Hari Ahad lepas adik aku dah beli tiket nak balik Ipoh dah pun. Tapi kitorang beli kat Jalan Duta. Bukan kat Bukit Jalil. Maklumlah, ada football match malam tu. Tapi kan, ingatkan kat Jalan Duta takde la ramai orang. Sekali tengok dah macam kat konsert la pulak. Ramai gila. Agaknya semua orang dah lari beli tiket kat situ kot. Dengar cerita pakcik teksi yang hantar kitorang tu, katanya kat Bukit Jalil dah sesak. Padahal baru pukul berapa masa tu. Semangat betul la peminat-peminat bola sepak ni. Huhu. Pape pun berbaloi jugak la kan dorang tunggu awal sebab Malaysia dapat 3-0. Hehe.
Masa sampai kat stesen bas tu, kebetulan duduk pulak sebelah lelaki Jepun. Pada aku la kan, dia ni baik jugak la. Hehe. Sebabnya, masa mula-mula tu dia tegur kitorang. Dia tanya kitorang nak ke mana. Adik aku yang banyak layan dia. Aku ni agak takut nak speaking. Bukan apa. Takut salah guna grammar. Haha. Kalau aku rasa aku boleh jawab aku jawab la. Mana yang agak payah tu aku diam je la. Hehe. Lepas tu lelaki Jepun ni kasi kitorang pai Secret Recipe. Kitorang ambik je. Rezeki jangan ditolak ok. Haha.
Nama lelaki Jepun tu Encik Kameno Kado. Aku pun tak sure apa ejaan sebenar nama dia ni. Aku tau pun daripada kawan Melayu dia. Dia call kawan dia masa tu maybe sebab nak tanya kenapa bas lambat. Pastu dia mintak aku cakap dengan kawan dia. Kawan dia tu la bagitau nama dia. Kawan dia mintak kitorang tolong tengok-tengokkan lelaki Jepun ni and tunjukkan dia kalau bas dah sampai. Dia pun nak pergi Ipoh, sama dengan adik aku. Lepas tu, lelaki Jepun tu tangkap gambar kitorang. Hehe. Kelakar tol.
Orang sekeliling kitorang tengok-tengok je. Pelik kot. Haha. Dia siap tunjuk lagi tu gambar-gambar dia pergi ke rumah student dia kawin. Actually, dia turun KL sebab pergi kenduri kahwin tu la. Dia ni pensyarah kat universiti apa entah kat Jepun tu. Kat Ipoh tu pulak kawan dia. Hebat la kawan lelaki Melayu dia sebab pandai cakap Jepun. Hoho. Jeles aku.Mungkin dorang kawan satu universiti kot. Entah la. Janji dia baik.
Orang sekeliling kitorang tengok-tengok je. Pelik kot. Haha. Dia siap tunjuk lagi tu gambar-gambar dia pergi ke rumah student dia kawin. Actually, dia turun KL sebab pergi kenduri kahwin tu la. Dia ni pensyarah kat universiti apa entah kat Jepun tu. Kat Ipoh tu pulak kawan dia. Hebat la kawan lelaki Melayu dia sebab pandai cakap Jepun. Hoho. Jeles aku.Mungkin dorang kawan satu universiti kot. Entah la. Janji dia baik.
Lepas kitorang tunggu lama, adik aku kata nak tukar tiket. Bayangkan la, bas lambat dua jam dari masa yang dijadualkan. Adik aku berapa kali entah pergi tanya kat kaunter tu. Last sekali mamat kaunter tu cakap, bas belum masuk KL sebab jalan jammed gila. Sah-sah la sebab football match tu kan. Huhu. So, lepas je kitorang tukar tiket tu, kitorang cakap kat lelaki Jepun tu yang kitorang nak balik. Tak jadi balik Ipoh malam tu. Dia macam susah hati je. Kesian aku tengok. Tapi kitorang sempat la cakap kat mamat kaunter Transnasional tu tolong inform kat lelaki Jepun tu kalau bas dah sampai. Aku risau lak takut dia tersalah naik bas. Huhu. Then kitorang terus balik rumah. Bengang jugak la. Sepatutnya mamat kaunter tu cakap la awal-awal bas lambat lagi nak sampai. Huhu.
Hurmmm.. Tadi macam banyak sangat idea nak menulis. Ni dah hilang lak. Haissshhh. Nanti jela. Huhu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan