Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

27 Januari 2011

Malas Nak Fikir Tajuk Yang Sesuai

Salam...

Ok. Pelik kan? Dua kali post entri. Tak kisah la. Aku saja tak nak campur aduk cerita aku dengan cerita lain. Hehe. Korang ingat lagi tak pada AJT yang aku selalu ceritakan tu? Cerita ke lebih kepada mengutuk? Haha. AJT adalah seseorang kat dalam ofis aku yang selalu menyakitkan hati orang lain, terutama aku. Tadi pun menyakitkan hati aku lagi. Ingatkan bila aku tak layan dia macam sebelum ni, boleh la ubah sikit perangai dia tu. Tapi kan, elok je aku boleh berbaik balik dengan dia, perangai lama dia muncul balik. Makin menjadi-jadi pulak.

Kalau korang nak tau, start dari harini ofis aku ada buat task force untuk siapkan satu kerja yang agak penting jugak la. Aku pun terlibat sekali. Kitorang yang terlibat, kena buat kerja dekat satu bilik mesyuarat kat blok aku tu. Tak dibenarkan buat kerja yang lain. Memang kena tumpu kat benda tu je. Makan minum disediakan dari pagi sampai petang. Ok  tu memang la ok kan. Tapi secara jujurnya, aku rasa macam tak sesuai je buat macam tu. Tumpukan sangat buat kerja tu sampaikan kerja sendiri tak buat.

Macam tadi, tak pasal-pasal aku kena marah dengan AJT sebab tak buat kerja yang dia suruh semalam. AJT pun satu. Dia bagi kerja tu kat aku area pukul 4.10 ke 4.15 petang. Memang dah nak dekat balik sangat dah pun. Lagipun masa tu aku tengah busy buat kerja lain. Oh ya. Lupa lak nak bagitau. Aku memang balik tepat-tepat pukul 4.30 petang ye. Malas aku OT. Nak tau kenapa? Aku dah jelaskan sebelum ni kat sini. Berbalik pada cerita AJT marah aku tu kan, bukan salah aku pun ok. Bila aku dah siapkan kerja tu tadi, dia tanya aku dah nak hantar kat Seksyen Kewangan ke. Aku jawab macam ni je.

"Tak la. Lagipun *** nak benda ni sebelum 10.2.2011". 

AJT terus buat muka macam "termalu sendiri sebab marah aku tak tentu pasal". Haha. Pastu maybe nak cover malu kot, dia cakap cenggini lak. 

"Takpela. Dah siap awal, ko boleh hantar awal kan?"

Nampak sangat ayat cover malu. Dah la tadi cari pasal dengan aku kat dalam bilik mesyuarat. Masa tu makanan dah siap dah. Aku dah blurr masa tu, so aku join la dua orang kawan ofis aku pergi ambik makanan. Dia tegur aku. Mungkin niat dia bergurau. Tapi aku tak suka dengan gurauan-gurauan dia yang suka sangat menjatuhkan air muka orang. Ayat dia lebih kurang macam ni la.

" Huiyo.. Tengok si Raja tu. Aku tengok satu apa pun dia tak buat lagi, dah pergi makan."

Ayat tu memang membuatkan aku bengang. Aku buat ok. Dia tu yang sebenarnya tak buat apa-apa sebab laptop yang dia guna hang and dia tak reti nak buat apa-apa untuk betulkan balik. Aku terus je jawab dengan lasernya. 

" Eh tolong sikit. Saya dah buat ok. AJT yang tak buat apa-apa dari tadi. Menung je."

Haha. Jahat tak aku jawab macam tu. Biarla. Ingat dia sorang je boleh malukan aku. Main-main lagi dengan aku. Kan dah dapat ayat pedas. Nasib la ye.

Ok. Nak tengok wrestling kejap. Papai.

4 ulasan:

Anitafasha berkata...

Sory tak bace entri AJT sebelum ni. AJT tu laki ke pempuan? Kalau laki mesti die nak usha awk kot. =p

Cik Rimau berkata...

errr... actually die tu dah pangkt pakcik da.. hehe... tp sgt suke sakitkan at org lain.. xsuke btulll... huhu

Yuny Khoo berkata...

better awk jgn lyn dia sgt la.. kang dia mnjadi-jadi pulak.. awk yg susa nanti..

Cik Rimau berkata...

Yuny Khoo : ikutkan mmg xnak layan dia.. pernah da buat xtau dkat dia.. tp dia tu bos sy.. nak tak nak kne jugak ngadap dia kalau di panggil.. boring tol ada bos mcm dia tu.. huh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...