Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

26 September 2012

Aku Bukan Boneka Tak Bernyawa...

Assalamualaikum and selamat malam...


Siang tadi, aku and kawan sepejabat yang lain adakan potluck sempena meraikan (meraikan ke? macam tak sesuai la pulak kan..) salah seorang daripada bos kitorang yang bakal menghilangkan diri selama enam bulan. Actually, dia terlibat dengan kursus DPA kat INTIM. Kalau tak tau apa itu DPA, sila google ye. Hehe. Malas pulak nak explain kat sini. Kih kih kih.


Secara keseluruhannya, jamuan makan tadi memang berjalan dengan lancar. Makanan pun memang bermacam-macam jenis. Sampai tak tau nak makan yang mana dulu. Yela kan, setiap sorang bawak makanan yang berbeza daripada orang lain. Memang penuh la meja dengan segala macam lauk pauk, kuih-muih and buah-buahan. 


Untuk makluman korang, kitorang dah bincang awal-awal setiap sorang kena bawak apa ke pejabat. Aku pun tak terkecuali okeh walaupun aku sebenarnya tersangat la malas nak buat. Kih kih kih. So, aku dengan penuh semangatnya pergi la ke Mid Valley untuk beli barang yang berkaitan. Peti ais kat rumah aku dah lama rosak. Barang yang aku nak beli tu pulak cepat rosak kalau tak simpan dalam peti ais. Disebabkan masalah tu, aku pun saja jela pergi beli barang-barang tu pada waktu malam. Kiranya, ada banyak la jugak masa untuk barang-barang tu bertahan. 


Then, balik je ke rumah aku terus rebus barang tu sebab nak elakkan jadi rosak. Penat gila tau. Tidur pun lambat semalam. Pastu, terpaksa pulak bangun awal untuk menggoreng dalam kuantiti yang banyak. Kawan-kawan office aku suruh bawak banyak, so aku beli la banyak. Tapi tak sangka la pulak barang yang aku bawak tu tak laku. Huhu. Ok fine. Tak kisah. Aku faham kenapa. Pilihan makanan terlampau banyak. Banyak yang tak habis. Takpe la kan. Tak marah pun. :p


Tapi, ada la seseorang yang dah buat aku marah harini. Actually, bukan marah. Aku agak terasa hati dengan kata-kata and perbuatan dia yang seakan-akan menghina and memperlekehkan aku. Kalau dia tak suka, tak payah la makan kan? Tapi perlu ke nak hina aku berulang kali. Bergurau? Maaf, aku tak boleh terima sebagai gurauan. Aku sensitif sangat? Terpulang la nak fikir apa pun. Ini hati aku, perasaan aku. Aku je yang tau apa yang aku rasa. Honestly, aku sangat-sangat terluka dengan komen dia tu. 


Memang la benda simple je pun yang aku kena buat. Tapi bukan salah aku pun rupa bentuk barang yang aku bawak tu nampak tak elok. Bergantung pada jenama jugak la. Itu pun nak persoalkan. Yang paling aku tak faham tu, kenapa dalam banyak-banyak barang yang ada depan mata dia tadi, barang aku jugak jadi barang hinaan dia ye? Kenapa orang lain tak? Paling tak boleh blah, siap angkat-angkat pergi tayang kat orang lain tu. Sakit hati betul. Aku nak sangat tau reason atas tindakan dia tu. Kenapa agaknya ye? Sebab aku ni paling muda kat seksyen tu ke? So, boleh la nak perlekeh ye? Fine, lepas ni jangan mintak aku bawak pape dah "Awak Yang Paling Sempurna" tu ye. 


Aku tak kisah kalau dia cakap sekali je. Ni tak. Berulang kali ok. Aku rasa macam nak menangis pun ada tadi. Terhina betul rasanya. Padahal yang rupa tak elok tu bukan banyak mana pun. Yang eloknya tak dipandang, yang buruknya je dicanang-canang. Tak faham betul. Kepada "Awak Yang Paling Sempurna" tu, maaf la ye sebab apa yang saya buat, semuanya tak bagus pada pandangan mata awak. Biasa la kan kalau membesar tanpa seorang ibu di sisi sejak umur 8 tahun lagi. Semua kena belajar sendiri. Maaf la kalau tak boleh nak sama level dengan orang-orang yang dapat tunjuk ajar dari seseorang yang bergelar ibu. Hurmm..


And lagi satu, aku sedar AKU GEMOK! So, "Awak Yang Paling Sempurna" tu tak payah nak perli selalu. Aku dah muak nak dengar ye. Aku tak habiskan duit dia pun okeh. Kenapa perlu dia nak bising-bising kat aku. Cakap aku makan banyak la. Siap cakap kuat-kuat tadi suruh aku diet. Nak malukan aku la tu. Padahal tadi aku ambik pulut kuning, buah and puding 3 potong. Nasi tomato, spageti, laksa, and yang lain-lain tu langsung aku tak sentuh. Bungkus bawak balik pun langsung takde ok. Still nak kata aku kuat makan ke "Awak Yang Paling Sempurna" ? Takpela ye, nanti aku diet. Puas????



Nota Cik Rimau : Entri malam ni agak personal sikit. Maaf la kepada sesiapa yang terbaca. Huhu. Terpaksa luah perasaan kat sini. Huhu. Rasa lebih lega. Haha. :-)

1 ulasan:

Raudzah Zahari berkata...

Sorry baru terbaca entry ni...nway jgn jangan sedih-sedih k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...