Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

07 Mei 2015

Jodoh Rahsia Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera 
kepada semua yang masih sudi singgah blog Cik Rimau..


Dah lama sangat aku nak membebel panjang pasal ni. Tapi selalu je terbantut. Ada je halangan. Kebetulan pulak, kebelakangan ni aku kerap balik kerja malam. Balik rumah, korang ingat aku boleh rehat terus? Tidak sama sekali.. Huhu. Life aku ni tak jauh beza macam orang yang dah berkeluarga, okeyyyyyy.. Hahaha. Dapat rehat pun biasanya dalam pukul 9:30 ke atas. So, nak menghadap blog sambil memerah otak untuk mengarang ayat tu, memang agak berat sikit nak dilaksanakan. Letih weh.. 

So, harini agak berkelapangan sikit. Boleh la start membebel.. Boleh kan? 


Hurmm.. 17 Mac baru ni aku dah genap 26 tahun hidup di dunia ni. Sebagai sorang "gadis" (macam tak sesuai je aku yang ganas ni guna gadis.. wakaka) yang dah berusia melepasi suku abad, semestinya akan ada satu soalan "keramat", "puaka" and "wajib" diajukan kat aku setiap kali terserempak dengan kenalan or saudara mara yang dah lama tak jumpa. Actually, bukan yang dah lama tak jumpa je tanya. Kadang-kadang yang jumpa aku setiap hari pun dok tanya soalan ni. Sampai agak kekeringan idea nak jawab. Makanya, entri harini diwujudkan untuk menjawab soalan semua orang sekaligus. Ok tak? Baik tak aku? Muahahahahaha.. (Bajet retis pulak kan nak bagi explanation segala bagai.. Puihhhh)



Penjelasan paling mudah, berbalik pada agama kita. Percaya pada qada' dan qadar Allah. Jodoh, ajal maut semua Allah tentukan. Yes, bab jodoh kita boleh cakap,

 "kan tu semua boleh dirancang..".

Betul. Boleh rancang. Tapi yang menentukannya tu sape? Bercintalah 10 tahun sekali pun. Kalau dah memang tertulis di لَوْحٍ مَحْفُوظٍ (Luh Mahfuz) si dia bukan jodoh kita, kita memang takkan dapat memilikinya. Ada jugak yang dah sememangnya jodoh, kenal seminggu dua terus kahwin. Kalau betul dia jodoh kita, percayalah.. Semua urusan untuk ke arah membina masjid tu akan jadi mudah. 

Aku selalu perhatikan. Terlalu mudah persoalan "bila ko ni nak kahwin ye?", "ko tak nak kahwin ke?", "ko ni memilih sangat tak?" ditanya kat orang-orang bujang ni. Lumrah manusia yang normal, of course nak kahwin. 

"Seperti insan biasa ku ingin bahagia,
Menyintai dan dicintai tiada duanya,.."

~ Chomel : Andai Hatiku Bersuara ~

Nak bina keluarga bahagia. Nak ada suami / isteri. Nak ada anak. Memang tipulah kalau cakap tak nak kahwin. Kalau tak nak tu, tu mungkin spesies yang berkeinginan songsang. Hehe. Tapi kalau tanya aku, mestilah nak. Jealous kot tengok kawan-kawan sebaya dah berkeluarga. Dah ada anak. Ada kawan untuk berkongsi suka duka bersama. And yes, dulu aku pernah target nak kahwin selewat-lewatnya masa aku umur 25 tahun. See? Target je boleh la. Ni dah terlepas target. Salah satu bukti, jodoh tu Allah yang tentukan. 


Persoalan jodoh ni tak jauh beza dengan persoalan ajal maut. Agak sensitif untuk dibincangkan bagi yang dah dikategorikan sebagai andalusia. Sentap, makan dalam sangat kalau korang tanya soalan bila nak kahwin kat bujang-bujang ni. Sama sentapnya macam kalau kita tanya kat orang, 

"Eh.. Hidup lagi ko ni. Bila nak mati?"

Sentap? Sakit hati kan? Sama je sakitnya dengan soalan bab kahwin ni. Silap hari bulan, melayang penumbuk kat kat muka yang bertanya tu. Hahaha. 

