Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

19 Disember 2010

~ Macam-macam Perangai ~

Ok. Harini nak cerita banyak benda. Kebanyakannya jadi minggu lepas la. And aku akui, minggu lepas mood aku agak teruk gak la. Sebab aku asyik angin je. Haha

Cerita first sekali aku nak tulis kat sini, pasal sikap sesetengah orang yang nak kita layan dorang macam dorang tu raja padahal pangkat tak setinggi mana. Contohnya masa dorang call la kan. Jangan expect semua orang kenal suara kita macam tu je. Salah ke kalau kita agak itu dorang  yang kol tapi kita tak pasti betul ke tak. Kadang-kadang kalau kita tanya sape yang call, bukan dorang jawab pun. Kadang-kadang dorang tak hiraukan pun soalan kita terus cakap nak cakap dengan dot dot dot. Takkan kita nak paksa dorang bagitau dorang tu sape baru kita nak bagi dia cakap dengan orang yang dorang nak cakap. Agak-agak la wei. Tu pun nak jadi isu ke? Tak faham betul la.


Next story lak pasal hal peribadi aku. Ok,aku tau ada yang komen pasal kegemaran aku yang suka berkaraoke. Konon aku terlampau open and tak sesuai sebab aku bertudung. Yang ni memang boleh membuatkan aku mengamuk. Hello. Suka hati aku la nak buat apa pun kan. Ini hidup aku, bukan hidup orang lain. Aku tau apa aku buat. Bukannya aku buat maksiat pun. Lain la kalau aku buat maksiat. Boleh la dorang nak cakap apa pun. Kalau dorang pergi ke tempat karaoke pun, sekarang ni dah ramai orang yang bertudung yang pergi. Ini kan dikira hobi or kegemaran masing-masing so apa yang orang lain nak sibuk?? Aku sibuk hal dorang ke? Aku rasa takde lak. Korang pernah dengar statement, "kubur masing-masing' tak? Maybe agak kurang ajar sikit ayat ni. Tapi pada aku ayat ni sesuai la untuk orang-orang yang busybody tak bertempat ni. Haha

Lagi satu cerita pasal bergurau. Aku pernah dah cakap pasal ni tapi aku saja nak cakap lagi pasal hal yang sama. Aku perasan and sedar yang berat aku agak bertambah kebelakangan ni. Tapi itu tak bermakna saiz or berat aku boleh dijadikan bahan ejekan. Aku paham kalau nak bergurau sekali sekala. Memang takde salahnya. Cuma kalau dah setiap hari or selalu sangat kaitkan saiz badan aku, memang aku marah. Sebab tu kadang-kadang aku tak bagi respons kalau ada orang buat lawak bermodalkan saiz badan aku. Malas nak layan. Sebab kalau aku mula menjawab kang, memang aku balas dengan jawapan yang kurang ajar. So, better aku diam. 

Yang aku tak paham tu, aku takde pun kata orang lain. Kenapa balik-balik aku jugak yang kena dikutuk, dikata or diejek?? Dulu aku ada kawan baik. Semua orang kutuk dia sebab gigi dia. Tapi aku tak pernah sentuh hal tu sebab aku tak nak dia kecik hati. Aku tak suka sentuh hal-hal yang boleh menimbulkan kemarahan orang. Tapi bila orang dah mula menimbulkan or sentuh hal-hal yang agak sensitif or buat aku kecik hati, aku pun mula sentuh hal-hal yang buat orang lain marah. Tapi jangan salahkan aku sebab aku takkan mulakan kalau orang lain tak mulakan dulu. 

Haha. Sama jugak dengan seseorang kat dalam ofis aku yang dah membuatkan aku marah dalam hati. Malas nak marah kang aku kesian lak tengok muka dia. Aku ni cepat kesian kat orang. Haha. Tapi ayat dia memang menyakitkan hati. Actually, dia memang selalu mengeluarkan statement yang menyakitkan hati pun. Keh keh keh.....

Jumaat haritu aku cuti. Pastu hari Sabtu tu aku cakap aku nak datang ofis buat kerja. Aku ada terdengar ayat yang lebih kurang macam nie la, " Oo.. Esok cuti Sabtu buat OT. Banyak cantik." Eeee... Bengang betul la. Hello. Aku cuti sebab aku malas nak ulang-alik ke ofis pastu nak hantar abang aku balik rumah semula. Bukan ke mengambil masa tu. Karang kata aku melencong pulak. Sebab haritu Tuan Syed ada pertikaikan jugak pasal aku masuk balik ofis lambat. Dia tak faham boleh la cakap. Terkejar-kejar aku nak ambik abang aku. Pastu bank lak buat hal. Dengan takde kenderaan sendiri. Memang merumitkan ok. Lagipun, for those yang berkata macam tu, thank you very much ya. Aku takkan claim OT pun. Jangan risau. Lagipun masa aku mintak cuti tu pun, aku memang dah niat takkan claim OT. So, jangan risau la.

Ok la. Makin lama makin banyak lak kang aku tulis. Nak layan Spongebob. Hahahaha

p/s : Esok kembali bernafas. Gaji masuk suda. Hooraayy!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...