Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

20 April 2011

Jom Berkursus!

Assalamualaikum and selamat malam..


Harini penat betul. Awal-awal pagi dah hujan lebat. Tapi terpaksa jugak redah sebab nak pergi kursus. Dah la masa sampai tu, teragak-agak nak cari hotel. Kak Intan cakap kat depan Cosmopoint. Yang aku and Kak Ziha nampak, Hotel Plaza. Bukan hotel yang dicari. Kitorang ingatkan kementerian salah bagi alamat ke. Padahal kitorang yang tak tau. Apa da.. Dah la masa tengah tercari-cari tu, ada sorang lelaki berbangsa asing ni asyik pandang kitorang. Naik seram aku. Takut dia ada niat tak baik je kat kitorang. Yela, asyik pandang semacam je. Nasib baik aku bukan jenis yang pakai handbag. So, rasa takut tu agak kurang la. Hehe.


Sampai je, kitorang terus naik ke level 10. Ikut surat yang kementerian bagi, kitorang kena daftar pukul 8.30 pagi. Tunggu punya tunggu, pukul 9 pun belum mula lagi kursus. Urusetia datang lambat. Peserta lagi awal ok. Haisshh.. Aku pulak, rasa agak menyesal sebab tak pergi sarapan sebelum masuk ke bilik kursus tu. Makan pagi pukul 10.30 pagi. Memang penat la tunggu. Nasib baik bukan aku je. Dua orang lagi staff office aku pun sama macam aku. Sudahnya kitorang pakat esok nak makan dulu sebelum masuk hotel. (Nasib baik perut tak bunyi tadi.) Haha.


Keseluruhannya, kursus harini best. Penceramah pun best. Cuma aku ni je yang agak mengantuk sebelah petang. Tersengguk-sengguk tahan mengantuk. Nasib baik duduk belakang sekali. Takde la nampak sangat. Teruk kan ambik port belakang sekali. Oh ya, lupa pulak. Satu je aku nak complain pasal tempat kursus. Surau kecik gila. Sempit. Tandas bukan main besar, tapi surau? Kenapa la kecik sangat. Berapa orang je boleh solat dalam satu-satu masa. Hurmm..



Nota Cik Rimau : Dapat jemputan kahwin daripada seseorang yang pernah kenakan / buat jahat kat Cik Rimau. Dia mintak alamat kat message facebook Cik Rimau. Patut ke Cik Rimau bagi kawan-kawan?

4 ulasan:

rj Etika berkata...

oohh...pegi kursus ye. heheh.
selalunya dekat semua tempat mesti camtu. toilet besaq gila. tapi surau macam 2 3 orang je yg boleh masuk. -.-"

Suhami Ahmad berkata...

Pasal kesimpulan tu, atok rasa better pegi...biar orang buat kita, tapi jangan kita buat orang...mungkin dia dh berubah. Masakan tidak dia x lupa nak jemput Cik Rimau kan....pergilah..

Mohamadazhan hjDesa berkata...

dgr tu nasihat atok..hehe.pergi ja...

Rasulullah dlu orang buat jahat baginda balas dengan kebaikan =)

powluck berkata...

dia dh bgtau nak kawin, bgtau terus la brp hrbuln..? kat ner nak kawin...? kira mcm kad jmputan la tu..


kasi panasssss...

kite bakorrrrr...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...