Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

17 April 2011

Tempe

Assalamualaikum and selamat malam..


Aku tengah layan cerekarama kat tv3 ni. Tak pasti pulak apa tajuknya. Tapi best jugak. Ada Wahid, Kaza and Maimon Talib yang agak kelakar wataknya. Jadi family Jawa tu. Jual tempe macam-macam perisa. Tak pernah aku jumpa. Haha. Tak silap aku tajuknya Wan Tempe ke London. Best la jugak. Memang patut la pun kan dorang jadi watak family Jawa. Dah memang tempe ni makanan tradisi masyarakat Jawa. Sesuai la kan. Huhu.


Ok. Bila tengok cerita ni, tiba-tiba rasa nak cerita pasal tempe. Untuk pengetahuan korang, dulu aku benci tempe. Benci gila la. Tak tau kenapa. Walaupun arwah abah selalu beli tempe, aku tak pernah nak sentuh. Ada sekali la kot. Abah goreng garing-garing. Aku tengok macam sedap je. Aku try la. Tapi bila masuk je dalam mulut, terus aku tak mau makan dah. Aku rasa macam tak boleh nak lepas kat tekak aku. Masak la apa pun. Tak mau aku sentuh.


Sampai la aku masuk asrama kolej, baru aku cuba makan. Aku tengok kawan-kawan aku selalu beli sambal goreng tempe. Ala.. Yang kadang-kadang campur kentang tu. Aku sure korang tau. Aku tengok macam sedap je dorang makan. Walaupun aku tak suka makan tempe, tapi last-last aku cuba jugak makan. And yang peliknya, aku terus minat. Takde la terlampau minat. Kiranya dah boleh makan la. Tak macam dulu. Ok la tu kan. Hehe.


Bagi korang yang masih tak tau apa itu tempe, meh aku story sikit pasal tempe ni. Untuk makluman korang, tempe ni dibuat daripada kacang soya. Selalunya tempe dibungkus dengan daun yang lebar. Contohnya daun rambai or daun pisang. Kalau kat kampung aku dulu, tempe dibalut dengan daun pokok ketapang. Tapi sekarang ni tempe dibalut dengan kertas minyak or plastik je. And rasanya, tak susah kot nak cari tempe kat pasaran Malaysia. Mana-mana pun boleh dapat. 


Tempe banyak kebaikannya dari aspek kesihatan. Ia dapat membantu menghindarkan diri kita daripada diserang penyakit jantung and kencing manis. Tempe ni ada kandungan protein and mineral yang tinggi yang dapat membantu dalam pertumbuhan. Selain tu jugak, ia dapat memperbaiki sel badan yang rosak. Tempe jugak mengandungi vitamin B12 and bahan anti oksida yang sangat diperlukan oleh badan kita. And yang terbaru ni, tempe yang dipercayai boleh mencerahkan kulit telah pun dipilih untuk dijadikan / digunakan dalam membuat produk kosmetik.


Tak mau cerita panjang. Mata dah mengantuk. Kalau korang nak dapatkan lebih banyak info pasal tempe ni, korang boleh la klik link-link kat bawah ni. 




Nota Cik Rimau : Tadi cancel plan nak ke Mid Valley. Hujan dari pagi sampai ke petang. Ingatkan lepas OT boleh la merayap. Sekali terpaksa lepak kat rumah je. Esok je kot baru merayap sana. Lama dah tak berjalan ni. Huhu.

2 ulasan:

Suhami Ahmad berkata...

wah, walaupun bukan jawa tapi atok giler fanatik tempe tau

Mohamadazhan hjDesa berkata...

sedap tempe ni...fav ku walaupun saya bukan jawo.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...