Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

16 April 2011

Bos Mengamuk!!

Assalamualaikum and selamat malam...


Aku tengah syok melayan cerita apa tajuknya entah kat tv3 ni ha. Pasal makhluk asing yang nak balik ke planet dorang balik. Best jugak. Boleh la kalau nak mengisi masa lapang aku ni ha. Nak "ber"facebook je pun macam bosan. Geng-geng aku takde sangat. Nak kacau orang lain, segan pulak. Sudahnya, menempek jela kat blog cabuk aku ni ha. Haha.


Hurmm.. Harini kan, ada mesyuarat tergempar sebelum balik. Bos saja nak tau perkembangan kerja kitorang selepas dua bulan rombakan tugas dijalankan. Memang agak terkejut jugak dengan mesyuarat yang dia buat secara mendadak ni. Kira mesyuarat tergempar jugak la. Aku memang dah agak dia nak tanya perkembangan kerja tu je. Dia ada bagitau jugak yang kemungkinan aku terlibat sama untuk rombakan tugas yang baru. Tukar kerja lagi. Pening kepala. Adeh..


Dia tanya sorang-sorang. Dia nak tau apa masalah yang kitorang hadapi dalam menyelesaikan kerja tu. Bagus die buat macam tu. Dari situ dia boleh tau sape yang buat kerja, sape yang tak buat kerja. Tapi yang tak bestnya bila asyik kena push. Sakit kepala. Lepas berbincang dengan dia, dia tetapkan kitorang untuk siapkan kerja masing-masing ikut masa yang kitorang sendiri rasa kitorang mampu nak settlekan. Aku mintak tiga minggu. Tapi dia bagi 29 hari. Kira ok la tu kan? Haha.


Mesyuarat tadi jugak ada bincangkan pasal Mesyuarat Retreat yang bakal diadakan awal bulan depan. Dengar cerita akan dibuat sekitar Cherating. Cuma masih belum dipastikan lagi hotel or resort mana yang dorang booking. Dia mintak semua pergi kecuali staff-staff yang ada reason kukuh untuk tak mengikuti mesyuarat tu. Nama je mesyuarat, tapi dengar-dengarnya kebanyakan acara yang diadakan lebih kepada teambuilding. Hope best la. Hak hak hak. (Ada karaoke. I likeeee.. Hehe.)


Bos jugak mintak kitorang bagi komitmen penuh untuk menjayakan Hari Bersama Pelanggan Seksyen Sumber Manusia (khas untuk staff jabatan jela). Hari yang diadakan khas untuk staff-staff jabatan datang semak rekod perkhidmatan dorang. Ok la kan. Boleh jugak dorang betulkan and bagi apa-apa yang diperlukan untuk update rekod perkhidmatan dorang. Hope berjalan lancar. Tapi tak pasti lagi macam mana agaknya perjalanan program ni nanti. Sebabnya, masa program ni dibuat, kebanyakan staff yang terlibat termasuk aku, takde kat office pulak. Lima orang dari Unit Latihan terlibat dengan exam jabatan sebagai urusetia. Seminggu dorang takde. Lima orang lagi termasuk aku, ada kursus anjuran kementerian kat Hotel Grand Continental selama tiga hari bermula hari Rabu sampai la Jumaat. Yang tinggal kat office minggu depan, ada la dalam 10 orang. Dorang la yang diharapkan untuk membantu melancarkan perjalanan program tu. 


Masa giliran aku disoal, bos tanya jugak la apa masalah aku untuk siapkan kerja yang dia arahkan tu. Aku cakap la apa masalahnya. Just nak maklumkan dia je. Nanti takde la dia ingat aku saja-saja tak buat. Lepas aku cakap, dia tanya sorang akak tu pasal surat yang berkaitan untuk dapatkan apa yang kitorang perlukan dalam menyiapkan tugas tu. Akak tu jawab dia dah buat surat ke kementerian and dah faks ke sana. Lepas tu kan, tiba-tiba je bos naik angin. Bos marah sebab tak bagi dia check dulu surat tu. Dia kata tak kisah la surat apa pun. Walaupun bukan dia yang sain, dia nak tengok dulu semua surat keluar. Kiranya, dia lepaskan sekali apa yang dia marahkan kat sesetengah staff dalam SSM tu. Semua dia keluarkan. Memang nampak la dia marah. Mujur la sesetengah orang yang dia marahkan sangat tu takde masa mesyuarat tadi. Kalau tak, mungkin panas jugak bilik mesyuarat tu tadi. Haha.


Apa pun, aku secara peribadinya, aku rasa aku boleh je ikut apa yang bos suruh. Cumanya aku tak berapa nak gemar kalau terlalu didesak sangat. Ya aku tau bagus kalau kita boleh tetapkan masa untuk siapkan sesuatu kerja tu. Tapi kadang-kadang, agak mustahil kitorang siapkan kerja yang diberi dengan cepat kalau perlu siapkan 4-5 kerja yang lain dalam masa yang sama. Mau pengsan kalau terlalu didesak. Tension wooo.. Mujur ada blog untuk luahkan apa yang aku tak puas hati. Takde la asyik simpan dalam hati je. Lama-lama karang tak pasal-pasal jadi sewel. Oh tidak!!! Tak mau tak mau... Hehe..



Nota Cik Rimau : Disebabkan dah janji dengan bos akan settlekan dalam masa 29 hari kerja yang dia bagi tu, terpaksa la esok Cik Rimau datang office OT. Ikutkan malas. Tapi nak buat macam mana. Kena datang jugak la. (Esok nak lepak kat Mid Valley la lepas OT. Saja nak cuci mata kejap. Lama dah tak jalan. Nak ikut? Hehe)

2 ulasan:

Suhami Ahmad berkata...

Haa, bila boss dah naik hantu....abisla CIk RImau..kih kih

Tanpa Nama berkata...

Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...