Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

12 April 2011

Aku Mahu Pulang..

Assalamualaikum and selamat malam.. 


Malam ni aku tak nak cerita pasal office yang semakin membuatkan aku tension tu. Penat dah nak fikir pasal kerja je. Tadi pun suasana tegang. Semua pakat nak hangin je. Tension betul aku. Rasa nak lari je dari office tu. Hurmm.. Daripada aku ingatkan apa yang jadi kat office tu, baik la aku fikirkan benda-benda yang best. Tenang sikit hati. Kan kawan-kawan? Hehe.


Kalau korang nak tau, aku minat menulis masa sekolah dulu. Sangat minat. Aku join banyak pertandingan yang berkaitan dengan menulis ni. Tak kira la essei or cerpen. Tapi paling banyak cerpen la kot. Mesti nak join setiap kali cikgu buat pertandingan. Walaupun setakat dapat nombor dua je (ada sorang kawan tu lagi hebat bab tulis cerpen), aku tetap puas hati sebab aku dapat nilai kebolehan diri. Pernah sekali tu, cikgu nak pilih wakil untuk pergi ke Kem Penulis Muda berdasarkan jumlah buku yang dibaca dalam Program NILAM. Punyala aku semangat nak pastikan aku terpilih. Malangnya, bila aku dah cukup je syarat, tiba-tiba pulak cikgu cakap nak ambik wakil lelaki. Geram betul aku. Huh.


Kadang-kadang terdetik jugak nak buat novel. Tapi aku ni bukannya jenis yang konsisten. Nak buat novel ni perlukan masa yang banyak. Nak kena fikirkan ayat yang best la. Memang memerlukan komitmen. Aku ni dah la jenis tak suka tumpu pada satu benda je. Lagipun novel ni perlukan kita mengembangkan watak-watak yang kita wujudkan. Buatnya aku takde idea, mau aku biarkan terbengkalai je novel tu separuh jalan. Tak best la macam tu kan. Idea memang ada. Tapi nak mulakan tu, memang liat betul. Adehhh..


Lain la adik aku tu. Dia asal ada idea je terus tulis. Kan best kalau aku dapat jadi macam dulu. Ada je masa nak menulis. Senang je nak keluarkan ayat-ayat best. Dalam satu malam je aku boleh siapkan satu cerpen yang panjangnya berjela. Tapi sekarang ni.. Tersangat la payahnya. Macam ada something yang tersekat kat kepala ni. Susah betul. Kalau la boleh balik ke masa lalu. Masa lalu yang mendamaikan. Masa lalu yang membahagiakan walaupun terselit duka untuk seketika. (Adeh.. Ayat jiwang la pulak.) Tapi semua tu hanya "kalau" je. Hurmm.. Kalau la aku ada mesin masa, memang ada satu je keinginan aku. AKU MAHU PULANG ke masa itu.  Huwaaaaa...



Nota Cik Rimau : Ikutkan nak buat entri guna ayat jiwang. Tapi malu pulak. Malu la korang baca. Hik hik hik. Cik Rimau kan pemalu orangnya. Nanti korang gelakkan Cik Rimau. Nama ganas. Tapi jiwang karat. Jatuh la imej ganas iiiii.. Hehe.

5 ulasan:

CintaZulaikha berkata...

dulu lain, skrg lain..samalah kita. bab2 nk kuar idea nih mmg da payah nk buat~~

Bunga berkata...

bunga dulu ada cita2 nak menulis novel..tapi hampeh..sekarang dah jadi pembaca novel jer..

aLieF si Muncung ManiS berkata...

hebatnye adik akak green rose tu..huhuu.alief pun dulu masuk NILAM gak..kalut je alief baca buku bnyk2..:P

Mohamadazhan.com berkata...

saya minat menulis, tp menulis tak pernah menang pun dulu.hehe

kay_are berkata...

betul2.. cite pasal ofis + tensen je.. sume pakat nak tunjuk sape lagi bagus.. ade aku kesah?? em.. ade gak g blog adik cik rimau.. tapi.. die wat novel eh? gile berbakat betul.. nape tak menulis buku betul je camtu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...