Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

07 Januari 2011

~ Makin Hari Makin Menyampah ~

MySpace Hurmm... Harini masih lagi cerita pasal pakcik tu. Yup, aku admit aku dah semakin tak suka sikap and perangai dia. Aku rasa bukan aku sorang je kot. Kebanyakan staff SSM tu pun tak suka sikap dia. Sebelum ni aku boleh lagi terima lagi gurauan dia walaupun kasar bunyinya. Tapi pagi tadi, memang aku tak boleh terima. And secara automatiknya, aku isytiharkan "silent war" kat pakcik tu. Haha.


Seriously, aku tak terasa nak bergurau dah dengan dia. Tau nape aku geram kat dia harini? Sebab tadi pagi la. Cik Nita ajak aku pergi baca Yassin kat surau. Aku tak cakap pape pun. Tiba-tiba je pakcik tu menyibuk. Selamba je dia cakap macam ni.

" Selama aku kerja kat sini, Raja mana pernah turun baca Yassin kat surau ."

And automatically jugak la, menyirap darah aku tiba-tiba. Dia cakap dengan cara yang menyakitkan hati tau tak. Maybe bergurau. Tapi tak semua gurauan orang boleh accept kan. Aku terus lawan balik cakap dia. Yela, dia sape and apa hak dia nak cakap macam tu? Mana dia tau aku TAK PERNAH pergi surau baca Yassin? Aku pernah and selalu pergi dulu masa ada Kak Salina. And kalau bulan puasa pun aku ada turun jugak apa. Lagipun, tak diwajibkan pun kan baca Yassin hari Jumaat. Jangan sebab ko pergi baca Yassin tiap-tiap Jumaat, ko boleh nak kata macam-macam kat orang yang tak pergi ni. Geram betul aku. Memang kasar aku jawab apa yang dia cakap tadi. Ingat aku tak berani. Hal personal kan. So, aku ada hak untuk menjawab. Haha

So, tadi masa dia datang kat tempat aku, memang aku buat tak tau je kat dia. Langsung aku tak pandang dia. Dia bercakap dengan Abang Mat je. Then, dia pergi tempat CC. Aku ada dengar dia sebut nama aku. Aku buat tak dengar je. Taknak aku layan gurauan2 dia yang POYO tu dah. Aku hanya akan bercakap dengan dia pasal kerja je. Other than that, aku tak pasti lagi la. Tengok la bila kemarahan dah surut baru aku akan mula bercakap dengan dia. Haha. Kalau tak sedar jugak, aku tak tau la. Apa punya orang la. Huhu

Ok... Tamat pasal pakcik tu. Lunch tadi aku ikut Kak Ziha and Cik Nita makan kat luar. Kat area Jalan TAR. Lepas rehat ada gotong-royong. Aku tolong sikit-sikit je. Bukan malas. Tapi aku ada banyak kerja lain. Esok aku nak datang kerja walaupun aku tak dapat nak claim OT. Huhu

Ok la. Nak tengok Merlin dulu. MySpace

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...