Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

14 April 2011

Antara Sahabat Dengan Cinta Hati, Siapa Pilihan Anda?

Assalamualaikum and selamat malam..


Saja tiba-tiba nak bukak topik ni. Selalu kan korang dengar soalan ni. Kalau diberi pilihan antara sahabat dengan boyfriend / girlfriend, sape yang korang pilih? Macam-macam jawapan yang keluar. Semestinya la kan. Tapi yang pasti, jawapan paling banyak mesti ramai yang pilih sahabat. Kenapa? Jujur ke jawapan korang tu? Serius korang sanggup tinggalkan pasangan untuk seorang sahabat? Kalau betul, aku memang tabik la. Hehe.


Korang jangan salah faham dengan ayat aku tu. Aku bukan nak kata orang yang pilih sahabat tu penipu ke apa ke. Masing-masing ada jawapan untuk setiap pilihan dorang kan? Kalau soalan tu ditanya kat aku, aku akan pilih jawapan berdasarkan situasi semasa. Takkan main jawab je kan. Karang beria-ia cakap akan utamakan sahabat daripada pasangan. Tapi bila terjadinya situasi yang memerlukan kita membuat pilihan tu, lain pulak pilihannya. Ye tak?


Tapi kalau aku la, aku memang pilih ikut keadaan. Contohnya macam ni la. Korang ada pasangan. Memang baik gila. Ajar korang benda-benda baik. Tak pernah ajar korang buat benda bukan-bukan. Kira tak pernah bagi masalah kat korang. Tapi tiba-tiba, kawan korang suruh tinggalkan dia sebab dorang tak suka dia. Cakap benda buruk-buruk pasal pasangan korang. Ada je yang dorang tak suka. Sampai la dorang paksa korang buat pilihan antara dorang dengan pasangan korang. Korang pulak memang sayang kedua-duanya. Sampai naik blur siapa yang patut dipilih.


Untuk situasi macam ni, aku akan bandingkan dulu kedua-duanya. Siapa yang banyak ada kat sisi aku masa aku susah or senang. Siapa yang banyak tolong aku. Kalau kawan yang lebih banyak berada dengan aku tak kira susah or senang, for sure aku pilih kawan. Tapi kalau kawan pun banyak ada time senang je, baik aku pilih pasangan je. Untuk apa melepaskan someone yang berharga dalam hidup kita semata-mata untuk kawan yang lebih banyak mendatangkan keburukan kepada kita? Mungkin agak kejam. Tapi aku belajar dari pengalaman tau. Huhu.


Tapi kalau situasi macam ni pulak, lain la pilihan aku. Contohnya macam ni. Korang ada best friend. Kenal dari kecik. Membesar sama-sama. Keluarga korang masing-masing pun rapat. Family dia pun memang banyak tolong korang. Kira memang best friend forever la. So, bila dah besar, korang berkenalan dengan someone yang membuatkan jantung korang berdegup macam baru lepas lari pecut. Dalam korang tak sedar, rupa-rupanya korang dah suka pada "orang" yang sama. Tapi agak malang buat kawan korang tu. Sebabnya, "orang" yang diminati tu tak tertarik kat kawan korang. "Orang" tu lebih berminat kat korang. Korang pun suka jugak tapi rasa bersalah kat kawan kalau terima "orang" tu.


Untuk situasi kat atas ni, mungkin aku pilih kawan. Kalau korang pun, mungkin buat pilihan yang sama kot. Korang sanggup ke putuskan persahabatan yang dah lama terjalin untuk seseorang yang baru muncul dalam hidup korang? Aku tak sanggup. Aku sanggup lagi mengaku aku takde apa-apa perasaan kat "orang" tu daripada aku kehilangan kawan baik aku. Walaupun mungkin lepas tu aku makan hati tengok kawan baik aku tu happy dengan "orang" yang aku suka tu. Tapi takpe la. Asalkan persahabatan kitorang terus kekal. 


Itu pilihan aku. Aku pilih berdasarkan situasi. Korang macam mana pulak? Kalau situasi kat atas ni terjadi kat korang, apa pilihan korang? Meh la share. Hehe. 



Nota Cik Rimau : Sedih nie. Ada orang kutuk Cik Rimau. Huwaaaaaaaaaaaa..

4 ulasan:

amry berkata...

dengan ini saya menyatakan yang saya tabik spring 18 pada cik rimau.setuju la dengan apa yang cik rimau cakap tu. ikut keadaan. tapi soal hati ni kan cik rimau kan, susah juga nak mengagak tau.situasi no 2 tu kalau nak buat memang pengorbanan laaa.... tapi tengok keadaan gak.kalau kawan kita tu playboy/playgirl atau perangai kurang baik la kan. macam mana plak?Hmm...nak berkorban, kang "orang baru" tu kiciwa. kalau dia kiciwa kita pon kiciwa sebab kita pon suka kat dia.

sorry cik rimau...otang kurang cargas malam ni, komen ni rasa2 boleh terima tak?huhu

saljihitam berkata...

buah hati kot.

member kalau jenis pijak kepala pun tarak jalan jugak.

trang tang tang :D

saljihitam berkata...

buah hati kot.

member kalau jenis pijak kepala pun tarak jalan jugak.

trang tang tang :D

Suhami Ahmad berkata...

kalau atok lah, untuk situasi kedua tu mungkin pilih kawan jugak...kita dah kenal ati budi dari kecik kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...