Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

20 Januari 2011

Aku Ingatkan Dah Takde Sedara Mara Yang Nak Kisah Hidup Aku

Hello. Harini agak lewat aku update blog ni. Huhu. Agak malas sebenarnya. Seronok sangat "berblogwalking" sampai nak menulis pun jadi malas. Heh. Berbalik pada tajuk entri aku kali ni, aku sendiri pun terkejut bila seseorang yang ada kaitan kekeluargaan dengan aku, tiba-tiba add aku kat FB. Dia sepupu aku. Aku approve je walaupun pada mulanya aku tak pasti sape dia. Bila bukak profile, sah dia memang sepupu aku. Sepupu sekampung yang duduk betul-betul depan rumah aku. 


Dia tegur aku kat FB chat. Aku ingat dia tapi agak kekok jugak la nak bersembang dengan dia. Actually, aku takde apa masalah or dendam dengan dia. Cuma kisah lama antara family kitorang dulu buat aku jadi susah nak beramah mesra dengan family dia. Dia ada jugak mention, lupakan cerita dulu. Lagipun parents kitorang masing-masing dah takde. Tinggal kitorang anak-anak ni je. So, better berbaik kan. Dengan dia mungkin ok. Tapi dengan adik-beradik dia macam mana? Dia ajak aku balik kampung time raya nanti. Tapi aku still fikirkan, patut ke aku terima offer dia? Macam mana penerimaan ahli keluarga dia yang lain? 

Aku memang nak berbaik dengan dorang. Nak merasa meriahnya sambut raya dengan saudara mara. Tapi setakat ni harapan tu masih tak tercapai. Dah dua tahun sambut raya kat Kuala Lumpur ni tanpa saudara mara. Sambut bertiga je. Sedih jugak tapi anggap je tu perkara biasa dalam hidup. Nak buat macam mana kan? Dah nasib. Apa pun, aku hargai niat dia nak berbaik dengan kitorang. Actually, takde gaduh pun. Cuma dah berapa lama kitorang tak bertegur sapa sejak kitorang tinggalkan kampung. Sempat jugakla kitorang bertukar nombor handphone tadi. 

Secara jujurnya, aku memang nak balik Perak. Dah dua tahun aku tak balik kampung. Memang nak sangat tengok rumah and tanah. Tapi, setakat ni keadaan tak mengizinkan. And masih memikirkan penerimaan orang kampung bila kitorang jejak kaki kat kampung tu nanti. Kalau korang nak tau, banyak kenangan sedih, tak best and melukakan yang dah jadi masa aku masih kat kampung. Kenangan-kenangan tu jugak buat aku meluat nak balik kampung. Kecewa dengan fitnah-fitnah yang pernah dilemparkan kat family aku satu masa dulu. Aku just hope orang-orang yang dah buat fitnah tu insaf la cepat-cepat. Aku tak berdendam tapi aku susah nak lupakan apa dorang dah buat pada aku. Maybe satu hari nanti aku akan buat entri khas pasal tu.

P/s : Aku hope mulai harini, hubungan aku dengan sepupu aku tu akan jadi bertambah baik. Hehe. Esok kerja. Malasnya rasa....

2 ulasan:

Aujinz berkata...

pedih kalau orang tabur fitnah macam tue..
yang menanggung nya lagi laa kan..

tapi apa pun, ada jalan perdamaian, kita ambik jer laa.. tak yah drag lama lantang keluarga dia yang lain...belum jumpa belum tau kan.. janji, yang sepupu tue dah ok..

Cik Rimau berkata...

Huhu.. Tq Mr. Aujinz... Yup memang nak cuba berbaik... Tapi nak kna berhati-hati jugak. Takut ada agenda tersembunyi.. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...