Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

16 Januari 2011

Parut Nakal

Hai... Harini aku agak bosan. And agak mengantuk. So, untuk mengelakkan daripada membuta terlalu awal, saja jela aku nak menaip kat sini. Actually, takde apa sangat pun aku nak ceritakan. Tapi tadi la, masa aku tengah baca entri-entri Encik Nakal pasal zaman budak-budak, tiba-tiba pulak aku tertarik dengan statement Encik Nakal yang mengatakan perempuan lagi banyak parut daripada lelaki sebab budak-budak perempuan lagi buas daripada budak-budak lelaki masa kecik. Betul ke? Kalau tanya aku, 100% betul la. Haha. Buktinya, korang sendiri pun boleh nampak kat dahi aku. 
Kalau korang nak tau, masa aku kecik-kecik dulu, aku memang tersangat la buas. Masa aku umur 6 tahun kalau tak silap, style rambut aku dah macam budak lelaki je. Selalu sangat abang-abang kaki lepak kat tepi jalan perli-perli la aku ni macam jantan. Ada aku kisah? Budak-budak kan. Rileks la. Belum jadi gadis pun masa tu. Haha. Masa kecik-kecik jugak, aku suka sangat main kat parit. Itu pun kalau ikut abah pergi Selangor la. Kalau kat kampung sendiri aku takde kawan sangat masa tu. So, banyak terperap kat rumah je.Hehe.

Untuk pengetahuan korang, aku ada banyak jugak la parut nakal.  Nak tau ke macam mana aku dapat parut-parut nakal ni? Hehe.

1. Parut kat dahi - Parut ni aku dapat masa aku umur dalam 5 or 6 tahun. Masa tu aku tengah main kejar-kejar dengan sepupu aku. Abah aku dah pesan dah jangan main kat luar rumah kalau dah dekat nak Maghrib. Tapi biasa la. Budak-budak degil macam aku ni, bukan kira apa. Janji nak seronok je. Hehe. Sudahnya, malang tak berbau bila aku terjatuh and kepala aku terhantuk kat pasu depan rumah sepupu aku tu. Yang peliknya, aku tak rasa apa-apa pun walaupun darah dah memancut keluar dari dahi aku. Kakak kepada sepupu aku tu terus menjerit bagitau mak aku. Terus mak aku bawak balik and siap-siap nak bawak pergi hospital. Aku ni boleh lagi rileks macam takde apa-apa yang berlaku. Aku sempat jugak tengok cermin sebelum pergi hospital tu. Ternganga jugak la dahi aku ni. Sepanjang perjalanan pergi hospital tu pun, aku tak rasa sakit. Mak aku dah naik risau sebab darah tak henti-henti keluar. Penuh sapu tangan dengan darah aku je. Hehe. Sampai je hospital terus kena bawak je dalam bilik apa entah. Kena la jahit sikit. 9 jahitan tu. Seminggu lepas tu baru boleh bukak. Time bukak jahitan baru rasa sakit. Kesannya kekal sampai ke harini. Korang perhatikan jela kat atas kening sebelah kiri aku. Sure perasan punyala. Huhu.

2. Parut kat kaki - Yang  ini masa aku kecik-kecik dulu. Tak ingat bila. Yang aku ingat, aku tengah duduk atas motor abah aku. Masa nak turun dari motor tu la, kaki aku tersangkut kat tempat nak hidupkan motor tu (apa ek nama benda tu?). Memanjang je luka tu. Sampai sekarang parut tu ada. Nasib baik kat kaki kan. Boleh sorok. Haha. Kalau muka? Huhu.

3. Parut kat jari telunjuk kiri - Ini salah satu bukti kenakalan aku masa kecik-kecik dulu. Aku selalu main-main dengan pisau menoreh getah tu kan. Satu hari tu nasib agak malang. Luka teruk jugak la. Parut ni pun korang boleh nampak dengan jelas. Tapi selalu kalau luka ke apa ke, aku tak bagitau mak aku. Mak aku garang tau. Huhu. Pernah sekali tu jari hantu aku tercucuk jarum mesin betul-betul kat kuku. Tembus ok. Kebetulan pulak jarum tu patah. Meraung aku nak keluarkan jarum tu dari jari. Hahaha. Tapi aku tak ingat macam mana aku keluarkan. Tak silap aku, aku guna playar je kot. Tapi mak aku dapat tau. Kan da kena marah. Haha. Nasib baik takde parut. 

4. Parut kat tumit kanan - Yang ni bukan sebab nakal tau. Masa ni aku naik basikal dengan sape entah. Tiba-tiba kaki aku termasuk dalam tayar yang tengah berpusing tu. Sakit wooo.. Walaupun aku tak berapa nak ingat cerita keseluruhannya, tapi parut tu tetap melekat kat kaki aku ni. Hehe.

5. Parut kat lutut - Yang ni masa dah besar. Masa duduk asrama. Budak-budak asrama kan petang-petang ada aktiviti riadah. Kitorang main la futsal. Sekali ada la sorang kakak ni tolak aku. Habis koyak seluar kat bahagian lutut aku. Tengok-tengok ada luka la pulak. Kesannya, seminggu jugak la aku tak boleh nak bengkokkan lutut sangat. Sakit sebab bila bengkokkan lutut je, luka yang baru nak bercantum terbukak balik. Susah aku nak sembahyang masa tu. Dah la sehari lepas jatuh tu aku ada kem PROSTAR kat Kolej RISDA Kuala Kangsar. Sengsara sekejap. Huhu. 

Itulah antara parut-parut yang ada kat badan aku yang kesannya boleh nampak sampai sekarang.  Ikutkan ada lagi sebenarnya. Tapi malas nak cerita semua. Hehe. Buas kan aku masa kecik-kecik? Korang pulak, ada cerita menarik pasal parut? Meh la cerita kat aku. Haha. 

Ok la. Esok kerja balik. Malas nak jumpa Pakcik yang suka sakitkan hati tu. Nak tukar tapi cuba bersabar dulu. Hehe. Papai.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...