Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

18 April 2011

Jalan-jalan di Hujung Minggu

Assalamualaikum and selamat malam..


Harini disebabkan kebosanan yang melampau and dah lama tak berjalan-jalan, aku pun keluar la ke Mid Valley dengan abang aku. Saja jela kan nak cuci mata. Nak tengok wayang pun macam takde cerita menarik + poket dah nak kering. Haissshh.. So, setakat jalan-jalan melenguhkan kaki je la. Ok la daripada duduk terperuk je kat rumah. Hehe.


Dah menjadi kebiasaan aku kalau pergi Mid Valley mesti naik ke tingkat tiga. Tingkat tiga ada apa? Ya, memang ada wayang and bowling. Tapi bukan itu hala tuju aku okeh. Semestinya aku tuju ke Pets Wonderland. Sebab kat situ banyak pets yang cute-cute. Terutama sekali kucing. Comel gila. Macam-macam jenis baka yang dorang jual. Ada bengal, persian and scottish fold (tak silap aku la nama untuk kucing yang telinga macam patah tu). Rasa tak nak balik je tengok kucing-kucing tu. Geramnya...


Tengah merayap-rayap kat tingkat tiga tu, aku terperasan ada ramai orang berkumpul kat Mid Valley Exhibition Centre (MVEC) tu. Aku ni tergerak la nak tengok. Baru aku teringat yang harini ada MCTF (Malaysia's No.1 Career & Training Fair). Aku pun saja la gatal nak masuk. Sekali tengok kat notis depan pintu masuk tu, kalau nak masuk kena daftar dulu. Baru je plan nak cabut, tiba-tiba pulak ada orang tegur aku. Dia bagi form. Aku cakap aku nak tengok je. Bukan nak mintak kerja. Dia kate kena isi jugak. Aku isi jela sekali dengan abang aku. 


Dah siap isi, aku pun masuk la. Hangin betul dengan pintu masuknya tu. Bukan apa. Sepatutnya dekat je kaunter dari pintu utama. Tapi dia buat style macam tempat beratur beli tiket wayang je. Pusing-pusing banyak kali baru sampai kaunter untuk hantar borang pendaftaran. Hampeh betul. Lepas dorang tampal sticker masuk kat lengan aku, baru la aku merayap ke semua booth. Banyak jugak syarikat yang join MCTF ni. Aku setakat lalu and ambik pamphlet yang dorang kasi jela. Aku dah kerja. Takkan nak menggedik nak cuba nasib jugak. Haha. Aku tengok memang ramai yang datang. Ada yang terus interview kat situ jugak. Apa pun, aku harap yang datang tu dimurahkan rezeki and dapat peluang untuk diterima  bekerja dengan syarikat-syarikat yang dorang cuba nasib tadi. 



Nota Cik Rimau : Kebelakangan ni Cik Rimau suka tidur lambat. Nak buat macam mana. Dah mata susah nak lelap. Ada tips nak bagi tidur cepat tak? Hik hik hik..

2 ulasan:

iwan_dextrous berkata...

g jalan x ajk aku pun.hahhaha

nk tidur cepat sng je...telan pil tidur satu bakulahhaha

Suhami Ahmad berkata...

minum susu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...