Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

09 Januari 2011

~ Siapa Juara? ~

Hehe. Harini aku takde aktiviti menarik untuk diceritakan kat sini. Cuma sekarang ni aku tengah layan Anugerah Juara Lagu ke 25. Semua lagu best-best. Persembahan pun mantap-mantap. Antara yang menarik perhatian aku mestilah persembahan Faizal Tahir, lagu Selamat Malam. Aku suka persembahan dia sebab agak unik. Sama macam masa dia buat persembahan lagu Sampai Syurga dulu. Best! 


Hafiz pun ok. Siap ada adegan tembak menembak tu. Pastu tiba-tiba dah tukar baju putih. Konon-konon dah mati la kot. Haha. Yuna pulak aku dah memang tak suka, so aku tak nak komen. Tapi komen sikit la. Tak best pun. Bosan. Haha.


Adira pun ok la. Siap ada tergantung-gantung lagi penarinya. Ana Raffali pun boleh tahan. Ada kurungan-kurungan pulak kat pentas tu. Bunkface biasa je kot. Simple je baju. MUH best jugak. Lagu Drama King. Suka pulak aku tengok. Lagu Pelita pun boleh tahan la. Yang aku confuse tu kenapa muka Noh and yang lain-lain tu comot je. Haha. Tangan Lan lak macam patah je. Tak tau la gimik je ke atau betul-betul. Sekarang ni giliran Black lagu Sofea Jane. Simple je. Tak tau sape yang bakal menang. Tapi macam nak sokong Faizal Tahir je. Hehe. Korang pilih sape?  Shahir ek? Haha.


Esok la aku update pasal sape yang menang. Sekarang nak layan dulu. Hehe. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...