Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

06 April 2011

Senang Hati..

Assalamualaikum and selamat malam semua..


Jom layan Bang Bang Boom. Rancangan hampeh yang pernah kenakan aku dulu. Kelakar pulak tengok gelagat dorang main game yang mula-mula tu. Macam best je. Rasa nak join je. Walaupun habis kotor baju and terjatuh dalam sungai, berbaloi la sebab nampak best. Yang menang lagi best. Dapat RM 300.00 lagi tu. Nak jugak!!! Hehe.


Senang hati. Kenapa pulak kan? Semalam bukan main lagi risaunya. Mau tak risau. Meeting besar makanan takde. Memang cari nahas la. Mujur harini ok je. Walaupun awal-awal pagi tadi aku agak menggelabah bila cari sebutharga untuk makan meeting tu tapi tak jumpa-jumpa. Aku try call orang katering tu melalui operator. Tapi malangnya, tak boleh pulak nak call keluar. Nak call sendiri aku tak tau nombor orang katering tu. Sebabnya, Kak Intan yang tolong order sebelum tu. Aku call Kak Intan tapi tak berangkat. Aku jadi makin cuak. Pakcik Syed dah ke hulu ke hilir. Abang Lan dah bawak folder meeting ke bilik meeting. Lagi la aku gabra. Aku usha ke luar office pun, tak nampak langsung ada van katering. Dalam kepala dah terbayang saat kena sembur nanti.. Haiisshhh...


Nasib baik la tak lama lepas tu Kak Intan datang. Aku terus tanya dia. Dia kata semalam dia try call orang katering tu balik. Tapi langsung tak angkat. Terdiam aku dengar apa Kak Intan cakap. Mati la aku kalau Pakcik Syed tanya. Sekali Kak Intan gelak. Hampeh betul la. Dia kenakan aku rupanya. Dia kata semua dah siap. Nota minta pun dia dah buat and hantar kat kewangan. Tunggu keluar lo je. Mujur ada Kak Intan tolong aku. Selamat den harini. Thank you so much la Kak Intan. (Tetap nak wish walaupun dia tak tau kewujudan blog aku. Hehe.)


Then, aku turun la ke bilik meeting tu tuntuk pastikan semua dah siap. Siap semua, aku duduk la dekat Abang Mat. Mula-mula aku duduk dekat dengan Pakcik Syed. Tapi atas saranan Abang Mat yang agak bernas tu, aku duduk la dekat dia. Saja jauhkan diri daripada Pakcik Syed. Tak nak aku jadi PA percuma untuk dia. Karang semua aku kena buat. Dia duduk goyang kaki je. Mana boleh. Ini tidak adil!!! (Ya, aku mengaku, aku dengki tengok dia rileks je. Hahaha)


And ternyata taktik aku duduk jauh dari Pakcik Syed tu menyelamatkan aku daripada menjadi pengganti dia untuk ambik minit. Tak mau aku ambik minit. Karang mau aku lukis gambar ultraman je kot. Nak sangat kan aku ambik minit. Tapi tadi, pandai pulak dia buat kerja senyap-senyap. Tunduk je mencatat minit. Tapi kan, ye ke dia tinduk sebab tekun? Ke sebab kena tegur dengan someone masa meeting. Teeetttttt!!! Haha.



Nota Cik Rimau : Sape tengok Bersamamu tadi? Kesian tengok arwah yang sakit tu. Tak sangka pulak meninggal masa tengah rakaman episod tu. Kisah dia buatkan Cik Rimau jadi takut. Yerla, sebelum ni arwah tu sihat jugak. Sekelip mata jadi sakit macam tu. Moga kita semua diberikan kesihatan yang baik olehNya dan dijauhkan daripada bahaya and penyakit berbahaya. Amin...

8 ulasan:

aNiss :):) berkata...

aminn :) moge ALLAH memberikan kesihatan kpd kita~

beena berkata...

wahh..teringin nak men bang2boom..tp diorg tak penah dtg kat beena..huhu

CintaZulaikha berkata...

lari tajuk skjap...ngapa nama cik rimau ek??

bunga berkata...

bunga xtengok lak bersama mu..seriau bunga baca yang nota cik rimau tu..hehe..

Cik Rimau berkata...

aniss : betul3.. amin...

Cik Rimau berkata...

beena : xbest la kalau trkena.. malu tau.. hik3

Cik Rimau berkata...

CintaZulaikha : sebab sy minat harimau... hehehe

Cik Rimau berkata...

bunga : cik rimau jarang tgok bersamamu.. cume haritu lak terlebih rajin nak tgok.. sedih la plak.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...