Tapi tu untuk jawapan secara umum jela. Untuk kes aku ni, aku lebih senang untuk tidak memikirkan soal kahwin ni walaupun dalam hati keinginan ke arah tu sangat kuat sebab dengki tengok kawan asyik post kat facebook undangan kahwin la, dapat baby la.. Terseksa jiwa aku yang belum jumpa jodoh ni. Hahaha. Ok. Melalut pulak. Tak nak fikir? Kenapa pulak? Rasa-rasa?

Jawapannya korang sendiri boleh teka. Bagi yang mengenali aku secara peribadi, atau pun yang mengikuti kisah perjalanan kehidupan aku kat blog ni or kat facebook, korang confirm tau kenapa. And yes.. Betul.. Aku terpaksa matikan dulu keinginan tu buat masa ni. Aku ada banyak tanggungjawab yang perlu digalas. Korang tau kan, aku merupakan waris tunggal dalam family yang bertanggungjawab menjaga kebajikan satu-satunya ahli keluarga yang aku masih ada kat dunia ni. Pada yang baru je mengikuti blog aku, aku ada abang yang dikategorikan sebagai OKU dari segi pelajaran. Dialah satu-satunya ahli keluarga yang aku ada selepas kematian emak (18 tahun lepas), abah (6 tahun lepas) and adik (2 tahun lepas). So, secara automatik, tugas untuk menjaga kebajikannya adalah tanggungjawab aku sorang.

Aku tak menyalahkan abang aku sebagai penyebab aku tak boleh berkahwin. No. Aku tak pernah terfikir macam tu. Sama sekali tidak. Cuma aku memilih untuk mengutamakan abang aku dalam apa jua urusan yang mengakibatkan perubahan besar dalam kehidupan kami berdua. Termasuklah urusan kahwin aku. Aku tak boleh fikir pasal my own happiness semata-mata.. Apa-apa perkara pun, aku perlu pertimbangkan sama ada akan membawa kebaikan pada aku sorang je ke atau kepada abang aku sekali. Andai kata perkahwinan yang bakal dibina bawak kebaikan untuk aku je, aku tak nak.

Aku tak nak kahwin kalau diletakkan syarat abang aku kena hantar ke pusat jagaan ke apa ke. Aku tau and sangat faham. Sape je lah kat dunia ni yang suka tambah beban nak tanggung ramai orang dalam satu-satu masa. And aku jugak yakin. Kalau pun satu hari nanti ada lelaki yang boleh menerima abang aku, pihak keluarganya pulak belum tentu bersetuju membenarkan anak dorang terbeban untuk turut sama menjaga abang aku. Padahal aku tak mintak pun tolong tanggung abang aku sekali. Abang aku tanggungjawab aku. Takde makna aku nak suh tanggung sama. Huhu.

Terlalu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan kalau ada yang berniat nak menjadikan aku pasangan hidup. So, daripada menyesakkan kepala orang lain, aku pilih untuk lupakan niat nak kahwin. Senang. Tutup buku. Tak payah nak fikir banyak.

Tapi, di kesempatan ni aku nak mintak sangat-sangat kat sesetengah orang yang selalu cakap macam ni :

"Hurmm.. Nak buat macam mana.. Kesian ko kan.. Ko jaga jela abang ko.. Tak kahwin pun takpe kan.. Janji abang ko terjaga.."

"Susah jugak kalau ko nak kahwin.. Abang ko tu nak letak mana?"

"Ko kalau nak kahwin kena la hantar abang ko kat JKM. Kalau tak nanti, bergaduh jela dengan laki. Tak pasal-pasal bercerai pulak.. Kalau ko ada terfikir nak kahwin la.. Kalau tak nak, tak payahla"

"Life ko macam ni, dengan badan macam ni, kahwin jela dengan sape-sape yang nak kat ko. Takde rupa takpe. Janji berduit. Senang hidup ko lepas ni.."

"Ko sabar jela.. Jagalah abang ko sampai bila-bila.. Jangan la hantar dia ke mana-mana.."

