Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

29 Disember 2010

~ Kenangan Masa Sekolah ~

Hurrmmm... Tadi masa aku tengah melayan jiwang tengok gambar-gambar lama, tiba-tiba lak rasa nak story pasal member-member sekelas aku masa sekolah dulu. Rindu betul kat dorang semua. Masing-masing dah bawak haluan sendiri. Ada yang dah bekerja. Ada yang dah berkeluarga and ada jugak yang dah pun ada anak sendiri. Ada yang baru memulakan hidup di alam pekerjaan and ada jugak yang masih lagi bergelar pelajar. Walaupun jarang berjumpa, kami masih lagi kawan macam dulu-dulu. 

Sebelum aku tunjukkan kawan-kawan aku, meh aku cerita sikit pasal sekolah and kelas aku. Nama sekolah aku Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin, Manong. Terletak dalam daerah Kuala Kangsar. Walaupun agak jauh dari pekan, tapi inilah sekolah kesayangan aku. Sanggup tak terima tawaran asrama penuh sebab sayang. Haha. Ayat nak poyo je kan.


Masa tingkatan 5 dulu, aku and kawan-kawan duduk kelas 5 Sains 1 batch 2006. Kelas kitorang terdiri daripada 11 orang budak lelaki yang nakal-nakal and 10 orang budak pempuan yang baik-baik. Haha. Best duduk kelas ni walaupun subjek yang kitorang ambik agak mencabar. Huhu. So, kat sini aku nak tunjukkan siapakah kawan-kawan aku yang best tu. Layan...

Inilah dia sekolah aku. Dah banyak perubahan.. Masa aku nak habis sekolah dulu, baru la terbinanya pentas kat tapak perhimpunan ni.


Ini pulak gambar kelas aku, kelas 5 Sains 1. Tengah-tengah tu Cikgu Jamil, cikgu kelas aku. Tapi dalam gambar ni tak semua ada. Ada yang tak datang masa ambik gambar ni (Azwan Kekek).

Ini Yusri. Kitorang panggil dia ni Yus je. Dia ni lah ketua kelas. Langsung tak garang. Haha. Dia ni jugak Pengerusi Kelab Sofbol. Orang kuat sofbol ni. 
Dia ni pulak assistant kepada Yusri. Penolong ketua kelas yang paling ganas aku rasa. Hehe. Nama dia ni Nursyahidah. Tapi kitorang panggil dia Nor je. Kalau tak silap aku, dia sekarang ni kerja kat Johor.

Dia ni pulak Zinnur'ain Zainal. Kitorang panggil dia Zin @ Tek. Dia ni agak gila-gila orangnya. Dulu tak banyak cakap. Sekarang ni kejenya nak gaduh dengan aku je kat Facebook. Huhu. Dia ni jugak berbakat dalam seni melukis. Lukisan dia memang sangat-sangat cantik. :P

Ini pulak Zahid. Anak cikgu disiplin kat sekolah aku tu. Dia ni baik jugak la. Hehe. Dia jugak la buat aku minat baca Kreko. Keh keh keh... Sekarang ni dengarnya dah kerja tapi tak sure kat mana.

Ini member lama aku. Dari aku tadika lagi sebab kitorang sekampung. Nama dia Syaiful tapi panggil Epoi je. Masa tadika dulu, dia la yang selalu hantar aku balik rumah. Baik dia ni. Huhu. Sekarang ni masih lagi study kat JMTI.

Izzudin. Tapi kitorang panggil Udin. Ni pun aku kenal dari tadika sebab sekampung. Anak imam kampung dia ni. Masa kecik-kecik dulu, dia selalu ajak aku lumba basikal masa balik dari sekolah. And dia jugak jadi kegilaan ramai budak perempuan. Huhu. Sekarang ni masih study kat Politeknik Ungku Omar (PUO). Last semester kalau aku tak silap.

Nama dia ni pulak Farizul. Panggil Zul je. Dulu dia ni agak pendiam. Tak silap aku, dia mula bercakap dengan aku start tingkatan 4. Agak sensitif orangnya. Hehe. Sekarang ni masih study kat PUO. Lebih kurang macam Udin jugak.

Nama dia ni Fadhil. Panggil Pade. Agak tinggi la dia ni. Suka melawak. Dulu masa tingkatan 2 suka buli aku.Tapi sekarang ni, dia dah jadi baik. Kadang-kadang dia la tempat aku cerita problem or nak dapatkan nasihat. Hehe. Dia ni pun tak silap aku dah last semester kat PUO.

Ini pulak Syafiq. Atau nama lainnya Apek. Dah lama aku tak dengar cerita pasal dia ni. Tapi masa sekolah dulu dia antara yang buas jugak. Haha. Tapi kadang-kadang dia ni la yang jadi penghibur kat kelas. Suka buat lawak.
Sekarang ni tak pasti la dia kat mana. Tak silap aku dia ni sekarang kat Subang.

Dia ni Azwan. Kecik je orangnya. Kitorang panggil Wan Kekek. Dia ni pulak agak moody orangnya. Sekarang ni dengar cerita dia kerja kat DBKL.

Inilah Azfar. Ramai panggil dia Jepa. Dia ni selalu buat orang marah. Dulu aku memang selalu hangin dengan dia. Nasib la. Sape suruh cari gaduh dengan aku kan. Haha. Sekarang aku tak dapat nak pastikan dia ni buat apa and kat mana.

Kat gambar ni aku nak cakap pasal yang pakai baju biru tu. Nama dia Safwan. Digelar Wan Panjang. Dulu dia ni pun agak pendiam. Dia ni pun mula bercakap dengan aku start tingkatan 4. Sekarang ni dah habis belajar kot.

