Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

09 Mei 2012

Expert Talk : Fizikal + Rohani

Assalamualaikum and selamat malam..


Hoho.. Lama gila tak jenguk blog ni. Agak busy sekarang ni. Banyak benda nak kena buat. Nak layan blog pon sampai takde masa. (Alasan lapuk lagi) :p Dah la haritu aku cakap nak update pasal meeting kat Sarawak kat blog ni. Tapi sampai sudah tak jugak update. Sangat tak menepati janji la Cik Rimau ni. Adehhh.. 


Okeh. Tak payah nak mukadimah panjang berjela. Terus ke tujuan utama aku membebel malam ni. Actually, siang tadi aku ada join program expert talk anjuran Persatuan Penolong Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PPPM). Sangat best okeh. Sebab apa? Sebab penceramah-penceramahnya best la. Haha. :p


Expert talk tadi ada dua bahagian. Bahagian pertama disampaikan oleh Encik Kevin Zahri. Kenal tak? Kalau kenal, bagus. Bagi yang tak kenal, Kevin Zahri ni pakar pemakanan and selebriti kecergasan. Nak kenal lebih lanjut, sila ke blog dia yer. Banyak tips-tips berkaitan pemakanan seimbang, cara diet yang sesuai and ada jugak cara nak kurus dengan sihat kat situ. Kalau korang rajin, sila la usha page dia. Tak rugi pon. :p Encik Kevin Zahri ni sampaikan ceramah yang bertajuk "Bagaimana mencapai keseimbangan pekerjaan dan kesihatan diri penjawat awam". Best cara dia sampaikan ceramah. Tak bosan. Hehe.


Bahagian kedua pulak disampaikan oleh Prof. Dr. Muhaya Muhammad dengan tajuk "Reset Minda". Best jugak cara penyampaiannya. Pendek kata, aku tak bosan dengar. Hehe. Lagipun, kebanyakan yang diperkatakan oleh Prof ni banyak berkaitan dengan rohani kita. Ok la tu kan. Mula-mula cakap pasal kesihatan fizikal. Then, pasal rohani pulak. Seimbang kan? Hehe. Kesimpulannya, memang tak rugi la aku join program ni tadi. :D



Nota Cik Rimau : Tak nak janji kosong dah lepas ni. :p

4 ulasan:

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

Bila sihat kedua duanya (Fizikal & Rohani) baru la seimbang ye dak??

Suhami Ahmad berkata...

wah, dapat dengar ceramah sang kacak

Mohamadazhan.com berkata...

terbaik tu, prof muhaya pakar mata tapi byk sumbngan dalam bidang agama =)

Cik Rimau berkata...

Lekat lekit : betul tu.. hehe

Atok : haha.. mmg kacak.. mujur da kawin.. wakaka

azhan : yup.. best dgr ceramah die.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...