Okay. Aku tau niat korang yang cakap macam ayat-ayat kat atas ni baik. Terima kasih sebab sedarkan aku yang aku ni takde rupa, gemok, hodoh. Hahaha. Sentap sekejap. Terima kasih jugak sebab ingatkan aku tentang tanggungjawab yang perlu aku tunaikan. Terima kasih jugak sebab sedarkan / ingatkan aku yang orang macam aku (life banyak sangat cabaran), tak payah berangan nak berumahtangga. Ya.. Terima kasih sangat-sangat ingatkan aku.. 

Tapi.. Boleh tak kalau nak mintak tolong.. Tolong la jangan selalu sangat ungkapkan ayat-ayat kat atas ni. Makan dalam tau tak. Bertambah melukakan hati bila mana apa yang korang cakapkan tu memang kenyataan. HAKIKAT sebenar untuk aku. Hakikat yang tak boleh nak dinafikan. Kalau boleh biar aku je yang cakap ayat-ayat ni kat diri sendiri. Aku tak perlukan orang lain untuk sedarkan aku hakikat tu semua. Aku hope sangat kalau korang boleh bagi ayat menyedapkan hati macam :


"Ada hikmah apa yang jadi kat ko.. Sabar.. Nanti ada la jodoh yang boleh terima ko apa adanya.. Allah tu Maha Adil.."


"Setiap orang ada pasangannya.. Nanti ada la pasangan ko. Cepat atau lambat je"

"Tak baik cakap tak nak kahwin.. Aku doakan ko jumpa orang yang boleh jaga ko and abang ko"

Kan sedap sikit hati dengar ayat-ayat macam ni. Walaupun mungkin setakat nak bagi harapan palsu je kat aku, takpe. Aku lagi suka dengar ayat macam ni. Takde la rasa pedih luka terhiris. Haaaa.. Ambik ko ayat poyo aku bagi.. Hehe.. Lagipun kata-kata tu kan merupakan satu doa. Mana tau kalau korang selalu dok sebut, jadi betul apa yang korang cakap. Best jugak aku. Hahaha. Btw, tak payah risau pasal aku kahwin ke tak nanti. Aku dah lama redha / terima andai ditakdirkan tak kahwin sampai mati. Hehehe.

So, kesimpulan dari entri aku malam ni.  Jodoh tu rahsia Allah. Siapa kita nak menolak ketentuan takdir. And aku harap sangat, lepas ni dah takde dah ayat-ayat sentap tu kedengaran lagi. Aku tak tuju kat siapa-siapa. Ni secara umum je. Aku bukan nak mintak simpati sesiapa. Cuma aku harap, korang faham yang aku ni manusia biasa. Aku mungkin nampak macam tak kisah. Aku bukan jenis nak tunjuk sangat kalau aku terasa hati dengan sesiapa. And aku mungkin nampak kuat sebab kononnya boleh lagi teruskan hidup lepas semua yang dah jadi dalam life aku. 

Tapi tolong faham. Aku ni perempuan biasa. Kuat kat luar tak semestinya kuat kat dalam. Ceria kat luar, tak semestinya dalam pun ceria jugak. And of course, hati aku tak mungkin sekuat lelaki yang boleh tahan semua jenis gurauan terlampau. Kalau kerap sangat orang dok cakap macam ayat-ayat aku bagi contoh tadi, tak mustahil satu hari nanti boleh runtuh tembok kekuatan / kesabaran / keyakinan yang aku bina selama ni. Suka ye tengok aku moody? So please.. Tolong kekalkan Eija yang ganas and hati kering ni. Jangan keluarkan Eija yang lembik or kuat nangis mengenang nasib diri.. Hahahahaha..

Ok la. Penat dah perah otak mengarang panjang. Nak layan tv pulak lepas ni. Hehehe. 


Nota Cik Rimau : Sorry kalau entri Cik Rimau malam ni agak huru-hara / lintang pukang bahasanya. Tiba-tiba mood malas muncul di pertengahan usaha menaip entri panjang berjela ni. Kih kih kih.. Btw, semua gambar yang Cik Rimau guna dalam entri ni hasil carian Google.. :-p

1 ulasan:

Unknown berkata...

Sedih pulak bace entry cik rimau.. be strong k. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...