Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

22 Disember 2010

~ Tak Tau Nak Letak Tajuk Apa... Haha ~

Harini aku naik teksi ag pergi keje. Sebabnya terbangun lambat. Padahal handphone dua-dua aku dah setkan alarm. Berbunyi banyak kali tapi aku matikan. Jadinya, lambat la kan. Aku bangun-bangun je tengok abang aku dah bangun dulu. Yang aku pelik tu, dia ke hulu hilir. Kejap ke dapur kejap ke depan. Apa nak dibuatnya entah.So tadi, pukul 6.30 baru aku keluar dari rumah. Aku tengok kat bus stop dah takde sape. Hampeh tol. So, lepas turun kat LRT Bangsar tadi aku naik teksi untuk ke ofis lak. Tapi pakcik tu pulak buat hal. Aku dah cakap dah masuk ikut bulatan yang dekat dengan KTM tu. Sekali dia masuk gak ikut Masjid Negara. Aku dah la fail kalau nak tunjuk jalan dari situ. Jalan lak menyeramkan je. Buat aku gabra je. Huhu. Nasib baik sampai jugak ke ofis. Hehehehe.


Harini jugak, pejabat akan jadi sunyi untuk tiga hari berturut. Ramai staff dari SSM terlibat dengan Taklimat Orientasi kat Port Dickson. Sepatutnya aku pun pergi sekali sebab tahun lepas aku tak pergi. Tapi nak buat macam mana. Takde sape nak jag abang aku kalau aku ikut. Lagipun, kalau difikirkan balik, aku pun rasa malas je nak pergi. Baik aku duduk ofis diam-diam. Aman sikit kalau tinggal 2 3 kerat macam ni. Tapi kan, kalau Pakcik Syed tu ikut sekali kan best. Lagi la aman damai kitorang yang tinggal ni. Hahaha. Bukan ape, dia suka memekak. Malas nak dengar. Hehe


Semalam Bahagian aku buat jamuan perpisahan untuk sorang staff kat Seksyen Kewangan yang dah pun dapat bertukar. Kak Intan dah cakap dah yang boleh turun dalam pukul 10.45 pagi. Pakcik Syed ni kan, kalau korang nak tau la kan. Kalau berkaitan makan, dia yang terlebih excited. Selalunya, dia la yang akan jadi orang pertama yang sampai kat tempat makan tu. Selalu sangat ok. Apa kes entah. Semalam baru pukul 10.30 pagi dia dah terpusing-pusing kat depan tempat kitorang. Tak sabar-sabar nak turun. Agaknya takut makanan habis kot?? Hahaha.


Ok la. Dah hilang mood nak menaip. Lalala~~~~


~ adios ~



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...