Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

01 April 2011

Jahat Ke Aku Kalau ...

Assalamualaikum and selamat malam..


Sekali lagi membebel. Semalam aku ada cakap aku nak cerita something kan. Ala, pasal aku marah kat someone tu. Actually, takde la marah sangat pun. Masa kejadian berlaku, memang marah sangat. But now, marah tu takde. Yang ada hanya rasa terkilan. Terkilan sebab tuduhan-tuduhan yang sepatutnya keluar daripada mulut seseorang yang selalu menasihatkan aku untuk tidak terlalu kuat berprasangka buruk. Tak sangka betul.


Ceritanya macam ni. Aku ada kenal someone. Tak perlu la aku nak ceritakan yang dia ni siapa. Tak baik kan dedahkan identiti. Huhu. Yang pastinya, dia memang dah buat aku rasa macam menyampah kat dia. And tak mustahil kalau dia teruskan dengan sikap yang suka membuat tuduhan melampau tu, kemungkinan besar aku akan start membenci. Aku tak nak sampai macam tu sekali. Sebelum ni aku pernah ada kawan yang tikam belakang. Banyak sangat hal yang dia dah buat sampaikan aku tak boleh nak pandang muka dia langsung. Serius ni. Aku memang tak boleh nak pandang dia sebab rasa nak je tampar muka dia. Haha. So, aku tak nak benda yang sama berulang lagi kat orang ni pulak. :-)


Selama ni, dia suka nasihatkan aku macam-macam. Ok la kan. Nampak pun macam baik je. So, aku ikutkan jela kalau ada nasihat daripada dia. Tapi kebelakangan ni aku perhatikan, dia sendiri buat balik apa yang dia larang aku buat. Contohnya tentang buruk sangka. Dia cakap tak baik buruk sangka kat orang. Tapi kan, macam mana la aku tak buruk sangka kat dia kalau dia punya ayat setiap kali mengeluarkan kata-kata, dah macam ada peluru nak tembak orang je? Ayat sinis memanjang. Macam ada yang tersirat.


Paling tak boleh blah, semalam la. Aku tak faham kenapa dia boleh fikir macam tu pasal aku. Semuanya bermula dengan bergurau la. Main geli-geli. Tapi setiap tempat yang dia usik, reaksi aku macam tak rasa apa-apa. Alah, setakat lutut dengan tengkuk, takde hal la. Tak geli pun. Lagipun tak semua orang sama tempat gelinya. Aku maybe tapak kaki je kot. Tapi korang tau apa dia cakap? Memang melampau la. Korang baca la dialog kat bawah ni ye. Ayat dia aku tak ingat detail tapi lebih kurang je maksudnya dengan dialog yang aku buat ni.


Budak Baik : Eh u ni. Kenapa tak geli pun?

Cik Rimau : Haha. Biasa la kan. Bukan semua orang sama tempat gelinya.

Budak Baik : Yeke. Ke dah biasa kena pegang? (Soalan buruk sangka okeh! Memang sinis cara dia tanya)

Cik Rimau : Apa maksud soalan u ni? U nak kata i pernah buat bukan-bukan la ye? Kenapa u asyik nak berprasangka buruk je kat i? (Menjawab sambil meluahkan jugak rasa tak puas hati aku.)

Budak Baik : Eh, mana ada i buruk sangka. I tanya je.


Masa ni aku dah bengang. Aku tak pandang pun dia. Tiba-tiba dia tanya lagi.


Budak Baik : U dengan boyfriend u pernah tak pegang-pegang macam ni?

Cik Rimau : U ni kenapa? Tak habis-habis nak prasangka kat i? Sikit-sikit nak tuduh i. Apa yang u tak puas hati sangat? Soalan u ni pulak, apa maksud u? Kenapa i dapat rasakan ada maksud tersirat je? U fikir i pernah buat tak senonoh la dengan pakwe i? Eh, tolong la sikit. I tau agama lagi ok. Tau dosa pahala. Jangan sesuka hati je nak menuduh. (Memang bengang gila masa ni.)

Budak Baik : (Dengan muka tak bersalah) Mana la tau kan budak-budak zaman sekarang.

Cik Rimau : Oh.. Budak-budak zaman sekarang ye. Dah tu u bukan budak zaman sekarang ke? (Dalam hati timbul persoalan. Umur tua sikit je dari aku. Maknanya dia pun budak zaman sekarang la kan? Ke budak zaman batu?)