Ini pulak Sartila. Kitorang panggil Tila. Dia ni agak pendiam sikit. Tak banyak cakap. Dah pun kahwin and tak lama lagi bakal jadi mummy. Dia sekarang ni kerja kat Lumut. Dia ni pun kawan sekampung aku and banyak tolong aku selama ni.

Ini pulak Azlin (Lin) and Hafsah (Cah). Lin dah pun kawin tahun lepas and dah ada anak dah. Sekarang ni dia kerja kat balai polis mana entah sebagai PT (Kewangan). Cah pulak sekarang ni masih lagi belajar kat Kelantan tak silap aku. Ambik kejururawatan mungkin. Tak ingat. Hehe.

Ini Suzila. Panggil Su je. Dia ni student paling bijak dalam kelas aku dulu. Selalu sangat kitorang sekelas tiru jawapan latihan Matematik Tambahan dia. Selalu dapat nombor 1 masa exam. Agak pendiam. Sekarang ni masih lagi belajar peringkat ijazah dekat UPM.

Ini Nor Anisa. Atau panggil Nisa je. Dia ni pun agak bijak jugak. Sekarang tak pasti dia tengah buat apa. Hehe.

Inilah Izzati. Kawan baik aku dari sekolah rendah lagi. Dia ni banyak cakap sikit. Hehe. Kitorang duduk hostel sama-sama. Sekarang ni dia sambung belajar kat  UNIMAS.



Ini pulak Zahlia. Panggil Lia. Dia ni dulu tak banyak cakap. Aku selalu jugak usik dia. Saje gaduh main-main dengan dia. Dia sekarang ni kerja kat Subang jugak tak silap aku.

Dia ni pulak Umi Sarah. Panggil Umi je. Sangat lemah lembut. Suka layan novel cinta and cerita korea. Sekarang ni masih lagi bergelar student. Kalau tak silap kat UiTM Arau mungkin.

Yang ni kalau tak kenal jugak memang saja nak kena cakar la tu. Haha. Ni la aku. Si otai 5 Sains 1 dulu. Bendahari kelas paling ganas. Hehe.











Kat bawah ni pulak antara gambar yang sempat kitorang tangkap ramai-ramai sebelum menamatkan alam persekolahan. Tapi aku masih lagi tertanya-tanya siapa agaknya yang menangkap gamba-gambar ni. Serius tak ingat. Hehe.








Yang kat bawah ni pulak, kawan baik aku masa duduk asrama. Pernah sekelas jugak. Sampai sekarang masih lagi berhubung tapi takde la kerap sangat. Selain Izzati, Wahidah and Ira ni la kawan rapat aku masa kat asrama.

Dia ni la Wahidah. Banyak tolong aku. Family dia baik. Dari tingkatan 1 lagi kitorang dah rapat. Dia ni agak sensitif sikit. Hehe. Masa sekolah dulu dia ni Ketua Dorm kat asrama. Sekarang ni dia belajar kat UPSI. Bakal cikgu ni tau. Hehe.

Dia ni pulak Azmira. Ada panggil dia Ira and ada jugak yang panggil dia Siti. Ira ni agak kelakar orangnya. Dia ni pun banyak gak tolong aku. Sekarang ni dia masih lagi study kat UUM.

And last but not least, kat bawah ni aku sertakan video yang kawan aku buat khas sebagai tanda kenangan kitorang bersama. Aku cilok dari facebook dia. Hehe. Tengok video dia buat ni lagi la aku bertambah rindu nak jumpa dorang semua.



Kenangan kita semua tak kira pahit atau manis, aku akan ingat sampai bila-bila. Korang la kawan paling best aku pernah ada. Aku harap kita dapat lagi berkumpul ramai-ramai macam dulu. Semoga persahabatan kita semua akan kekal buat selamanya. Rindu nak ikut korang konvoi masa raya. Aku rindu korang semua!!! Huhu.

 
p/s : Malaysia menang la wei. Caya la Malaysia. Tapi agak hangin dengan jiran-jiran sekeliling. Elok-elok je tamat football match kat tv tadi, terus dorang bantai main mercun and bunga api. Bising je. Geram!

4 ulasan:

Unknown berkata...

Cik Rimau, kenangan maso sekolah amat manis kan. Tapi ado yo pahit. Apa2 pun tahniah sebab still keep in touch. Atok bakal jumpa dorang tahun ni slpas lebih 8 tahun x jumpo

Ayie Abas berkata...

CIK.R...KENAPA BAHAGIAAN KORANG RASA tuu HANYA ADA KELAKAR,BIASA2 JER & M'BOSANKAN...BILA AYIE BACA ENTRY CIK.R NAK LETAK "TERBAEEKK"...TAPI SYG TAK ADA PILIHAN tuu...ALAHAII...+_+
CIK.R...AYIE NAK TAIP MESEJ DI BUKU TAMU TAPI SYG KOTAKNYA "RENDAH" SANGAT...TAK DAPAT NAK TAIP MESEJ...(kerana skrin Ayie komputer kecil)
CIK.R...SELAMAT PETANG...^_^

Cik Rimau berkata...

Atok : haah tok.. betul.. susah nak lupe.. rase nak balik ke zaman tu.. zaman budak2 nakal.. tq tok..

Cik Rimau berkata...

Ayie : hehe.. sebab pe ek.. sebab entri2 cik rimau, semuanya pasal personal life je.. mane maunye dapt terbaekkk.. haha.. pape pun tq la ye encik ayie.. tp nape panggil cik r lak.. huhu.. xganas lor..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...