Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

25 Januari 2011

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Salam...

Harini aku tak nak cerita pasal kenangan aku yang dulu-dulu tu. Kali ni aku nak membebel tentang apa yang dah jadi kat aku sepanjang harini. Takde la apa yang menarik sangat pun. Sama je macam hari-hari biasa. Tapi harini agak memenatkan and agak malang bagi aku. Dari pagi sampai la ke petang. Baru ni la dapat rehat sikit.


Pagi-pagi tadi macam biasa la kan. Bangun awal-awal pagi sebab nak kejar bas. Memang la bas on time. Tapi yang tak bestnya tu, sampai pukul 6.50 pagi bas still lagi dalam kawasan perumahan aku tu. Selalu time tu aku dah sampai CM dah pun. Aku tak faham betul kenapa pagi tadi jalan jammed gila. Yang aku nampak, ada bas sekolah berhenti pada kedudukan yang boleh menggangu lalu lintas. Rasanya memang menggangu pun.  MySpace  Sebabnya, lepas bas tu gerak, bas yang aku naik terus dapat keluar dari situ. Masa dah nak sampai kat LRT Bangsar, aku tengok jam dah dekat pukul 7 pagi. Nak tak nak, kena turun ambik teksi kat situ. Kalau aku terus naik bas, sah-sah la punch card aku merah.

Pastu, bila dah sampai ofis buat kerja macam biasa je. Suasana agak tenang sebab Pakcik Syed tu sekarang ni takde kat ofis. Dia ada kat Melaka sebab dia jadi tukang interview. Suka? Semestinya. MySpaceMasa lunch hour, aku ikut Kak Intan and Cik Nita pergi Dayabumi. Maklum jela harini gaji. So, semua orang mengorek tabung. Hehe. Bernasib baik sebab awal sampai situ. So, settle semua urusan termasuk makan sebelum lunch hour tamat. 

Tapi yang tak bestnya, masa dah sampai dalam kawasan ofis jadi something pulak. Cik Nita turunkan kitorang dekat dengan pondok jaga sebab dia nak pergi parking kat luar pagar ofis. Biasala kan. Parking agak terhad kat ofis aku ni. Masa aku dah keluar dari kereta, entah macam mana jari aku boleh tersepit kat pintu belakang. Terjerit aku. Sakit ok.  Dah la dua hari sebelum tu, jari aku luka kena pisau. Tersepit pulak kat jari yang sama. Luka yang baru nak baik, keluar darah balik. Huhu. Nyaris jugak la Kak Intan tak sempat tutup habis pintu tu. Agak-agak kalau dia tutup sampai habis mau patah tak jari aku? Haha. Guard kat ofis aku yang dua orang tu pulak, sesedap hati je gelakkan aku. Macam la aku tak nampak. Sekeh kepala sorang-sorang kang baru tau. Tak baik tau gelakkan orang yang tengah sakit. Huh. Nasib baik la ada Kak Ziha tolong sapukan miinyak kat jari aku yang dah mula mambengkak masa tu. Baik hati la pulak Kak Ziha tu ye. Ada pape ke Kak Ziha?MySpace (confirm esok aku kena belasah dengan dia kat ofis..haha)

And then, masa balik tadi sekali lagi bas buat hal. Memang menguji kesabaran betul la. Aku tunggu kat LRT CM tu dari pukul 5.10 petang lagi. Satu bas pun tak muncul (bas ke tempat aku la). Lama gila tunggu. Berdiri pulak tu. Nak duduk pun tak boleh. Tempat duduk penuh dengan bangla-bangla yang tak reti-reti nak bangun bagi makcik-makcik or pakcik-pakcik or orang yang lebih memerlukan tempat duduk tu. Buat tak nampak je. Dalam pukul 6.10 petang, baru sampai bas. Sejam tunggu baru nampak bayang. Dah la lambat. Tengok tempat duduk dalam bas dah penuh. Berdiri lagi sejam. Naik sakit pinggang aku. Pukul 6.50 petang baru aku sampai rumah. Dah la aku tak sembahyang lagi masa tu. Kalau aku tau la bas lambat sampai sejam, rela aku naik LRT or bas Metro. Mesti awal-awal lagi aku sampai rumah. Geram betul.

Kesimpulannya, memang harini hari malang aku. Sekarang ni pun pinggang still rasa sakit. Kena minum Anlene la lepas ni. Hehe.

Nota Cik Rimau : EPF dah naik. Makin kurang gaji aku. Nasib baik tahun depan last potong EPF. MySpace

7 ulasan:

影の嵐 berkata...

EPF tu aper? hahaha..xD

Budak Giler Cadbury berkata...

kesian nye g la klinik minx ubat untuk luka 2 :)

Cik Rimau berkata...

EPF tu KWSP la.. hehe...

Budak Giler Cadbury : sy kan ganas terlebih... tiap2 hari msti dpt luke baru... haha

E.d.Y berkata...

thanks follow me..:)

Cik Rimau berkata...

same2... hehe

影の嵐 berkata...

err..ingatkan kuih..leh gak makan..ahaha..

Cik Rimau berkata...

Annaz : ade lak kuih... haha... lari btul...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...