Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

08 Disember 2010

~ Tak Suka ~

Hurm.. Petang tadi ada mesyuarat MBJ kat Bilik Tanjung. Aku jadi pembantu kepada Tuan Syed sebagai urusetia la. Tuan Syed awal-awal lagi dah pergi ke bilik mesyuarat. Tapi bukan buat apa pun. Aku masuk je tengok apa pun takde. Aku pun keluarkan la fail-fail untuk mesyuarat tu letak kat meja. Abang Mat pon ada. Rupa-rupanya Pak Syed tu mintak Abang Mat jadi tukang jaga slide. Hampeh tol. 



Mesyuarat tadi kehadiran ahli tak memberansangkan. Sikit sangat. Aku sembang dengan Abang Mat. Bajet lepas Pengerusi masuk aku nak cabut lari. Sekali Pak Syed tu panggil aku da... Duduk sebelah dia. Ingatkan buat apa la kan. Tapi actually aku dah dapat agak dah apa aku patut buat. 

Dia suruh aku catat minit. Hampeh punya orang. Dua kali dah kot aku jadi mangsa dia. Dia bukan buat apa pun. Aku bagi alasan tak bawak buku and pen dengan harapan dia takkan suruh aku. Sekali dia tolak buku and pen dia kat aku. Apa lagi nak dikata? Redha jela. Haha. 


Pastu, masa mesyuarat dah dekat nak habis, dia suruh aku mintak kat budak katering tu hidangkan makanan kat dia. Dia tak puas hati sebab dia tak dapat makanan. Rilek la. Urusetia kan. Makan last pun takpe kan? Entah apa-apa entah. Bile mesyuarat tamat, aku kemas apa yang patut. Tengok dia busy sembang dengan pengarah-pengarah. Malas aku nak tunggu. Aku terus je cabut naik ofis.

Bila dia naik, dia boleh lak kata aku tak buat apa masa mesyuarat tu. Nak je aku hentak kepala dia ke dinding. Aku ada saksi la. Tak caya tanya Abang Mat. Sape yang buat kerja sape yang tak buat? Hehe. Pastu aku cakap, lau rasa aku tak buat kerja suruh la orang kesayangan dia tu jadi pembantu. Haha. Geram aku. Sedap-ssedap je jaja cerita konon aku tak buat kerja. Sekeh pale kang. 

Ok.. Habis cite pasal Pak Syed. Balik tadi ujan lebat la. Habis basah aku. Huhu. Ni sekarang rasa macam nak demam pun ada. :-(

Hurmm.. Ok la. Mau tidur. Hehe

~ adios ~

p/s : esok bos-bos takde.. suke2... hehe

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...