Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

05 April 2011

Kerisauan...

Assalamualaikum and selamat malam semua..


Aku tengah layan Ghost Whisperer ni. Best jugak. Makin seram. Tapi takde la aku takut pun. Seram sikit-sikit je. Hehe. Boleh la kalau nak feel seram. Err.. Lupa lak nak bagitau. Aku memang peminat cerita seram ok. Bagi la apa cerita pun. Sure aku layan. Melainkan kalau aku tinggal sorang-sorang. Memang aku elakkan daripada tengok. Seram siot tinggal sorang-sorang tengok cerita hantu. Karang tak pasal-pasal histeria. Sape nak tolong? Tapi, kalau adik or abang aku ada, even dorang dah tidur pun aku still boleh tengok sorang-sorang. Tak kisah la dah malam pun. Sebab aku tau ada orang dekat aku. Haha.


Aku nak story pasal kerja aku sebenarnya. Aku risau gila-gila ni. Esok ada meeting Majlis Bersama Jabatan (MBJ). Aku jadi pembantu Pakcik Syed. Folder meeting dah lama aku siapkan. Cuma order makan je belum settle. Pakcik Syed la. Patut dia bantu la sikit. Jangan serah semua kat aku. Dia tau semua dah siap je. Lemak arrr macam tu. Agak-agak la. Jangan la bersikap lepas tangan macam tu. Kata busy. Aku tengok kebanyakan masanya dia tidur or bersembang. Tak pun sibuk la cerita pasal nak masuk lawan carrom untuk SUKNA nanti. 


Aku bukan tak nak order awal-awal. Aku ingatkan dia yang nak order. Lagipun aku busy gila dengan satu kerja tu. Berapa hari aku balik lambat sebab nak siapkan semua kerja tu. Baru harini free sikit. Sebab semuanya dah siap. Cuma tinggal nak print je. Aku tanya Pakcik Syed dah order makan ke belum. Dia kata macam ni, "ko la order". Eeeeeeee... Geram betul. Aku order karang, takut dia pulak tak puas hati dengan apa yang aku order. Dia kan cerewet. Dia bagi aku nombor telefon satu syarikat katering tu. Aku dah la tak pernah call katering yang tu. Selalu dengan katering lain. Naik blur aku jadinya. Aku takut jugak kalau-kalau katering tu tak nak terima order dah sebab dah lambat.


Nasib baik la ada Kak Intan nak tolong aku. Dia kenal salah sorang daripada pemilik katering tu. Dia tolong call and orderkan. Dia kata ok. Cuma tunggu dia faks kan sebutharga untuk buat nota minta. Aku tunggu punya tunggu, tapi tak jugak dapat faks daripada orang katering tu. Aku call balik. Katanya nak faks time tu jugak. Aku tunggu lagi. Sampai 4.30. Tak jugak faks. Aku dah mula risau. Tapi disebabkan tadi hujan lebat + tiba-tiba ada orang nak tumpangkan ke Dayabumi, so aku pun balik la. Masa dah dalam bas, aku call Kak Intan. Cerita kat dia pasal orang katering tak faks sebutharga lagi. Dia kata dia akan call tanya. Tak tau la dia dah call ke belum.


Aku risau orang katering tak siapkan makan esok je sebenarnya. Meeting tu meeting besar. Setahun ada empat kali. And melibatkan semua pengarah bahagian. Kalau takde makan, mau meletup bilik mesyuarat tu. Meeting tu dah la makan masa. Adeh.. Mintak-mintak la esok katering ada siapkan makanan. Kalau tak, memang sedia tadah telinga kena marah dengan Pakcik Syed. Takutnyaaaaaaaaaaaaaaa. Huwaaaa...



Nota Cik Rimau : Haritu Cik Rimau mimpi hantu. Ala-ala hantu berkabus yang dalam cerita Paranormal Activity 2 tu. Esoknya bangun pagi, perasan ada lebam kat atas lutut. Kak Liza kata Cik Rimau kena gigit hantu. Hahahaha. Errr.. Tapi betul ke? Takut ni.. Huhu

4 ulasan:

Suhami Ahmad berkata...

haaa...lantak...x tahu....kena marah

bunga berkata...

lau xde kena beli sendiri..

Cik Rimau berkata...

atok : bos xmrah cik rimau .. bos pon takut kne ngap dgn cik rimau... hahaha

Cik Rimau berkata...

bunga : haha... mane nak dicekau duit tu.. adeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...