Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

11 April 2011

Kesungguhan Dalam Belajar

Assalamualaikum and selamat malam..


Sape tengok Mentor tadi? Aku suka Salma tapi malam ni dia macam kurang menyengat sikit la daripada minggu sebelum ni. Maybe sebab dia nyanyi lagu yang tak perlu nak tarik tinggi sangat kot. But still ok lagi. Iqa pun nampak best. Rock la. Apa pun, favourite aku tetap Salma and Shiha. Sebab suara dorang best. Huhu.


Ok. Tajuk entri aku malam ni agak poyo sikit. Skema mungkin. Kenapa la tiba-tiba aku nak cakap pasal kesungguhan pulak ni kan? Actually aku teringat satu soalan yang adik aku pernah tanya kat aku. Tapi aku tak pernah jawab. Cuma sekarang ni je, bila aku fikirkan balik soalan dia tu, aku baru perasan satu benda. Soalan dia simple je. Nak tau apa soalan dia? 


"Akak pernah tak struggle nak buat apa-apa. Macam masa belajar dulu ke? Sebab Lahi tak pernah rasa. Teringin nak rasa."


Bila difikirkan balik, aku tak pernah struggle masa study dulu. Kalau masa dah kerja ni, memang la pernah struggle nak siapkan kerja yang bos dah bagi masa bila kena siap. Tapi kalau masa sekolah or kolej dulu, rasanya tak pernah kot. Aku still ingat lagi. Setiap kali ada test or exam, aku rileks je. Kawan-kawan punya la nak study bagai nak rak. Yang aku ni boleh pulak bantai tengok tv la, baca novel la. Tak pun bantai layan komik. Kawan-kawan aku pun naik risau. 


Actually aku bukan la nak berlagak or bajet pandai. Aku ni ada masalah sikit nak fokus masa belajar. Kalau dalam kelas pun aku boleh tidur, ini kan pulak nak study tanpa pengawasan cikgu. For sure la aku akan tidur tak ingat dunia. Kalau ada aku bukak buku pun, aku setakat bukak je. Tengok tulisan-tulisan kat buku yang mengandungi fakta-fakta yang banyak kena ingat (contohnya subjek Biologi), sah-sah aku tutup balik. Cikgu ajar la buat peta minda macam mana pun. Buat memang la buat. Tapi itu pun bila tengok kawan-kawan buat. Lama-lama jadi bosan, langsung tak buat. Ikut mood aku.


Masa PMR pun, kawan-kawan beria la isi borang nak masuk sekolah berasrama penuh (SBP). Aku ni boleh main-main pulak (tindakan yang agak b****** aku rasa). Aku tak percaya aku boleh dapat result best. Aku isi la sesedap rasa. Tapi bila keluar je result and dapat surat panggilan SBP, baru nak menyesal. Baru la nak fikir balik kesilapan yang aku dah buat. Pastu, mula la bertekad nak belajar elok-elok nak dapatkan result gempak masa SPM pulak. Iya sangat la tu. Mula-mula je kot. Lama-lama jadi malas. Buku tak tengok. Kelas main-main. 


Bila SPM makin dekat, aku tengok kawan-kawan mula buat study group. Aku join dorang tapi aku tak dapat nak fokus. Setakat menyemak and tolong ajar sikit-sikit kalau ada kawan tak faham. Esoknya nak exam pun aku boleh lagi layan novel. Kawan-kawan risau je tengok aku. Ada jugak yang kata aku ni bajet pandai je tak payah study. Aku tak pandai or nak berlagak. Masalah aku, aku tak boleh nak fokus. And lagi satu, aku tak suka belajar or ulangkaji last minute. Aku suka rileks time exam dah dekat. Tak suka nak bagi tekanan kat otak. Bagi aku, rileks sudah. Haha.



So, bila SPM keluar, kawan-kawan agak terkejut jugak. Bukan dorang je, aku sendiri pun terkejut. Mungkin rezeki aku. Walupun pada mulanya, cikgu umumkan aku best student untuk tahun tu, tapi lepas tu ditukar kepada sorang lagi member aku disebabkan dia ada pointer apa entah lagi tinggi daripada aku. Jujur aku cakap, aku langsung tak kisah dengan gelaran tu. Aku lagi suka dia yang dapat. Sebabnya aku rasa dia lebih layak. Dia struggle gila-gila nak dapatkan keputusan cemerlang. Sedangkan aku? Main-main. So, memang patut dia dapat. Aku dapat result tu pun, aku dah bersyukur sangat. Walaupun timbul rasa menyesal and tak puas hati sebab tak belajar betul-betul.


Masa kolej pun, aku tak pernah serius dalam belajar. Kawan-kawan punya la nak dapatkan pointer best. Tapi aku? Adeh.. Kadang-kadang aku jeles tengok orang-orang yang bersungguh dalam belajar ni. Yela kan. Bila dorang dapat capai apa yang dorang nak lepas dah berusaha bermati-matian, mesti rasa puas sangat-sangat. Aku nak jugak rasa. Tapi tu la. Tak pernah rasa sebelum ni. Kalau la boleh balik ke masa belajar dulu. Nak je struggle untuk dapatkan result yang lebih bagus. Kalau la... Hurmmm...




Nota Cik Rimau : Masa belajar dah tamat Cik Rimau oi. Sekarang ni alam pekerjaan pulak yang perlu ditempuhi. Banyak lagi yang perlu ditempuhi. Bersedia jela untuk struggle. Ye tak? Hehe.

2 ulasan:

bunga berkata...

haha..ingat time SPM dulu semua subject bunga tido..sampai ada yang dengki..ahah

Suhami Ahmad berkata...

Sebenarnya Cik Rimau boleh tau. Cuma perlu usaha sikit je lagi. Sebab Allah dah anugerahkan Cik Rimau dengan kecerdasan. So, gunakan sebaiknya ek, x kira masa belajar ato keja
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...