawi.

Khusyuk tengok persembahan gamaknya.


Tengok staff lelaki. Kemain lagi ek Abang Lan. Enjoy nyanyi. Lupa lagu apa. Ada video tapi malas nak upload.


Style dulu-dulu. Semangat gila Hakam pakai macam ni. Ikut tema betul.. Huhu.

Teruna Bahagian Khidmat Pengurusan. Yang tengah tak sure la bujang lagi ke dah kawin. Hurmm..

Encik Omar nyanyi lagu Alleycats.

Puan Nurul and Abang Mok nyanyi lagu Seiring dan Sejalan. Dua-dua suara sedap.

Untuk pengetahuan korang, malam tu aku jadi artis sekejap. Haha. Itu pun kerja kawan-kawan office la. Dorang buat request. Suruh aku menyanyi lagu Aku Takkan Bersuara. Gila betul. Tinggi tu. Suara dah la tak berapa nak ada. Tekak pun kering. Mujur takde lagu tu. Dorang tukar jadi lagu Jerat Percintaan. Pancit jugak la nak nyanyi lagu tu. Ada yang rakam masa aku nyanyi tu. Bila tengok balik, rasa geram pulak. Part macam tu pun tak boleh nak tarik tinggi. Adeh.. Tu la kan. Gelak la lagi masa nyanyi. Kan dah pancit. Kah kah kah. 


Tapi kan, masa malam ni, memang ramai la yang menunjukkan bakat terpendam. Tak sangka betul. Ramai boleh menyanyi dengan baik. Ada yang macam suara Awie. Ada yang macam artis terkenal je. Kagum sekejap. Huhu.



Nota Cik Rimau : Jom layan Sahara. Esok la sambung hari ketiga kursus. Huhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...