Ayat lepas daripada tu aku tak berapa nak ingat sangat. Dialog kat atas ni bukannya tepat sangat. Tapi cukup la nak menggambarkan yang dia dah berprasangka buruk kat aku and tuduh benda yang berkait rapat dengan maruah. Aku cukup pantang kalau ada yang cuba-cuba nak jatuhkan maruah aku. Ini dah kira fitnah ni. Menuduh tanpa bukti. Tuduh pulak berkaitan dengan benda maksiat. Memang melampau la. Tuduhan pulak datangnya daripada seseorang yang selalu beri nasihat yang dia sendiri tak turuti. What the ...


Aku mengaku aku sosial sikit. Selalu karaoke. Suka merayap. Pernah tengok wayang midnight. Tapi itu dulu ok. Tengok wayang midnight tu masa duduk menyewa dengan kawan-kawan kat apartment yang seberang je dengan Mid Valley. Dah panggung wayang dekat. Lagipun pergi dengan member perempuan. Ok la kan. Sekarang dah jarang dah tengok wayang. Midnight lagi la. Langsung tak pernah dah. Merayap pulak. Dah berzaman kot tak merayap. Kebanyakan masa aku banyak dihabiskan kat pejabat je kebelakangan ni. Karaoke pulak, aku pergi dengan abang and adik aku ok. Member pun ada la pernah ajak sekali. Tapi tu member adik aku ok. Sekarang ni dah kurang pergi karaoke. Sosial sangat ke tu sampai boleh fikir aku pernah buat benda tak senonoh tu? 


Hurmm.. Entah la. Kenapa la dia fikir macam tu. Aku tak pernah and takkan buat macam tu la. Terkilan and sedih betul dengan tanggapan dia. Kadang-kadang sikap dia membuatkan aku berprasangka buruk kat dia. Buat aku fikir yang maybe dia jealous sebab takde pakwe or maybe dia sendiri pernah buat apa yang dia tuduh aku. Mungkin la kan? Tapi tak nak la teruskan berfikiran macam tu. Dia dah fitnah aku. Aku maafkan je. Tapi nak melupakan? Susah beb. Sebab melibatkan maruah. Macam aku ni perempuan jahat pulak. And dia pulak. Apa hak dia nak cakap macam tu? Dah fikir diri tu baik sangat ke?


Aku nak tanya pendapat korang la.. Jahat ke aku kalau aku suka karaoke dengan adik beradik aku? Jahat ke aku kalau aku ade pakwe? Jahat ke kalau suka merayap and tengok wayang? Jahat sangat ke aku? Teruk sangat ke aku? Arrgghhh.. Tension betul bila fikirkan pasal ni. Huh!



Nota Cik Rimau : Cik Rimau jenis orang yang mudah memaafkan tapi sukar melupakan. :-)

10 ulasan:

aNiss :):) berkata...

sabar lah cik rimau yea.. nanti demam pulak! hohoho~ take care taw! jgn marah2.. chill dear :)

Norazizah berkata...

xjahat lah. kategori baik lg tu. Masih rapat ng family lg. Kira ok la tu.


Follow Me, I Will Follow You

amry berkata...

tak jahat la....
mungkin kawan cik rimau tu gurau jer tuu....tapi mungkin gurauan dia agak tak kena cara..ye lah pikir yang tak baik pasal orang kan.
tapi kaau dia memang sengaja buat ayat tersirat tu....cuba ingat berapa kali dia buat ayat tersirat macam tu.kalau first time.dia mungkin bergurau jer tuuu..
cakap kat dia yang cik rimau tak suka gurau macam tu,

Suhami Ahmad berkata...

sabar lah cik rimau.....thnking positif k =)

Cik Rimau berkata...

aniss : hehe.. mne de marah.. geram je kot.. hak3

Cik Rimau berkata...

norazizah : tq .. hehee

Cik Rimau berkata...

amry : banyak kali dah amry.. hal lain pun sume die ckp sinis je.. care pandang pon sakitkan ati.. mau cik rimau xgeram.. huhu.. bergurau pun, xkan die xley nak agak gurauan tu menyakitkan ati ke x kan.. :-)

Cik Rimau berkata...

atok : hurmm.. memang nak try dulu.. tp kalau still mcm tu, terpakse la fikir buruk pasal die.. hurmmm

Meteoragurlz berkata...

biasalah dia mcm kuih talam kot..hahaha..

Cik Rimau berkata...

meteoragurlz : nmpak mcm lain je dua tiga hari nie... hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...